Serbuan Jais Ke Atas Gereja
Elok Pemimpin Pas Tidak Bersuara
Saranan supaya pemimpin tidak bercakap atau mengulas tentang serbuan Jais ke atas gereja Methodist di Damansara Utarama tiga hari lepas adalah tepat. Tidak perlu mana-mana pemimpin Pas mencari publisiti ataupun melepaskan kahak di mulut dengan ikut sama mengulas kejadian berkenaan.
Biarlah pihak Jais membuat penjelasan berhubung apa tindakan yang dibuat kerana badan itu yang bertanggungjawab dan tahu apa yang dibuat. Dalam hal ini Exco agama Selangor, Dr Hasan Ali perlu diberi ruang untuk bercakap sesudah Jais membuat semakan dan siasatan ke atas apa yang berlaku
Kalau lagi ramai yang cuba hendak bercakap, isu itu makin celaru dan ia akan berpolek kepada Pas.
Ulasan dan cakap pemimpin lain akan mengusutkan lagi suasana. Meneliti beberapa orang pemimpin Pas yang bercakap mengenai isu berkenaan saya nampak ia telah dimanipulasikan oleh media sehingga tindakan Jais itu telah menampakkan memberi simpati kepada puak gereja.
Jais dalam hal ini digambarkan oleh media sebagai bersalah dan tidak bertanggungjawab. Saya percaya semua kenyataan yang diberi kepada media itu adil atau tidak menggambarkan cenderong kepada mana-mana pihak tetapi ia dipulas dan dicerakin oleh media untuk memihak kepada gereja.
Kerja media sepatutnya disedari oleh para pemimpin Pas kerana mereka membawa agenda tersendiri. Kata orang peringatan cakap malam dengar-dengar cakap siang pandang-pandang hendaklah diguna pakai dalam hal ini atau apa saja isu yang sensitif.
Maka semua pemimpin kena berhati-hati. Usahlah memberi apa-apa kenyataan atau komen kepada media kecuali kepada media lidah parti. Wartawan pula hendaklah pandai memetik atau pun melaporkan kenyataan yang dibuat. Lebih baik jangan sesiapa bercakap lagi bagus.
Seperkara yang saya nampak dengan menelitikan kepada laporan yang dikeluarkan setakat ini, Pas nampaknya gagal mengeluarkan isu berkenaan dari berbelit dengan dirinya. Isu itu sepatutnya menjadi isu kerajaan Selangor, atau bukan isu Hasan Ali secara peribadi. Hasan Ali dalam hal ini tidak perlu disindir sehinggakan menguntungkan musuh.
Kalau Pas cuba hendak bercakap, sepatutnya orang berhak mengenai serbuan Jais itu ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Mohd Rani Othman bukannya orang lain. Biarlah Dr Rani menjadi jurucakap tidak usah ditokok tambah oleh orang lain sebab dia adalah Pesruhjaya.
Saya rasa pemimpin Pas perlu mendisiplinkan diri dalam apa saja kalau tidak keadaan akan mudah menjadi celaru. [wm.kl.5:44 pm 06/08/11]
Pertubuhan ni pun satu...kenapa nak buat majlis ini di gereja...kan banyak lagi dewan orang ramai, hotel atau tempat yang sesuai yang melibatkan bangsa lain supaya tidak tercetus persepsi negatif oleh penganut lain....Dah tentu ada agendanya
ReplyDeleteTuan MP Shah Alam lebih banyak mengeluarkan kenyataan dari YDP Pas Selangor. Sebagai MP yang berilmu sepatutnya beliau faham sepak terajang dlm politik. Kita sepatutnya menjadi "Manusia Yang Menyelesaikan Masalah Bukan Menimbulkan Masalah".
ReplyDeleteTQ.
emm ... saya amat berharap isu ini akan memberi kesedaran kepada umat Islam di Malaysia kerna alpa memperjuangkan nasib orang miskin. Mengapa mereka-mereka itu ke gereja? Kerana desakan hidup lah. kesempitan hidup menyebabkan mereka terpaksa ..
ReplyDeleteBadan bukann Islam juga menanggung dosa. Baitul mal .... sebabai contoh, kalau nak kempen siruh bayar zakat macam-macam dalil yang diberi. tetapi bila tengok akaun dalam pejabat, masih ada berjuta yang belum dihabiskan untuk tahun semasa.
Mengapa perlu simpan duit zakat tu?. Sepatutnya kena bagi kepada fakir miskin. Baru fakir miskin rasa Islam membela mereka. Pernah di suatu negeri di Utara, duit lebihan zakat diguna untuk pinjaman exco nak beli kereta dan rumah. Juga belanja imam-imam pergi Medan hadiri seminar (imam kampung nak seminar apa. Apa itu seminar pun tak reti).
Kita ni yang membayar zakat kepada baitul mal setiap tahun, amat sedih mendengar berita mereka-mereka yang terpaksa ikut program gereja nak amik duit sara hidup. Rasa macam tak nak bayar zakat dah kat baitul mal ni. Agihan tahap yang amat lemah.
Lagi yang saya tak puas hati ... orang mustadh`ifin ni kalau tak kesempitan , merka tak minta pada gereja.
Jangan bagi alasan sebab iman lemah. Iman bukan syarat untuk teruma zakat. hanya islam yang menjadi syarat.
Mohon MP=MP pas di DUN dan Parlimen timbulkan isu ni. Mantan Mufti Dr. Asri pernah tegur akan pengurusan zakat lemah di negeri-negeri. Tak dak pun mana-mana MP Muslim yang sahut.
Kesal saya