Gaddafi Akan Menerima Nasib Sama Dengan Saddam
Amerika sudah menggerakan armada perangnya menuju ke lautan Mediterranean untuk siap sedia menyerang Libya. Dari satu segi tindakan Amerika itu bagus juga sebab untuk nak bunuh manusia kejam di Libya itu. Tetapi bila ingat yang hendak bunuh itu sebenarnya lebih kejam dari orang yang hendak dibunuh, timbul juga kemusykilan dikekesalannya.
Tetapi itulah adat dunia. Sesiapa yang mempunyai kuasa besar, lengkap dengan persenjataan boleh membunuh penjahat kecil. Tidak kira apakah penggunaan sejanta itu halal atau tidak yang penting kemenangan. Selalunya orang jahat akan mati ditangan orang jahat juga sebab orang baik tidak akan tergamak melakukan pembunuhan.
Biarlah kalau Amerika (Obama) hendak bunuh Gaddafi. Cukup sudah dengan kejahatan yang beliau lakukan ke atas rakyat Libya. Ribuan nyawa tidak berdosa rtelah melayang kerana tangan hitamnya. Apakah itu tidak dinamakan kejam, zalim?
Kalau setakat mendera rakyat daripada mendapat keadilan, mungkin boleh dimaafkan lagi. Kalau setakat mendera rakyat dan memerah saku rakyat (saman haram) untuk mengisi tabung tertentu kerajaan, boleh lagi ditahan. Begitu juga kalau setakat mewujudkan penganggur tinggi boleh lagi bersabar. Tetapi kalau sudah melakukan pembunuhan demi mengekalkan kuasa itu sudah melampau.
Mengaut harga negara untuk kepentingan anak beranak sudah melebihi. Kemafaan kepada manusia yang tamak dan rakus begitu tidak harus diberikan.
Makanya elok kalau penjahat Amerika segera menghapuskan Gaddafi. Ekoran tindakan siap sedia Amerika itu dunia semua sedang menanti apakah yang akan berlaku ke Libya. Kita tahu rakyat Libya terpaksa menahan hiba dengan kemasukan askar Zionis itu. Tetapi apa boleh buat hanya mereka yang ada kekuatan dan layak berdepan dengan ketumbukan Gaddafi.
Kandati perang di Afrika itu akan memberi kesan kepada dunia lain termausk kita, tetapi itulah satu-satu jalan yang ada untuk menghapuskan orang jahat seperti Gaddafi. Dunia terutamanya rakyat Libaya kena pejam mata sekejap untuk melihat demi tersingkirnya Gaddafi.
Dalam melihat nasib Gaddafi ini saya teringatkan Saddam Hussein di Iraq. Rakyat Iraq tidak mahu melihat bumi mereka dikotori kaki tentera Amerika dan buminya disembur dengan darah. Tetapi apa boleh buat kekuatan untuk membunuh Saddam hanya ada kepada si laknatulah itu saja. Kini Saadam sudah tiada lagi, namun kekejaman Saddam diganti oleh tentera Amerika.
Saya meramalkan Gaddafi juga akan mati ditangan Amerika seperti Saddam menerima hukum karmanya. Bila Amerika menyerang Libya Gaddafi dan anak beranaknya akan melarikan diri. Dia akan menjadi buruan perang dan berakhir dwengan kematian.
Kalau dia tegas dan berpegang kepada kata-katanya dia akan mati di bumi Libya. Katanya dia akan syahid di Libya.
Apabila Amerika berjaya membunuh Gaddafi ini rakyat Libya akan bergembira. Tetapi sesuatu yang memeritkan mata memandang ialah selepas kekejaman Gaddafi sirna dari bumi Libaya akan wujud pula kekejaman bentuk baru yang dijanakan Amerika.
Satu hakikat yang tidak dapat ditolak Amerika menyerang Libaya dan membunuh Gaddafi bukan untuk kesejahtraan rakyat Libaya tetapi untuk kesenangan penjenayah dunia itu. Selepas kuasa Gaddafi berakhir Amerika akan menguasi semua telaga minyak di Libya. Ini yang saya nampak. [wm.kl.8:00 am 02/03/11]
Lebih baik hidup di bawah pemerintah bukan islam yang adil daripada hidup di bawah pemerintah beragama islam yang zalim....
ReplyDeleteAs-Salam
ReplyDeleteSy sgt setuju dengan perenggan terakhir nurkilan saudara kali ini. Itu lah yang jelas tersirat dalam maqasid "pertolongan" America dengan nama "World Peace Keeping". Sy masih lagi tidak percaya yg Saudara Gadafi memerintahkan tentera dan penyokongnya untuk serang orang sendiri..Media Barat punyai agenda tersendiri untuk me"nasi tambah"kan keadaan sekarang. Umat Islam tidak seharusnya menyokong meng"khinzir"buta setiap tindakan Barat keatas Libya. Hairan, tidak diberitakan pula ulasan dari pemimpin2 Liga Arab, Africa , OIC & NAM...hmmm..kesiannnn
Assalamu alaikum tuan. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah rakyat Libia.
ReplyDeleteDengan kehadiran Shaitan Akbar di Libia maknanya rakyat Libia akan terlepas dari mulut harimau kemudian masuk pula ke mulut buaya.
