Saturday, March 19, 2011

Sorotan Petang

Dun Sarawak Bubar, Kubang Kerian Calon Mohamad Sabu

ADA dua berita yang mengejutkan saya hari ini. Satu berita dari Sarawak mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak, katanya akan dilakukan pada Isnin depan. Notis mengenai pembubaran itu telah pun dihantar kepada Yang Dipertuan Negeri Sarawak.

Berita ini sudah pun diduga oleh banyak pihak.

Tetapi satu lagi berita yang benar memeranjatkan saya ialah dari Kelantan. Pas kawasan Kubang Kerian yang mengadakan muktamar kawasan hari ini katanya telah mencalonkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden Pas yang akan direbut pada muktamar awal Jun nanti.

Apa yang memeranjatkan, Kubang Kerian merupakan kawasan yang diketuai oleh Husam Musa, calon timbalan presiden dua tahun lepas yang turut menjadi calon untuk merampas jawatan berkenaan dari Nasharudin Mat Isa bersama Mohamad Sabu.

Pencalonan Mohamad Sabu itu memberi signifiken dan akan ditafsirkan dengan berbagai-bagai pentafsiran. Apakah ia satu tektik yang diatur sedemikian rupa untuk dijadikan ikutan kawasan-kawasan lain? Logiknya kalau tidak ada mengadakan masakan Kubang Kerian bermurah hati untuk membuat muqadimah mencalonkan Mohamad Sabu.

Sebelum ini saya ada mendengar desas desus mengatakan Husam akan memberi laluan kepada Mohamad untuk merebut jawatan timbalan presiden satu lawan dengan penyandangnya Nasharudin. Tetapi berat untuk saya menerima strategi demikian.

Mulanya saya tidak percaya akan desas desus berkenaan. Ia dianggap sebagai satu prejudis atau berita angin saja. Tetapi apabila hari ini kawasan Kubang Kerian mencalonkan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian itu, ia mengesahkan desas desus itu. Soalnya apakah politik Husam di sebalik pencalonan Mohamad itu?

Ataupun pencalonan itu adalah kehendak kawasan Kubang Kerian dan tidak merupakan endorsement Husam? Kalaulah ia tanpa campur tangan Husam apakah Husam begitu lemah di kawasannya sendiri? Mengejutkan juga, katanya Husam hanya dicalonkan untuk merebut jawatan kuasa sahaja? Tetapi tidak sesuatu yang menghairankan kalau Husam benar-benar bersikap demokratik di dalam hal ini.

Sementara itu Pas Kawasan Kubang Kerian tidak membuat pencalonan terbuka untuk jawatan Naib Presiden dan Presiden dan menyerahkan kepada Jawatankuasa untuk berbuat demikian. Adalah dipercayai Pas Kubang Kerian akan mengekalkan ahli Parlimennya, Sallahuddin Ayub untuk jawatan Naib Presiden.

InsyaAllah saya akan ulas dan memberi gambaran mengenai perkembangan ini beberapa hari nanti setelah melihat reaksi dari tindakan Pas Kubang Kerian itu. Kita sama-sama renung dan selidiki apakah muslihat di sebalik ini ataupun tindakan Pas Kubang Kerian itu seolah memberi umpan beracun yang akhirnya termakan oleh Yang Dipertuanya sendiri? [wm.kl.6:30 pm 19/03/11]

2 comments:

  1. Assalamu alaikum tuan. Setakat ini berita Mad Sabu ini adalah sesuatu yang menarik. Saya yang begitu mengkagumi cara beliau aktif dalam PAS memang berbangga dengan berita ini.

    Seingat saya sewaktu beliau dalam kepimpinan Dewan Pemuda PAS, walau pun beliau sekadar Naip Ketua DPP namun bagi saya beliau lebih menonjol berbanding Ustaz Abu Bakar Cik. Itu yang dapat saya rasakan ketika itu dan kalau yang ada hari ini begitu nampaknya benar-benar menarik.

    Apa yang berlaku ini juga menepati dengan posting tuan tempoh hari.

    Menarik lagi kerana ini pasti akan menjadi bahan sensasi dalam Utusan Malaysia Nombor One (UMNO).

    ReplyDelete
  2. Satu perkembangan yang amat baik untuk PAS mendepani PRU13.Biarlah pertandingan ini diserahkan sepenuhnya kepada ahli Pas untuk memilih kePemimpinan hata sehingga peringkat Presiden.Pengundi muda sedang memerhati parti mana di Malaysia yang lebih terbuka dlm soal memilih pemimpin.

    ReplyDelete