Kenapa Projek Kondo Di Ladang K Terengganu Tidak Dibantah?
SEMASA saya berkunjung ke Kuala Terengganu beberapa minggu lepas saya ditunjuki oleh seorang rakan sebidang tanah milik orang Melayu yang terletak di Ladang - di tengah-tengah bandaraya Kuala Terengganu yang kemungkinan akan terlepas ke tangan orang lain tidak lama lagi.
Di atas tanah itu dicadang untuk dibinakan kondominum yang nilainya jutaan ringgit seunit dan tidak mampu dimiliki oleh orang Melayu termasuk tuan asalnya.
Kedudukan tanah itu memang strategi dan bernilai tinggi. Saya bertanya kepada kawan itu apakah tidak ada apa-apa bantan terhadap pengambilan tanah itu oleh tuan tanah atau pun Ngo-Ngo yang kuat bersemangat Melayu yang ada di Terengganu, beliau memberi tahu ada tetapi tidak memberi apa-apa kesan.
Katanya kerajaan Terengganu tetap dengan keputusan mengambilnya. Tuan tanah dibayar pampasan mengikut saiz tanah masing-masing. Saya tanya ke mana tuan-tuan tanah tanah itu setelah mereka mendapat wang, jawabnya terpaksa mencari tanah lain untuk membangun rumah buat berlindung anak beranak.
Kebanyakan tanah itu adalah peninggalan orang-orang tua dahulu. Tidak sepatutnya tanah itu diserah ataupun kerajaan mengambilnya untuk membina kondo. Kalau Menteri Besar ada idea masih banyak cara lain boleh dilakukan untuk menyelamatkan tanah orang Melayu itu. Sepatutnya tanah itu dijaga dan dikawal sebagai aset dan warisan orang Melayu.
Kerajaan nampaknya membuat persediaan sebelum membongkar tanah berkenaan. Dua buah apartment dibina berdekatan tanah berkenaan yang berbentuk sementara. Apartment itu dikhaskan untuk para tuan tanah yang tanah mereka dirampas. Apabila kondo itu siap nanti mereka akan ditawarkan.
Kebanyakan tuan tanah dipindah ke apartment sementara itu. Bagaimana pun ramai yang terpaksa mencari rumah sewa di luar bandar Terengganu kerana harga sewaanya mahal dan tidak mampu dibayar. Jadi setengah unit di apartment itu disewa oleh mereka yang tidak ada kena mengena dengan pengambilan tanah itu.
Persoalannya apakah tuan tanah itu berhak untuk membeli kondo yang dibina atas tanah mereka yang dirampas itu? Apakah mereka mampu untuk membayar nilai seunit kondo dengan harga lebih RM1 juta. Mudah jawab dan berpandukan kepada pengalaman apa yang berlaku sebelum ini orang Melayu tidak akan mampu memilikinya hatta diberikan harga subsidi sekalipun.
Kesudahannya unit-unit kondo itu nanti akan menjadi milik mereka yang lebih mampu walhasilnya tanah seluas kira-kira 4 ekar itu akan bertukar tangan. Nostalgia Melayu di tengah bandaraya Kuala Terengganu pun akan lenyap seperti mana sedikit demi sedikit tebing pantai Batu Buruk dikikis dan kikir ombak laut Cina selatan.
Bila mengenangkan perkara ini saya teringat juga apa yang berlaku di bandar Kota Bharu. Sudah banyak bangunan tinggi atau kondo di bina di atas lot-lot milik orang Melayu ataupun setengahnya milik agensi kerajaan negeri seperti MPKB dan PKINK. Kondo itu boleh dimiliki sesiapa saja. Kalaupun orang Melayu Kelantan mampu untuk memilikinya mereka kurang berminat dengan kondo. Mereka lebih suka hidup dalam rumah tradisi.
Pihak yang membangunkan kondo itu ternyata tidak berpandangan jauh dan tahu menilai psikologis serta budaya orang Melayu. Lebih teruk lagi kalau mereka berbuat semata-mata kerana kepentingan komersial. Apa yang boleh disimpul di sini pembangunan negara rosak, tanah milik Melayu terhapus bukan disebabkan rakyat biasa tetapi orang cerdik bernama kerajaan yang dikaldaikan oleh pemimpin politik.
Berbalik kepada isu pengambil tanah di Ladang dan pembinaan kondo itu ianya tidak ada didedah di mana-mana media massa. Bukan saja oleh media massa penjilat buntut tetapi media massa pro pembangkang yang terhad itu juga tidak mendedahkannya.
Kata kawan saya itu dia cukup hairan kenapa tiada pendedahan besar-besaran. Apakah media pro pembangkang versi Terengganu juga bersekongkol dengan pengambil tanah itu dan pembinaan kondo itu? Ataupun media pro pembangkang menjadi malu mata kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said yang dikatakan mesra pembangkang itu!
"Saya tenguk akhbar Harakah juga tidak bersungguh mendedahkan isu tanah di Ladang ini, pelik juga.." begitu rungut kawan saya itu.
"Selalunya kalau ada isu-isu seperti ini akhbar pembangkang akan bernafsu besar mendedahkan, ia akan dibuat follow-up berhari-hari. Tetapi berlainan dengan isu pengambilan tanah yang satu ini," sambungnya lagi.
Biarlah... mungkin pembangkang di Terengganu juga merasakan pembinaan kondo itu sesuatu yang baik. Mana tahu kalau pembangkang menjadi kerajaan kelak mereka juga akan turut mengambil tanah Melayu untuk dibinakan projek komersial bagi menambah kantong kerajaan. [wm.kl.9:26 am 14/12/11]
maafkan saya, setahu saya tiada tempat bernama ledang kat kuala terengganu...kalau Ladang tu adelah..
ReplyDeleteTuan MSO,
ReplyDeleteBangsa melayu turun menurun suka menjual tanah/ladang mereka.Dulu hendak ke Mekah jualkan tanah.Nak sekolah anak Jual tanah.Hendak famous sebagai jutawan jualkan tanah.
Munculnya bandar-bandar baru yang penghuninya bangsa Cina dan India kerana orang melayu jual tanah.
Bagitu juga pemimpin melayu sentiasa berusaha mengambil komisyen menjual tanah orang melayu.
Tidak boleh dijual kepada bangsa lain kerana rezab melayu, berusaha mesyuarat exco - luluskan dan jualkan kepada bangsa lain.
Orang Cina dan India di Malaysia ini berusaha membeli tanah manakala orang melayu berusaha menjual tanah.
mana ada..pimpinan PAS siap buat demo lagi..kawan tuan tu ketinggalan kot..cuba check dalam sinar harian, harakah
ReplyDelete