Monday, March 21, 2011

Terkini Video Lucah

"Bukan Saya" - Anwar

PETANG ini Anwar Ibarahim telah membuat sidang akhbar khas menafikan watak yang terdapat dalam video lucah yang ditayangkan kepada beberapa wartawan di Carcossa Sri Negara hari ini secara percuma bukanlah dirinya. Beliau memberi beberapa bukti bagi menafikan watak itu adalah dirinya seperti mana yang cuba dikaitkan dengan pendedahan video berkenaan.

Menurut Anwar watak dalam video itu perut buncit. Beliau sambil ketawa lantas membuka menyelak jaket dan menunjuk perut untuk disaksi oleh wartawan.

Satu lagi bukti yang diberikan Anwar tarikh rakaman video itu dibuat pada 21 Februari sedangkan pada waktu itu beliau berada bersama isteri anak-anak dan cucunya. Waktu itu juga beliau sedang melayari twitter. Beliau ada menyimpan (save) twitter berkenaan sebagai bukti.

Anwar menyifatkan video berkenaan bermotif politik untuk memburuk-burukkannya dan memalukan keluarganya. Beliau tidak menolak video itu dikeluarkan untuk pilihan raya Sarawak. Sepanjang sidang akhbar itu Anwar kelihatan riang dan cerita dan tidak sedikit pun menunjukkan beliau gerun dengan pendedahan video berkenaan.

Dalam pada itu ada berbagai pendapat dan tafsiran mengenai pendedahan video berkenaan yang menjadi berita panas sepanjang hari ini. Setengah mengatakan video berkenaan sudah lama dirancangkan dan ia pernah hendak disebarkan semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh. Bagaimana pun atas sebab-sebab tertentu dan pandangan dari pihak tertentu rancangan itu dibatalkan.

Sementara itu ada pihak mendakwa video itu 'diterbitkan' oleh para samseng dari Sarawak. Manakala Datuk T yang dimaksudkan yang menjadi produser (pengeluar) adalah berbangsa Melayu. Menurut seorang wartawan kanan dari sebuah portal orang ini (Datuk T) sering muncul dalam beberapa fanction Umno sebelum ini.

Anwar akan membuat laproran polis selepas beliau melihat video berkenaan sepenuhnya. Menurut Datuk T dia akan mengirimkan video berkenaan kepada Anwar dan Wan Azizah sekiranya Anwar tidak berundur dari politik. Soalnya kalau pendedahan itu bukan bermotif politik kenapa ianya dikenakan syarat itu. Jelas pendedahan itu untuk mengugut Anwar bersama isteri dan keluarganya. [ttdi.7:15 pm 21/03/11]

1 comment:

  1. Tuan MSO,

    1. Kita tengok apa tindakan pihak berkuasa. Hari ini dah masuk hari ke 2, namum belum ada apa-apa tindakan dari pihak berkuasa kecuali penafian oleh pemimpin UMNO Baru yang bersifat politik.

    2. yang jelas, Datok T telah melakukan kesalahan - membuat tayangan awam satu tayangan bahan lucah!

    kesalahan ke 2, sebagaimana kata tuan, melakukan ugutan untuk memusnahkan karier politik DSAI.

    3. perbuatan Datok T ini telah dilapurkan dengan meluas oleh MSm dan TV. apa lagi yang pihak berwajib perlu untuk menyegerakan tindakan terhadap Datok T?

    Sedangkan tindakan sepantas kilat banyak diambil bagi kesalahan-kesalahan yang tidak sesoheh ini?

    bat8

    ReplyDelete