Wednesday, May 11, 2011

Mengingati Umno

Umno Kini Hanya Ada Jasad,
Tidak Ada Roh

Hari ini Umno yang dilahirkan hasil gabungan beberapa persatuan dan Ngo telah genap 65 tahun. Generasi muda mungkin tidak sedar akan hal ini, bahawa Umno bukan satu entiti asal, tetapi ia adalah hasil gabungan pertubuhan dan persatuan Melayu yang menentang Malay Union.

Umno adalah makhluk parasit yang menumpang nama atas tubuh sekumpulan orang lain.

Dalam erti kata lain Umno hanyalah nama yang bergantung kepada beberapa batang tubuh yang lain. Hakikat Umno itu sendiri tidak ada. Penyatuan membentuk Umno di atas satu semangat untuk menentang penjajah, selepas itu membentuk pemerintahan sendiri untuk menjaga agama, bangsa dan tanah air.

Kerana hakikat begitu maka siapa atau apa sebenarnya Umno itu boleh diragui. Diri Umno boleh dipertikaikan. Ia boleh dianggap sebagai hantu. Ia berbeza dengan Pas, yang lahir sebuah biro didalam Umno yang dianggotai oleh para alim ulama, ustaz dan tok lebai. Di sinilah Pas berupa, tebentuk ia lebih jelas daripada Umno. Perjuangan Pas itu tidak pernah lari dari maksud asal selari dengan kehendak agama dan aspirasi bangsa dan tanah air.

Sehebat mana Pas menyerang musuh tetapi parti itu masih mengawal aktiviti dan emosinya agar tidak melampau batas yang dimurih oleh agam dan dibeci oleh budaya bangsa.

Kerana parti yang dibina atas prinsip dan dasar Islam maka Pas tidak zalim dan melampau dalam menggalakan perjuanganya. Pas tidak menyalah gunakan kuasa dan bergerak di luar batas-batas keagamaan dan bangsa. Inilah bezanya Pas berbanding dengan Umno. Pas dikatakan kolot dan berfikiran sempit bila mengekalkan ciri-ciri itu, tidak mengapa kerana dengan kesempitan dan kekolotan itu Pas berjaya menjaga dirinya sebagai Islam dan Melayu.

Satu fakta penting mengenai Umno yang dilupai ialah, Umno tahun 1946 sudah tidak ada lagi. Ia mati pada tahun 1988 di tangan Mahathir. Umno yang ada hari ini adalah Umno baru yang telah meninggalkan pakaian Melayunya. Kalau melihat pembawaan dan lagak ahlinya hari ini rupa diri Umno itu sendiri ia jauh berbeza. Ia persis sudah terbalik dari hadapan ke belakang dari belakang ke hadapan.

Hakikat ini disedari oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan beberapa orang nasionalis. Kerana itulah apabila Umno dimatikan tahun 1988, tengku Razaleigh berusaha menghidupkan Umno yang dibentuk atas semangat asal semangat 1946. Apabila hari ini Tengku Razaleigh kembali semula ke dalam Umno ia tidak bererti Umno sudah pulih, tetapi pengembalian itu kerana Tengku Razaleigh tidak dapat melupai keseronokkan semasa dalam Umno. Umnolah yang meletakkan dia sebagai Menteri Kewangan bangsa Melayu pertama.

Umno dulu lebih harmoni dan profesional. Ahlinya di semua peringkat mementingkan persaudaraan. Umno dulu lebih bersifat keMelayuan yang tertib, tidak 'pongoh' dan tidak suka pakai kasut longgar. Kenyataan, cakap orang Umno dulu lembut, berlapik bukan seperti hari ini penuh dengan 'aji no moto' ego dan bongkok.

Boleh diperhatikan macam mana game politik yang berlaku hari ini. Macam mana Umno menyerang musuhnya Anwar Ibrahim. Apa yang kita tidak pernah terfikir, dilakukan terhadap Anwar. Ini bukan tuntutan dunia kepada perkembangan politik tetapi kerana makin kering dan pupusnya semangat Umno asal dan peri keUmnoannya.

Saya yakin sejahat-jahat Umno di zaman Tengku Abdul Rahman, Hussein Onn mereka tidak akan tergamak menyerang musuh sedeikian rupa sehingga sanggup meluka dan menitiskan darah kemaluan sesama sendiri. Semua perangai buruk Umno kini bermula selepas ianya dijaga dan dibentuk oleh Mahathir 1982. Pada saya orang yang memusnahkan tamadun Melayu salam siasah ialah Mahathir Mohamad.

