Friday, June 10, 2011

Kritik Sosial

Kedai Cantik Tapi Servis Very Bad...

SEBUAH kedai kopi siber (kopitiam) yang terletak di Taman Permata, Hulu Kelang, Selangor bolehlah dikelaskan cantik dan menarik. Ia memenuhi ciri-ciri kedai kopi moden hari ini. Ada kemudahan wifi, ada rak majalah dan surat khabar disediakan. Tatapi sayang bahan bacaan disediakan semuanya dalam bahasa Inggeris, seolah-olah pelanggannya terdiri dari 'mat salleh' yang tinggal di Ukay Height atau pun Bukit Antarabangsa.

Kedai berkenaan terbahagi kepada dua seksyen, berhawa dingin dan terbuka, merokok.

Malangnya kedai yang cantik dan berstatus kedai kopi moden yang menjadi kegilaan hari ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya apabila layanan yang diberikan tidak begitu memuaskan malahan boleh dikatakan very bad.

Jika dibandingkan dengan kedai mamak jauh 100 kali baik kedai mamak dari segi kecepatan meminta pesanan dan menghantar makanan yang dipesan. Kelebihan kedai mamak inilah, servisnya kelas satu. Walaupun kedai mamak agak teruk dari segi kebersihan, tetapi kerana servisnya bagus dan harga murah ia tetap juga dikunjungi.

Apa yang belaku pagi tadi di kedai kopitiam itu cukup mengecewakan saya dan saya kira pelanggan lain juga. Bayangnya kedai yang mempunyai lebih 15 buah meja di bahagian luar dan 10 meja di bahagian dalam (yang eksklusif) hanya mempunyai seorang pelayan perempuan sahaja.

Pelayan perempuan berusian 20-an inilah saya tenguk mundar mandir menguruskan semua sekali, mengambil oder, menghantar oder sehingga lagaknya macam lipas kudung. Di wajahnya usahkan nak senyum nak lap peluh pun tak sempat. Dua tiga meja penuh dengan bekas cawan dan piring tidak sempat dibersihkan. Di lantai bahagian luar pula, bersepak puting rokok yang pecah perut bertaburan.

Pelanggan ketika itu ada di sekitar 30 orang yang semuanya ingin bersarapan pagi. Saya nampak dah ada yang tarik muka retak seribu. Dah agak lama saya tak masuk ke kedai ini. Saya ke situ kebetulan hendak menanti seorang kawan. Ketika saya masuk kawan yang dimaksudkan sudah pun ada, saya kira dia baru sampai kerana belum ada apa-apa makanan di atas mejanya walaupun menurutnya sudah lebih setengah jam sampai.

"Belum oder apa-apa lagi?" tanya saya.

"Dah lebih setengah jam belum sampai-sampai lagi," katanya. "Pelayan seorang... tenguk tu, piring cawan di meja tidak dibersihkan, bersepah..." sambungnya lagi sambil merungut "kenapa teruk sangat kedai ni?" Malu juga saya bila kawan itu berkata demikian kerana walaupun itu bukan kedai saya tetapi ia terletak di kawasan saya, maka saya juga terasa macam bertanggungjawab.

Saya memang pantang berlamaan mulalah darah akan naik ke kepala. Sudah lebih setengah jam oder kopi O dan roti bakar tetapi belum juga sampai. Sudah dua kali panggil pelayan itu tetapi dia langsung tidak endah. Timbul rasa nak marah tetapi mengenangkan dia seorang yang layan pelanggan lebih 30 orang tak tergamak pula, sebalik timbul kesian.

"Dik seorang saja ke?" tanya saya. Dia mengangguk sekali dengan wajah yang kurang senang. "Cakaplah dengan tuan kedai tutup saja kalau tak ada pekerja, kalau seorang aniya," akahirnya saya melepas geram.