Apa pun, Gadafi adalah manusia yang bertanggung jawab atas apa yang berlaku sehingga memberi ruang kepada Amerika Syarikat untuk masuk ke Libia. Amerika pun nampaknya masuk tanpa mandat dari PBB, di masuk macam di Iraq.
Bagi saya, selain dari Gadafi, OIC juga bertanggung jawab penuh atas apa yang berlaku dan akan berlaku. Telah berpuluh tahun OIC ini wujud tapi langsung tak ada taring. Ia hanya ibarat harimau kertas atau perahu lilin.
Apa yang akan berlaku di Libia ini pula akan dieksploytasikan oleh tali barut UMNO-BN di malaysia dengan menggambarkan kalau rakyat bertindak macam di Libia maka malaysia akan jatuh ke tangan penjajah baru. Inilah lagu lama yang pasti dimainkan kembali tak lama lagi.
Salam tuan mso,
ReplyDeleteSekiranya tentera amerika menyerang libya percayalah rakyat & negara yang paling gembira adalah israel.
Amerika sudah sekian lama berdendam dengan regim libya di bawah ghadafi malah pernah cuba berkali kali mau membunuh beliau termasuk cubaan bunuh dengan menghantar skuad jet pengebom mengebom kediaman ghadafi yang mengorbankan anak kecil ghadafi yang tidak berdosa.
Ghadafi merupakan benteng terakhir negara islam arab bagi zionis memerangi iran dan palestine.
Saya sama sekali tidak menyokong perbuatan zalim ghadafi keatas ribuan rakyatnya, namun yang saya khuatir kejatuhan ghadafi bakal mensensarakan jutaan umat islam di rantau arab khususnya iran, syiria & palestine.
Yayasan ghadafi setiap tahun telah mendirikan beratus buah rumah pelarian pelestin di ghaza hal yang gagal di lakukan oleh kerajaan islam lain keadaan ini merumitkan israel kerana pelarian islam masih berkhemah di luar sempadan tidak meninggalkan negara sebagaimana tujuan israel.
Segala yang berlaku di rantau arab merupakan mainan amerika semata, pasaran saham negara seluruh dunia jatuh menjunam tapi pasaran saham amerika mencongak naik.
Sekirannya regim ghadafi di jatuhkan akan naik lah seorang presiden yang pro amerika & israel itulah yang amat ditakuti.
Wassalam
Ghaddafi yang dalam tahun 70an mengikut jejak Jamal Nasser sebenarnya banyak menindas dan membunuh rakyat yang menentangnya dalam tahun 1980an sehingga kini.
ReplyDeleteBagi mereka yang berkawan rapat dengan anak anak Libya di luar negara, Ghadafi bukan satu nama yang popular kepada mereka.
Tidak ada bezanya kezaliman Gamal Nasser, atau Saddam atau Hfez AlAssad mahupun Saddam Hussein dalam mereka bertindak terhadap ulamak dan golongan Islam.
Harapan kita agar rakyat Libya sendiri sudah cukup bersatu menjatuhkan Ghadafi tanpa perlu campur tangan asing.
Semua pemimpin sekular dunia Arab sekarang inilah yang membolehkan Israel terus berkuasa dan menindas rakyat Palestin.
Wilileaks sendiri telah mendedahkan bahawa PLO terlibat secara langsung dalam pembunuhan pemimpin Hamas dan pejuang Palestine yang lain. Demi kuasa dan wang.
Salam tuan mso & penjenguk laman,
ReplyDeleteSaya cukup terkejut apabila terdapatnya pemimpin dunia islam serta ulama besar islam membuat kenyataan menghalalkan darah ghadafi berikutan pembunuhan beribu rakyatnya, saya tidak faham kenapa mereka ini tidak pernah barang sekali pun membuat kenyataan menghalalkan darah pemimpin zionis khususnya perdana menteri israel yang telah membunuh beratus ribu umat islam pelestin ?.
Sekali lagi saya katakan saya tidak menyokong perbuatan ghadafi tapi saya dapati banyak hal yang sengaja di provoke berlebihan oleh media barat dan ianya di sokong oleh tali barut barat yang berada di libya.
Media serta tali barut barat ini mengatakan ghadafi membawa tentera upahan dari afrika sedangkan sepupu saya yang bertugas di libya memberitahu askar upahan sebahagian besar adalah pejuang islam palestine, kenapa pejuang islam palestine menyokong ghadafi ?.
Persoalan terakhir saya, kenapa jurucakap yang mengakui sebagai wakil penentang ghadafi secara berterusan meminta pertolongan serta campur tangan amerika, bukankah itu yang dinantikan oleh amerika selama ini sebagai tiket untuk masuk ke libya?.
Adakah pemimpin pejuang islam sejati akan membenarkan sebarang campurtangan zionis ke atas negara mereka apatah lagi setelah beribu orang telah gugur di pihak mereka saya percaya tentu sekali tidak, melainkan semua ini telah pun di rencanakan mengikut perancangan amerika dan israel.
Pihak manakah yang sebenarnya akan untung kecil tapi rugi besar ataupun untung jangka pendek tapi rugi dalam jangka panjang.
Wassalam