Pemuda Pas Tetap Serta Himpunan Bersih 2:0
BARUAN saya menerima kenyataan dan pendirian Dewan Pemuda Pas yang mengatakan tetap akan menghadiri himpunan Bersih 2:0 meskipun 1,000 laporan polis dibuat untuk mengagalkan himpunan berkenaan.
Saya salute kepada pendirian berani anak muda Pas ini dalam memperjuangkan keadilan terlaksana dalam sistem demokrasi negara ini. Berikut disertakan kenyataan berkenaan yang dikeluarkan oleh ketuanya, Nasaruddin Hassan (foto);
1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin
mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.
2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula b
osan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini
masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....
- Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
- Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
- Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.
4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.
5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.
6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.
7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.
8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !
9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?
10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.
Memimpin Kebangkitan Anak Muda
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Catatan: Terima kasih di atas kiriman kenyataan ini. [wm.kl.9:20 pm 16/06/11]
Bersih 2.0 adalah aktiviti NGO yang memakai topeng pembangkang.
ReplyDeleteAdakah kita mengadakan negara singapura lebih bebas dari malaysia.
Negara itu cukup diagungkan oleh DAP pun mempunyai berbagai sekatan malahan masih mempunyai ISA. Adakah negara mereka bebas?
Assalamu alaikum tuan.
ReplyDeleteHimpunan Bersih : 23 hari lagi.
Tahniah kepada Ketua Dewan Pemuda PAS dan angota dewan berkenaan.
Anda Bukti "Pemuda harapan Bangsa".
Syabas Dewan Pemuda PAS Pusat...semoga langkah berani anda akan dapat memacu perjuangan orang muda dalam ranjau perjalanan 'menawan' Putrajaya...InsyaAllah.
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeletesdra bosan kata:
"Bersih 2.0 adalah aktiviti NGO yang memakai topeng pembangkang. "
komen saya:
1. begitu juga di Selangor, pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain dimana tiba-tiba tumbuh NGO seperti cendawan yang menjadi topeng kepada UMNO Baru mencari apa jua isu yang boleh dijual, bagi mengugat kerajaan pakatan.
Dalam kes NGO yang menjadi topeng UMNO Baru ini, isu yang diutarakan sebijik untuk tujuan politik sempit UMNO Baru.
2. Bersih 2.0 topeng pembangkang? Bersih 2.0 menuntut pilihanraya yang lebih telus dan bersih. Ia meminta penggunaan dakwat bagi mengelak pengundian lebih dari sekali.
Apakah ini bukan kehendak universal setiap rakyat tak kira dimana? tidakkah pilihanraya yang telus dan bersih menjadi amalan sistem demokrasi yang lebih matang?
Jika pembangkang menuntut perkara-perkara ini, adakah salah? Jika ini alasan saudara, BERMAKNA UMNO BARU/BN TIDAK MAHU kepada pilihanraya yang telus dan bersih yang menjadi hak yang dinikmati oleh rakyat di negara-negara lain, yang merupakan hak yang universal.
3. Saudara mungkin berhujah dengan meminta bukti untuk menyokong kenyataan bahawa pilihanraya dinegara kita tidak telus dan bersih.
Buktinya senang sahaja - buat pilihanraya secara telus, mengikut standard antarabangsa atau yang digunapakai oleh negara-negara didunia ini yang boleh diterima standardnya, KITA LIHAT HASILNYA DAN BANDINGKAN DENGAN PERJALANAN PILIHANRAYA-PILIHANRAYA SEBELUM INI!
bat8