Siapa Penulis Buku Polis Yang Tukar Angin?
SEMASA menghadiri rumah terbuka PKR di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya semalam saya dibisikan oleh Anwar Ibrahim ada seorang penulis buku politik yang selama ini mengecam dan menghentam beliau sejak berdekad telah menunjukkan pertukaran angin.
Penulis itu yang dikenali dengan penulis Umno dan menghasilkan buku menjelang perhimpunan agung Umno, menurut Anwar telah berjumpa dengan salah seorang pemimpin tertinggi PKR menyatakan kekesalannya kerana membelasah dan menulis memburukkan Anwar selama ini.
"You tahu Sayuti **** ******* telah jumpa dengan *****?" Tanya Anwar kepada saya menyebabkan saya terpaksa mengulangi kepastian.
"Siapa?" tanya saya di antara percaya dengan tidak. Pada saya dunia mungkin sudah hendak khiamat kalau penulis itu benar-benar bertukar angin dan mengubah halaan mata penanya. Saua cukup arif dan kenal dengan sikap dan fiil penulis tersebut.
"**** *******" kata Anwar tegas. Saya membelalakkan mata ke langit.
Menurut Anwar penulis itu telah memberi tahu pemimpin PKR itu yang dia sendiri sudah kebingungan kerana dia telah melakukan apa saja untuk menjatuhkannya (Anwar) tetapi tidak jatuh malahan rakyat semakin simpati dan menyokong perjuangan bekas TPM dizalimi itu.
"Saya telah ambil duit Umno, dan Umno telah melaklukan semua cara dan strategi untuk menghapuskan Anwar, tuduh liwat, zina, sebar video dan sebagainya.. tetapi Anwar tak juga hancur-hancur. Ini sesuatu yang memelikkan," begitulah kata penulis itu seperti mana cerita Anwar.
Kerana itu menurut Anwar penulis itu menjelaskan kepada pemimpin PKR itu dia sudah bertaubat dan mahu menebus dosa-dosanya yang dibuat ke atas Anwar selama ini dengan menulis sesuatu yang bermakna untuk membela Anwar sekaligus menebus dosanya.
"Saya sudah insaf dan saya harap Anwar akan memaafkan saya," begitulah kata penulis itu dipetik? Anwar sendiri merasa pelik dan kagum dengan sikap dan perubahan penulis yang sangat prolifik satu masa itu.
Saya meragui cerita Anwar itu menyebabkan saya menyemaknya dengan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. Ketika minum dan Saifuddin Ismail duduk dekat saya, saya menimbulkan isu itu dan Saifuddin mengangguk. "Ana ingat enta dah tahu, ini perkembangan terbaru, Ti.." balas Saifuddin semacam seronok dengan perkembangan itu.
Sipakah penulis buku berkenaan? Ini menarik. Saya rasa sedikit masa lagi ia akan menjadi pengetahuan umum bila penulis itu akan menerbitkan bukunya yang menjadi anti kepada buku-bukunya selama ini. Penerimaan umum ke atas peralihan angin itu akan terjawab kalau penulis itu menulis sebuah buku menuteralkan segala pandangan dan kritikannya.
Saya tidak dapat berkata apa dengan perkembangan itu hanya mengucapkan syukur. Eloklah kalau penulis berkenaan mengubah angin dan memperbetulkan mata penanya yang selama ini saya nampak macam mata kail, yang mencangkup Anwar. Serangan dan krtikan kepada Anwar selama ini konsisten dan bernialai komersial.
Sebelum meninggalkan rumah terbuka itu saya ingin mendapat maklumat lanjut tentang penulis buku berkenaan tetapi kerana Anwar begitu sibuk menerima tetamu saya berundur tanpa mendapat penjelasan selanjutnya.
Pada majlis itu juga apa mengejutkan saya kehadiran bekas orang nombor dua jemaah Darul Arqam yang telah diharamkan, Ustaz Abdul Halim Abbas dan beberapa orang rakannya. Halim dulu adalah antara pemimpin Darul Arqam yang merancang untuk menjatuhkan Anwar dari kedudukannya, sebagai timbalan perdana menteri.
"Aik, enta pun ada Sayuti... eloklah..." Halim terkejut sebaik bersua dengan saya sambil terus memeluk dan berlaga pipi. Itulah dalam tempoh 15 tahun beliau melihat saya di majlis Anwar dan saya pula melihat beliau itulah pertama kali dalam tempoh yang sama.
"Eloklah nampaknya semua orang yang dulu memusuhi Anwar kini sudah kembali menjadi penyokong Anwar," balas salah seorang kawan Ustaz Halim yang jelas tidak tahu antara hari Rabu dengan hari Jumaat. Lama sangat kepala di serkup serban itulah jadinya. Dulu kawan ini saya tenguk serbannya sebesar tayar lori hari ini sudah hilang tinggal kepala 'goleng'nya saja.
Anwar hanya tersenyum mendengar gurauan itu yang dirasakan tidak kena pada tempatnya.
Saya merasakan kehadiran Halim dan rakan-rakan bekas jemaah Arqam ini bukan menanam tebu dibibir mulut saja tetapi satu sokongan yang 'sengonti' dan memberi suntikan semangat kepada Anwar. Anwar tentu gembira kerana satu-satu orang yang menjadi musuhnya kini sudah mahu menghulurkan salam.
Malam ini katanya kumpulan bekas Arqam yang sudah insaf itu akan berjumpa dengan Anwar.
Apakah perkembangan dan perubahan angin penulis buku politik tadi ada kena mengena dengan sikap baru bekas pemimpin Arqam ini. Mungkin? [wm.kl. 5:33 pm 26/09/11]
Macam boleh agak.. Tp bukan ke org tu pernah sokong Tok Guru Nik Aziz waktu PRK Pengkalan Pasir, lps tu belasah balik tok guru dgn macam2 perkataan.??
ReplyDelete