Kuala Lumpur Jam 10.00 Malam.
Waktu ini saya berada di sebuah hotel di pusat bandar Kuala Lumpur. Jarak saya dengan lokasi himpunan esok tidak sampai 5km. Keadaan tenang saja. Tidak ada apa apa tanda kekacauan yang akan berlaku. Para peserta yang kebanyakannya dari Kelantan boleh di temui di mana mana saja.
Di food court di berhampiran Jalan Tunku Abdul Rahman yang terkenal dengan masakan panas Kelantan dan Thai dipenuhi dengan orang Kelantan. Rata rata mereka datang dari jauh untuk menghadiri himpunan esok.
Walaupun sudah berbuih polis memberi amaran namun tidak sedikit pun menakutkan mereka. Malahan larangan itu dianggap sebagai gurauan dan menambahkan lagi kegilaan untuk berdemonstrasi.
"Apa nak takut ini negara kita, lagi pun kita berarak kerana nak tuntut kebersihan bukan kekotoran," demikian kata seorang anak muda yang sudah siap mengenakan baju kemeja T berwarna kuning. Menurutnya dia tiba di ibu kota menjelang Maghrib tadi.
Bila ditanya apakah tidak bimbang ditangkap polis, jawabnya kita masuk ramai ramai biar pecah penjara, macam mana polis nak tangkap lagi, katanya.
Seorang lagi kawannya menambahkan kalau kita tidak ajar kerajaan yang zalim siapa lagi hendak mengajarnya. Kitakah golongan muda. Beliau yang masih menuntut di IPTA sedikit pun tidak bimbang dengan kemungkinan ditangkap dan dbuang dari universiti.
"Mengaji tinggi pun tak guna di negara ini kerja tak dak," katanya mempamerkan pemikiran budak.
Keadaan di beberapa tempat tertentu masih sebuah pesta sahaja. Hampir semua hotel murah sudah penuh. Dari beberapa maklumat masih ada yang sedang nenuju masuk ke Kuala Lumpur.
Gambaran sebenar akan diketahui lagi esok. Para peserta akan mula keluar dari tempat 'persembunyisn' masing masing jam 10 pagi. Mereka dikatakan akan menuju ke tiga lokasi utama, di masjid Kampung Baru, Masjid Jamek dan Masjid Negara. Dari lokasi ini mereka akan bergerak beramai ramai dan bergabung degan peserta yang bukan beragama Islam atau pun yang menanti di lokasi lokasi tertentu untuk menuju ke istana negara. (kl.11:02pm 08/07/11)
Maaf kalau banyak ejaan salah, catatan tanpa edit.
Kesalahan ejaan sikit Tuan berbanding puak2 DURJANAAPCO yang sanagt ZALIMM..
ReplyDeleteSaya sangat gembira dgn gambaran yang tuan nukilkan ini.Insyallah..ALLAH BERSAMA-SAMA KITA SEMUA ESOK :).
TAKBIR..!!!
Bersungguh nampaknya, ada tak PATRIOT, atau PERKASA?
ReplyDeletePaling tidak pun, grup PESAKA yang berbaju hitam..
Atau cakap je, tak berani sinsing lengan?
Assalamu alaikum tuan.
ReplyDelete"Emak, nak tidur, esok nak lari" Itulah kata anak saya yang sedang belajar di tingkatan 3 yang akan menemani saya ke himpunan esok.