Penawar Bermesyuarat Bincang Isu Dalam Blog Merah Tinta
Ekoran catatan saya di blog yang melaporkan Penawar - Persatuan bekas-bekas Ahli Parlimen Umno mencadangkan untuk meminta Najib Raazak melepaskan jawatan, Presiden Penawar telah mengarahkan satu mesyuarat khas diadakan hari ini untuk membincangkan isu berkenaan.
Menurut sumber yang rapat dengan Ngo itu, Setiausaha Penawar seorang bekas ahli Parlimen di Terengganu telah memanggil mesyuarat khas hari ini menerusi khidmat pesanan ringkas.
Mesyuarat itu akan diadakan jam 3:00 petang ini di pejabat Mubarak di Kuala Lumpur.
Adalah dipercayai Penawar akan mengambil keputusan dalam mesyuarat berkenaan berhubung apa yang dicatatkan oleh saya dalam posting beberapa hari lepas. Dijangkakan satu kenyataan akhbar selepas mesyuarat itu akan dikeluarkan.
Isi kenyataan itu besar kemungkinan Penawar akan membuat penjelasan apa sebenarnya berlaku dan akan menafikan bahawa persatuan itu hendak mengemukakan apa-apam cadangan khususnya meminta Najib Razak berundur.
Dalam masa sama Penawar akan menyiasat sumber yang membocorkan maklumat berkenaan. [ttdi.kl.1:18 t/hari 04/08/11]
Penangan MSO, habis kalut...kih..kih..
ReplyDeleteTuan MSO. Benarlah mata pena lebih tajam dari mata pedang. Kalau sampai nak siasat siapa yang telah membocorkan maklumat berkenaan, perkara itu semestinya benar atau sudah terang lagikan bersuluh. Begitulah ceritanya para politiking Melayu, kalau dah bekas atau mantanpun masih takut lagi nak bersuara dan nak memperjuangkan hak rakyat. Mungkin kerana selama ini dah terbiasa asyik memperjuangkan tembolok dan perut buncit sendiri dan kroni sahaja, maka rutin tersebut terbawa-bawa sampai ke hujung nyawa. Tahniah MSO, selagi disiasat semakin banyak kebenaran dan kebathilan yang akan diketahui umum. Kami pengunjung blog MSO sentiasa memberi sokongan padu kepada anda.
ReplyDelete