Hari ini Umno ditangan Najib yang nampaknya berminat meneuskan kesadisan yang diilahmkan Mahathir Mohamad. Mahathir masih menaungai politik Najib. Najib percaya kepada politik ala-ala Mahathir. Walaupun Abdullah Ahmad Badawi cuba mengembalikan sifat Umno sebenar yang harmoni dan mahu menjalinkan persaudaran, tetapi Najib nampaknya tidak terliur kepada pendekatan Abdullah itu.

Sebab itulah Abdullah membebaskan Anwar kerana dia mahu pulihkan maruah orang Melayu yang dihitamarangkan leh Mahathir. Sayang usaha Abdullah itu dihalang sebegitu rupa oleh Mahathir sehingga Abdullah hanya sempat jadi PM sekadar empat tahun saja.

Di sini, kalau Najib terus bermain dengan banyak api yang dinyalakan Mahathir dalam poltiik bagi mengekalkan kuasanya, dibimbangi beliau tidak akan terdaya melawan api. Apa yang terbaik dibuat Najib ialah banyak menggunakan pendekatan diplomasi. Buanglah tektik-tektik jahat yang hanyir itu kerana ia tidak sesuai dengan selera orang Melayu. Percayalah kejahatan tidak akan berjaya mengatasi kebaikan.

Kalau kita benar, kebenaran itu akan hadir tanpa kita menimbulkan kejahatan orang lain! Apakah setelah Umno berusia 65 tahun yang sudah kehilangan roh akan dipakaikan semula dengan samping dan selendang Melayu untuk mengembalikan roh ke dalam jasad Umno. [wm.kl. 3:15 11/05/11]

4 comments:

  1. Assalamu alaikum tuan.

    "Umno Kini Hanya Ada Jasad,
    Tidak Ada Roh". Maknanya mayatlah tu.

    ReplyDelete
  2. Para pemimpin UMNO sekarang dilihat terlalu jahat, kotor dan korupsi. Mereka ini ibarat barah yang telah menular hingga ke saraf otak dan tidak ada harapan lagi untuk dipulihkan atau diubati dan hanya menunggu saat ajalnya sahaja. Seperti sepohon pokok, jika benihnya dari baka yang kurang baik, masakan boleh diharapkan mendapat buah yang lazat dan berkhasiat? Begitulah realitinya pemimpin UMNO yang ada sekarang ini dan untuk mengharapkan sesuatu yang terbaik dari mereka seperti mengharapkan penyamun bertukar watak menjadi Iman Besar di Masjid Negara.

    ReplyDelete
  3. Tapi sehingga hari ini tiada bukti hitam putih mengatakan apa yang berlaku pada Umno hari ini angkara Mahathir. Begitu jugak dgn Najib yg terpalit dgn banyak kes, sehingga hari ini tiada bukti hitam putih menunjukkan Najib terlibat. Tidakkah apa yang tuan paparkan ini boleh di kira satu kerja menfitnah juga? Separuh org melayu tidak percaya akan tuduhan2 pada Mahathir dan Najib. Buktinya sokongan yang mereka terima pada pilihanraya. Begitu juga separuh lg org melayu tidak percaya akan tuduhan2 pada Anwar. Buktinya sokongan kuat pada PR pada pilihanraya. Bukankah artikel ini lebih menunjukkan tuan lebih condong kepada PR? Sedangkan tuan kerap kali mengatakan tuan tidak sebelahi mana2 pihak..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Saya rasa Hishamuddin masih mentah dalam politik dan dia ingat politik adalah satu realiti. Kerja jahat, munafik, pengkhianat dalam politik ia ntidak macam kerja laun yang pakai pedang, tutup muka separuh dan bunuh orang. Kejahatan dalam politik kena tafsir... ia kerja dalam gelap macam juga kerja hantu.
    Harap Hsihamuddin belajar lagi. Kita bercakap ini soal politik. Warna dalam politik abstrek.... kalau kita ianya merah, tapi pentafsirannya lain. Jangan strip sangat dalam politik.
    Memang mahkamah tidak mengatakan Mahathir yang bersalah, tetapi implikasi dari tindakan Mahkamah itu sebab dan kerana apa? Kerana 13 ahli Umno bahwa kes ke mahkamah, kenapa mereka bawa? Inilah perlu dikaji dan dianalisa... kalau kita mengkaji akan tahulah kita siapa menjadi puncanya.
    Banyak lagi kalau hendak dikira dan dihitung mengenai hal ini.
    Mungkin juga Hishamudin tidak tahun bahawa dalam pendaftaran hari ini ada tercatat perkataan Umno Baru. Apa maksudnya Umno baru itu?
    Saya yakin Hishamudin boleh jadi ahli politik atau pun pembaca politik bijak kalau anda membuat kajian dan menambahkan banyak lagi ilmu politik. Tanpa salam, dan wassalam.

    ReplyDelete