Khairy Lebih Baik Jaga Kerusi Rembau
Dari Bercakap Soal Komunis
KETUA Pemuda Umno yang tidak diiktiraf oleh Mahathir Mohamad turut tumpang semangkuk untuk mencari publisi murah akan menganjurkan ceramah jelajah negara untuk membelasah Mohamad Sabu mengenai isu komunis.
Khairy Jamaluddin akan menganjurkan Pentas Patriot bagi menjelaskan tentang sejarah gerakan komunis di negara ini. Keperluan itu katanya perlu kerana kenyataan Mohamad Sabu itu telah mengguris hati polis dan tentera di negara ini.
Betulkah begitu? Sejak Mat Sabu mengeluarkan kenyataan itu tidak terdengar pula oleh saya komen dari pihak polis dan tentera di negara ini. Yang ada hanya sesetengah orang-orang Umno saja yang bertindak lebih sudu dari kuah. Sepatutnya Ketua Polis dan Ketua Turus Angkatan Tentera yang awal bangun membidas Mat Sabu.
Dalam program ceramah jelajah negara itu kata Khairy dia akan undang polis dan tentera untuk berceramah sama. Untuk apa? Apakah tidak cukup dengan unit pidato pemuda Umno? Nampak caranya semacam menantu bekas PM empat tahun tiga bulan semacam sengaja nak tarik dan heret polis dan tentera ke atas pentas politik pula.
Saya rasa program Pentas Petriot itu tidak penting sangat dan perlu diadakan. Kalau Khairy bermaksud dengan program itu hendak tunjukkan pembelaan kepada parti ia sesuatu yang sia-sia. Apa lagi kalau bertujuan untuk mencari populariti.
Polimek mengenai sejarah bukan perlu dipolitikkan. Kalau Khairy ikhlas mencari titik temu lebih baik adakan perdebatan (dialog) dengan Mat Sabu secara terbuka. Masing-masing mengemukakan fakta dan mempertahankan hujah masing-masing. Cara itu yang terbaik bukannya menjelajah negara mempengaruhi rakyat supaya membenci Mat Sabu dan Pas.
Kalau Khairy sedia untuk berdebat dengan Mat Sabu mengenai isu ini saya sedia menjadi penganjur. Bagi tahu saja pada bila-bila masa saya akan uruskan.Tajuk perdebatan ialah "Siapa sebenar perjuang kemerdekaan dalam konteks Melayu?"
Kalau benar hendak cari kejernihan dan kebenaran bukan bertempik dan memaki hamun Mat Sabu atas pentas tetapi berbincang dan berhujahlah di meja perdebatan secara tertib. Biar orang ramai menilai segala hujan dan bukti yang diberikan kedua pihak, baik Umno maupun Mat Sabu. Perdebatan di pentas politik akan memburukkan keadaan dan tidak banyak manfaat untuk Khairy sendiri.
Menurut Khairy juga program itu bagi menjelaskan sejarah sebenar perjuangan kemerdekaan negara ini kepada anak-anak muda. Sebenarnya generasi baru tidak begitu kabur sangat mengenai sejarah. Sebaliknya yang kabur Khairy sendiri. Sebagai orang yang banyak menghabiskan masa di luar negara dan hidup dalam kepompong bangsa penjajah Khairy tentu tidak mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
Makanya sebelum beliau bertindak hendak menjelaskan hal itu kepada orang lain Khairy sendiri perlu memasuki perpustakaan semula bagi mengkaji dan mencari mana wira sebenarnya dalam memperjuangkan negara. Sejarah yang dibaca oleh Umno tentulah berbeza dengan sejarah sejati perjuang kemerdekaan. Umno sebagai parti yang dilahirkan oleh Inggeris sampai kapan un tidak akan menerima wira perjuangan kemerdekaan yang sejati itu.
Untuk Khairy janganlah buat kerja sia-sia kerana ia membuang masa saja. Lebih baik anda memastikan kedudukan di Rembau itu tidak tergugat kerana apa yang diketahui kini nama Khairy sudah tidak ada dalam senarai calon UBN untuk pilihan raya ke-13 nanti. Kalau dengan rancangan itu Khairy mengharap kedudukan di Rembau akan kekal ia satu tindakan sia-sia saja.
Elok daripada bercakap soal sejarah yang sifatnya subjektif itu Khairy berusaha menyakinkan Najib dan Rosmah macam mana beliau perlu dicalonkan lagi di Seremban. [wm.kl.7:40 pm 03/08/11]
Isu yg dimainkan oleh media pro-umno memberi sedikit ruang buat KJ utk meneruskan survival politiknya dikala umum melihat masa depan politik KJ nampak samar2, mungkin inilah peluang bg KJ utk menunjukkn diri sbg hero dimata Najib kalau2 tak dpt nk mempertahankan jawatan Ketua Pemuda Umno pon kurang dpt jd calon sekali lg di kerusi parlimen Rembau utk Pru-13 nanti pon jadilah...
ReplyDelete