Sebenarnya sudah lama saya terperasaan pelayan di kedai ini tidak dapat bertahan lama. Setiap kali saya masuk, ada-ada saja muka baru dan muka lama sudah hilang entah ke mana. Saya rasa macam kedai ini ada masalah pengurusan menyebabkan pekerjanya tak lekat dan sering keluar dan masuk.

Harap kalau tuan punya kedai ini membaca catatan ini ambillah perhatian jangan saja tahu check berapa wang masuk setiap minggu atau setiap bulan. Kebajikan perkerja perlu sama diberi layanan dan dijaga seperti mana piagam yang dikenakan kepada pelayan untuk menjaga dan mengawasi kedai. Barang kali perlu juga kalau kedai berkenaan diadakan piagam kepada tuan punya agar tidak memerah pelayan dan pekerjanya untuk kepentingan tuan punya. Ingat pelanggan perlu diutamakan kerana kami datang bukan saja nak makan tetapi bawa duit. Wow...[wm.kl.6:00 pm 10/06/11]

2 comments:

  1. OLDTOWN SUME CAMTU.AKU PENAH GAK G KAT KWSN AKU.MCM GAMPANG.LEMBAB,SLOW MCM SIPUT BABI.

    ReplyDelete
  2. Assalamu alaikum tuan. Bila tuan menyentuh tentang perkhidmatan restoran atau kedai makan mamak jika dibandingkan dengn kedai makan lain, terpanggil untuk saya melepaskan perasaan saya dalam blog tuan ini.

    Ke mana saya pergi, waktu apa pun saya kunjungi, di tambah pula dalam keadaan saya yang tak boleh melihat ini, saya kena mengaku secara jujur yang kedai mamak adalah pilihan saya yang utama. Kadang-kadang saya terpaksa bertengkar dengan isteri untuk masuk kedai mamak kerana isteri saya tak berapa minat untuk makan di kedai mamak.

    Kalau nak diikutkan bukanlah sedap sangat makanan yang ada di kedai mamak tu. Habis-habis rati canai, roti telur, mi goreng dan rojak. Rojak pun banyak kedai yang tak ada. Lauk nasi campurnya pun lauk standard di mana semua kedai mamak itulah lauknya.

    Namun apa yang membuat saya tetap ke kedai mamak adalah layanannya yang sedikit pun tak menyusahkan saya. Minum apa, makan apa, itulah soalan pertama dan terus bergerak membuat order. Lebih kurang 5 minit sampai order.

    Berbeza dengan kedai Melayu yang banyak saya pergi memang menimbulkan masalah kepada saya dan orang-orang seperti saya. Masuk saja kedai nak tunggu dia datang ambil order pun lambat. Bila kita tanya apa yang ada, dia jawab nak makan apa. Kalau saya nampak tak akan saya tanya dia apa yang ada, baik saya ke tempat makanan dan tengok apa yang ada.

    Yang lebih sedih lagi, bila kita order nasi campur dan nasi lemak, dia kata itu kena ambil sendiri. Bayang tuan dan pembaca sekelian, kalau anda semua berada ditempat saya apa yang anda rasa.

    Ada juga beberapa kali, bila saya membuat order, biasanya makanan yang agak mahal, tuan kedai berkata "itu mahal tu". Padahal bukan mahal mana harga biasa saja.
    Pernah sekali oleh kerana terlalu marah dengan cara layanan mereka yang tak menhhargai pelanggan seperti saya, saya meletakkan duit RM50 di atas meja dan berkata "aku cacat tapi bukan minta sedekah, aku tak kebulur dengan duit ni lah" dan bangun meninggalkan kedai tersebut tanpa menjamah apa pun dari kedainya dan pergi ke kedai mamak yang kebetulan berhampiran dengan kedai itu.

    Maaflah tuan sekadar meluah rasa dan itulah pengalaman saya dan teman-teman senasib bila ke kedai Melayu khususnya walau pun tak semua tapi kebanyakan.

    ReplyDelete