Sunday, September 4, 2011

Susupan Petang

Kematian Noramfaizul
Takdir Biasa Bagi Wartawan


TANPA prejudis - kemalangan maut yang menimpa jurugambar Bernama Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang terkena peluru sesat di Somalia disambut demikian rupa. Upacara sambutan ketibaan jenazah di Subang laksana kepulangan jenazah seorang pejuang bangsa yang pergi untuk menghadapi petulang negara.

Sambutan dan peraian ke atasnya seolah Allahyarham seorang mujahid yang syahid.

Melihat peraiaan agak berlebihan dan ulasan-ulasan yang bernilai tinggi seperti 'wira sebenar negara' ini oleh Perdana Menteri seolah-olah jurugambar itu telah berjasa besar kepada bangsa dan negara.

Pada saya sambutan dan simpati itu agak melampau. Walhal beliau pergi menyertai misi bantuan yang diuruskan oleh Kelab Putra 1 Malaysia saja yang dianggotai oleh Pemuda Umno. Misi yang disertai juga bukan misi perang mempertahakan watan dan agama tetapi misi kemansiaan - merakam gambar macam mana kelab Umno itu membahagi-bagikan makanan dan minuman.

Memang benar bantuan kemanusiaan itu adalah kebajikan tetapi tidak seharusnya atau apakah perlunya sambutan dan peraian jenazah itu sedemikian rupa. Bukan saja kelab Umno itu, NGO lain juga dan individu sudah berpuluh tahun melakukannya atas prinsip kemanusiaan dan bukan mengharap polititical mileage. Kerja amal mereka tidak pun ditayang secara eksklusif di dalam tv atau media massa.

Inilah kali pertama saya rasakan kerajaan sendiri menyambut kepulangan jenazah seperti itu. Ia agak berlebihan bila mana sebuah saluran tv membuat liputan secara langsung. Perdana Menteri Najib Razak pula yang sedang bercuti di Perth, Australia bergegas pulang semata-mata ingin menyabut kepulangan jenazah berkenaan.

Sambutan dan penghormatan yang diberi dengan meletakkan bendera Malaysia di atas kerandanya seolah-olah jurugambar Bernama itu seorang pemimpin negara yang hebat.

Satu sudut ia tidak merasa pelik kalau dilihat kepada perangai negara ini yang masih baru dalam serba serbi. Peristiwa seorang rakyatnya berstatus jurugambar meninggal di luar negara secara tragis itu adalah pertama kali berlaku. Belum ada wartawan Malayisa mati di medan perang semasa menjalankan tugas membuat liputan. Sebelum ini sudah ribuan wartawan asing yang maut di medan perang.

Tetapi bagi keluarga Noramfaizal ia adalah malapetaka besar dan sejarah hitam buat mereka tidak dapat dinafikan.

Kerana itulah kematian pertama walaupun setakat pergi mengiringi pemuda Umno untuk ditonjolkan kepada rakyat kononnya Umno sedang melakukan transformasi membantu rakyat, maka ia perlu dirai dan diberi pernghormatan sebegitu sekali. Tahap itu sajalah otak Umno akan mempolitikan apa juga keadaan.

Tenguk hal yang sama berlaku kepada rombongan misi kemanusiaan ke Gaza tidak lama lalu. Rombongan itu hanya kandas dan ditahan oleh tentera Isreal di atas kapal Mavi Marmara, tidak ada pun yang mati atau tercedera tetapi sambutan kepulangan mereka dibuat hebat. Mereka juga dikalung dengan selempang dan dianggap sebagai pahlawan. Pahlawan apa?

Apalah mereka kalau dibanding dengan ribuan sukarelawan negara lain ada yang maut dimamah peluru Israel.

Kenapa ia berlaku demikian kerana ia ada kena mengena dan sangkut paut dengan Umno. Saya percaya kalau yang mati itu wartawan Harakah atau surat khabar Cina selain media kroni sambutan tidak sebegitu hebat. Kerana ia Umno... ertinya sambutan dan penghormatan itu bukan ikhlas tetapi ada motif politik di sebaliknya.

