Gajah Dan Manusia
SEMALAM seorang penoreh getah Lee Che Hassan 46 dari Gua Musang Kelantan telah mati kerana dihempas oleh seekor gajah di kebun getahnya. Kejadian itu berlalu apabila Lee dikatakan cuba mengalau sekumpulan gajah dengan mengguna mercun yang selalu digunakan oleh penonton bola sepak yang yang tidak berapa cerdik di stadium semasa perlawanan bola.
Seekor gajah yang beranak dikatakan meluru ke arah Lee lalu membelit dengan belalainya dan menghempas Lee beberapa kali ke batang pokok sehingga Lee mati. Berita ini ada dilaporkan dalam media massa hari ini.
Kejadian penoreh getah atau penduduk di pedalaman menjadi mangsa binatang buas adalah biasa berlaku. Sudah ramai penoreh getah maut kerana haiwan buas. Kalau tidak gajah mereka menjadi mangsa harimau ataupun ular tedung.
Apa nak dikisahkan di sini ialah perihal gajah berkenaan yang naik minyak sehinggakan membunuh manusia. Lee adalah manusia cuba mempertahankan haknya daripada dikhianati oleh gajah. Dia menghalau gajah itu menggunakan mercun. Pada perkiraan Lee mercun itu boleh menakutkan gajah, membingitkan telinganya kemudian lari.
Tetapi ternyata tindakan dan usaha Lee itu tidak berhasil. Gajah yang sudah keliru dan bising dengan mercun itu tidak lagi merasa takut. Mercun itu bukan lagi ancaman kepada derita telinganya. Sebaliknya yang ditimpa kemalangan ialah Lee.
Apa yang berlaku itu boleh diambil iktibar. Fikir dan jangan pandangan remeh. Pihak yang berkuasa, bijak jangan meraskan selamanya mereka terlepas.
Begitu jugalah suatu hati nanti manusia - rakyat yang tertekan macam gajah itu juga akan tidak hairan lagi dengan tekanan, ugutan ke atas mereka seperti mana dilakukan hari ini. Buatlah atau ugutlah menggunakan apa saja kalau keadaan sudah terdesak, hati panas membara ia tidak akan dipedulikan lagi.
Rakyat dengan kerajaan yang zalim samalah dengan gajah dan peneroka itu. Mereka tidak akan peduli apakah bedilan, semburan water cannon membahayakan mereka, mereka akan melawan dan melanggar apa saja.
Makanya untuk mengelakkan rakyat negara ini jadi seperti gajah berkenaan, mengamuk dan melilit musuhnya kemudian dihempas ke pokok sehingga mati, maka jangan bedil rakyat, jangan sembur rakyat tetapi layanlah sebaik mungkin. Kenapa gajah itu melaram ke kebun getah dan memakan ladang Lee, kerana ia terbiar, kawasannya diganggu dan kehidupannya tidak diurus dengan baik.
Wauuuuuu...[wm.kl 9:40 am 06/03/11]
Assalam Tuan,
ReplyDeletePenoreh getah = Kerajaan UBN
Gajah = Rakyat Malaysia kebanyakkan (bukan rakyat malaysia dari gerombolan lembu kenyang yang di-cucuk hidung).Kalau nak tahu melayu lembu..sila tanya mat maslan.
satu analogi yang tepat
ReplyDelete