Wednesday, August 17, 2011

Catatan Petang

Musafir Ramadhan Ke Tanah Rencong

Ya Jabbaar: Insya-Allah pemusifaran Ramdhan saya tahun ini akan diteruskan ke Tanah Rencong – Aceh Jumaat ini. Menjadi semacam rutin pula setiap kali tiba Ramadhan hati terpanggil untuk menjenguk tanah yang ditimpa tsunami tahun 2004 itu.

Apa lagi saat tibanya hari lebaran hati semakin terasak-asak untuk ke sana. Saat ini lambaian tangan anak-anak yang kehilangan ibubapa dan keluarga (si yatim piatu) kerana tsunami sudah memenuhi ruangan mata. Satu-satu wajah kudus yang mulus masuk menyelinak ke dalam mata mengiring perasaan dan jiwa ke sana. Hati juga mulai sebak kekangenan.

Wajah yang teduh, wajah yang bersih menari-nari meminta agar mendatangi mereka. Datanglah pak..mampirlah pak... "pior" (singgah)lah pak melihat kami. Iya, mereka bukan sangat memerlukan keperluan mewah, tetapi cukup untuk meraikan mereka dengan memegang tanagn dan mengusap-usap kepalanya.

Bagi mereka hadiah, huluran sampul di dalamnya berisi RM10 atau RM20 sudah satu yang besar yang tidak mampu dibalas dengan kata-kata dan ucapan terima kasih. Apa lagi kalau membawa mereka ke kedai membeli baju atau aksesori diri untuk raya, mereka merasakan tidak terbayar nilainya. Kalau tidak bersalah dengan adab mahu mereka menyembah ke kaki si pemberi sebagai tanda syukur mendalam.

Semuanya boleh menghilangkan kerinduan kepada keluarga saat menjelang lebaran. Kenangan bersama ibu, ayah dan keluarga yang sudah lama terpisah sedikit sebanyak akan padam kalau mereka dibawa atau dirai.

Saat paling menyedih dan menyayatkan hati ialah pada waktu berbuka puasa. Mereka menginsafi akan nasib diri. Walau masih kecil di mana mereka memerlukan layanan ibu, tetapi mereka berdisiplin. Mereka akan duduk tertib di hadapan hidangan. Saling bantu membantu, menceduk kuah atau pun mengambil lauk, teratur dan mesra pula mereka membahagi sesama mereka, sedikit sama sedikit banyak sama banyak.

Ketika inilah air mata saya tidak tertahan terseka di birai kemudian menitis dengan lajunya. Apa yang mengetik perasaan ialah mengingatkan bagaimana kalau ia berlaku ke atas diri anak-anak sendiri yang masih kecil?

Jumaat ini saya akan ketamui mereka untuk kesekian kalinya. Kandati mereka sudah berganjak sais, besar panjang namun masih memerlukan belaian dan kasih syanag. Kesan tsunami sangat terhujam ke dalam jiwa mereka dan ia memerlukan rawatan secara berterusan sehinggalah mereka dewasa dan mandiri.

“Selamanya tak akan terlupa pak... sehingga kini saya ternampak macam mana ayah dan ibu saya dihayutkan air.. saya hanya mampu menjerit... kalau saya tidak dipegang saya juga mahu mengikut ibu dan ayah biar semuanya habis ditelan tsunami” demikian keluhan si bocak yang ini sudah berusia 11 tahun. Pengucapan itu menjadikan saya terasa luluh hati dan luruh jantung.

Kata-kata inilah turut meninggalkan kesan di hati saya yang menyebabkan saya tidak akan terpisah bersama mereka. Walaupun sibuk saya tetap berikhtiar untuk ke Aceh bagi di sampai sedikit sumbangan yang termampu dibuat. Biarlah tidak banyak tetapi yang penting tanda kita mengingati akan kesedihan mereka itu juga kesedihan kita. [ttdi.kl. 1:11 pm 17/08/11]

7 comments:

  1. t.kasih atas coretan ini ... air mata saya turut mengalir moga ia termasuk dalam amal saudara jua .

    ReplyDelete
  2. sayu dengan coretan saudara.....seperti saudara, terbayang kalau ianya berlaku kepada anak-anak sendiri.

    ReplyDelete
  3. Tahniah tuan! tulisan yang menyentuh dan menginsafi!.....

    ReplyDelete
  4. aslm sdr, saya berualng kali membaca post sdr yg ini. sesungguhnya, sebagai makhluk dan insan kerdil, memang tersangat terpanggil dgn penceritaan sdr, yg sgt jelas akan isi kandungannya. saya jua pernah mendatangi keadaan spt yg sdr lalui. memang, bukan manusialah kita, kalau tidak terasa sayu dan syahdu degn keadaan dan pengelaman yg dilalui oleh mangsa tsunami ini. saya pernah bersama mereka, memberikan segala bantuan sekadar yang patuut, mewakili kerajaan malaysia sewaktu bertugas dulu. memang subgguh memberikan kesan pada jiwa dan naluri saya. dan pentingnya sgt memberikan kesedaran dalam diri saya. suatu penceritaan semula yg sgt berguna utk pengajaran pada kita semua, yang maih mau sedar. apatah lagi, sekiranya kita bayangkan perkara yg sama terjadi pada diri kita. mohon dijauhi, insyaallah.bersyukur saya dgn apa yg kita ada dan ,alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Hamba ada satu cadangan. Di Acheh, kanak-kanak disana suka minum apa? Jika tuan MSO tahu, apa kata tuan infa' kan sedikit kewangan utk membeli air kesukaan mereka.

    Pengalaman hamba, sumbangan gula kpd org miskin di Malaysia adalah tidak cukup. Elok diberikan uncang teh dan kopi sekali. Barulah gula itu boleh digunakan dgn sempurna....

    ReplyDelete
  6. Salam Pak MSO...belasan kali saya ulang baca posting ini..seolah2 perbendaharaan bahasa melayu saya tidak mencukupi untuk menggambarkan keadaan adik2 kecil ini..sedangkan saya yg sedang menganjak ke alam dewasa ini pun tidak betah dan kecelaruaan setiap kali menjelang syawal lantaran ibu yg sudah berangkat pulang.apalagi adik2 ini yg tiada kedua ibu dan bapa...

    dialog si anak "“Selamanya tak akan terlupa pak... sehingga kini saya ternampak macam mana ayah dan ibu saya dihayutkan air.. saya hanya mampu menjerit... kalau saya tidak dipegang saya juga mahu mengikut ibu dan ayah biar semuanya habis ditelan tsunami” sangat-sangat-sangat membekas..semoga ALALH TA'ALA menganugerahkan adik2 ini ketabahan dan jangan langsung di kurangkan sikap suka membantu dan menyayangi mereka yg memerlukan bantuan dari dalam diri kita...

    ReplyDelete
  7. sedih.. rasa nak k sana utk melihat keadaan..

    ReplyDelete