Selepas ini mungkin Allahyarham yang disifatkan sebagai wira sebenar negara ini akan dikurniakan darjah kebesaran yang akan membawa gelaran Datuk atau Tan Sri. Begitu juga berbagai bantuan dan sumbangan akan disalurkan bagi membantu anak-anak dan isteri Allahyarham.

Beginilah selalu berlaku dalam negara kita. Apa lagi menjelang pilihan raya maka sesuatu takdir yang biasa berlaku akan dipolis sebagai gah dan hebat. Kalau ada budak terjatuh basikal, atau petani terjatuh pokok kelapa pun akan dilawati oleh menteri dan perdana menteri. Semuanya kerana hendak bermuka-muka.

Tragedi yang berlaku dan meragut jurugambar itu perlu diambil iktibar oleh semua pihak khususnya Kelab Putra 1 Malaysia yang sering mengheret para wartawan mengikutinya bagi merakam kegiatan kebajikan demi politiknya. Abdul Azeez Rahim perlu rasa bersalah dan insaf atas apa yang berlaku. Rasa seronok dan bermegah-megah kerana sumbangan dalam misi manusia hendaklah dikikis. Mungkin takdir yang menimpa jurugambar Bernama itu untuk memberi pengajaran bermakna buat Azeez dan Umno.

Apapun secara peribadi saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan terimalah kematiannya sebagai satu takdir yang telah ditentukan Allah. Setiap yang bernyawa itu pasti akan mati! [wm.kl.1:50 pm 04/08/11]

5 comments:

  1. Apa khabar dengan keluarga tentera Malaysia yang terkorban seperti Allahyarham Prebet Mat Aznan, 4 okt 1993, Allahyarham Staf Sarjan Azman Mohd Tahir 19 Julai 94.lain anggota Allahyarham Koperal Abd Kadir, Lans Koperal Azhar Suib. Adakah keluarga mereka dibela dan disantuni kerajaan.Mereka bertugas atas nama Kerajaan Malaysia. Bukannya atas nama Kelab Putera 1 Malaysia(UMNO).

    ReplyDelete
  2. Assalam Tuan,
    Saya secara peribadi menyokong penuh tindakkan media arus perdana dan umno yang memberikan liputan perdana kepada jurugambar bernama yang terbunuh sehinga ada pemimpin umno yang pemurah memberikan pingat PEJUANG NEGARA YANG SEBENAR kepada allahyarham,tahniah!.Bagi saya yang layak di berikan kepada allahyarham ialah hadiah alfatihah.Saya pasti dan yakin dengan peristiwa ini akan membuatkan rakyat kebanyakkan semangkin menyampah dan bersemangat untuk menghumbankan umno ke dalam tong najis pada pru nanti.Wassalam

    ReplyDelete
  3. Allahyarham Datuk Hassan Ahmad, tokoh dan pejuang bahasa yang meninggal sebelum ini, mendapat liputan yang tak seberapa sangat.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak ikhlas niat begitulah jadinya tak pasal2 insan yg tak berdosa menjadi mangsa, sebab nak kejar publisiti murahan Kelab Putera 1M'sia boleh terus ke Somalia yg diketahui oleh masyarakat dunia sebagai Zon Perang sama spt di Iraq dgn tidak seorng pon anggota misi yg berpengalaman melakukan misi2 sedemikian di zon2 perang serta tidak menekankan aspek keselamatan kpd semua anggota misi inilah akibatnya, sy mengikuti semua pengalaman yg diceritakan oleh anggota2 misi tersebut kesimpulannya penganjur misi tidak mentikberatkan soal2 keselamatan sewaktu di Zon peperangan krn semua yg melakukan kerja2 disana tidak memakai jaket kalis peluru krn umum tahu di Somalia terdapat byk kes tembakan curi yg menyebabkn kematian khususnya warganegara asing disana.

    ReplyDelete
  5. Hanya kerana ia sebuah misi untuk menaikkan imej Umno, ia dianggap sebagai hero. orang pun tahu kenapa. nak komen lebih sangat nanti orang kata apa. sebenarnya jurugambar biasa je. hanya kerana dia Bernama, bagaimana kalau dia jurugambar bebas wartawan tabloid Pembangkang? Tentu ia jadi cerita lain pula.

    ReplyDelete