Najib Perlu Maafkan Adam Adli
Kalaulah saya jadi perdana menteri Ha Najib Razak saya akan memaafkan tindakan mahasiswa Adam Adli Abdul Halim yang melakukan perbuatan dikatakan biadab menurunkan gambarnya lima minit dalam satu demostrasi di perkarangan ibu pejabat Umno minggu lalu.
Saya akan berkata; saya maafkan perbuatan Adam Adli tanpa ada penambahan di hujung dengan apa-apa bidalan dan tohmohan buruk dan keji. Saya percaya kalau Najib bersifat pemaaf begitu isu penurunan gambar beliau itu tidak akan memanjang. Najib juga akan dilihat perdana menteri yang mesra rakyat dan mahasiswa.
Apabila Adam Adli diancam sampai diugut untuk meludahnya menyebabkan isu yang kecil itu kini sudah berpanjangan. Ada pula mahasiswa lain tunjuk perasaan menyatakan sokongan kepada Najib. Kenapa sampai perlu ada demostrasi menunjukkan sokongan? Secara automatik tindakan itu menggambarkan perbuatan Adam Adli itu memberi kesan yang besar dalam memburukkan imej Najib.
Saya sudah mengatakan sebelum ini, perbuatan itu satu sejarah dan memberi cetusan gambaran buruk. Ternyata benar kerana apa, kerana Najib tidak bersikap terbuka dan meaafkannya Adam Adli. Najib seakan membiarkan pihak-pihak tertentu menyerang Adam Adli bagi pihak dirinya.
Adalah 'tongok' benar kalau seorang perdana menteri pun mengikut 'erel' segolong mahasiswa yang mencari kebebasan untuk mereka. Apabila Adam Adli kini diancam dan ugut maka keadaan akan menjadi lebih buruk lagi. Mahasiswa yang berjiwa bebas dan berani akan bersatu menyokong Adam Adli. Dengan kecaman dan janji-janji untuk menyerang Adam Adli saya bimbang Adam Adli akan menjadi Teong Beng Hock Melayu pulak.
Cuba Najib dengar pandangan saya. Najib perlu hanya berkata, "biarkan Adam Adli, saya tidak merasa apa-apa atas perbuatannya itu". Kalau itulah ayat yang keluar dari mulut Najib isu penurun bendera itu tidak akan berpanjangan dan ia akan hilang dari menjadi isu. Naji juga akan terlepas dari pusaran kebencian sebahagian mahasiswa lain.
Dengan ada tindakan balas oleh sekumpulan mahasiswa lagi atau ada orang hendak ludah dan dan tampar Adam Adli kesan buruknya akan terus menghimpit Najib. Kisah penurunan bendera PM itu akan berada di ranting sama dengan kisah lembuh gemuk. [wm.kl.5:18 pm 23/12/11]
Bagi saya soal memaafkan Adam tidak timbul sama sekali, dah budak tu langsung tak mintak maaf..jadi, xperlu la Ha Najib nak maafkan dia. Mungkin Ha Najib sedar bahawa tindakan kurang cerdik tu tidak memberi kesan terhadap duduk bangun beliau dalam politik...
ReplyDeleteAssalamu alaikum tuan. Rosmah tak bagi Najib maafkan. Buat macam mana.
ReplyDeleteApai, tak faham maksud saya... kalau Najib minta maaf nampaklah Najib lebih cerdik. Tentulah orang ramai akan melihat Najib lebih terbuka, tidak emosional dan dengan itu mahasiswa lainnya akan tertarik dengan Najib. Tetapi kalau Apai sudah Najib ikut rentak Adam, naif sangatlah nasihat sdr itu.
ReplyDeleteBila saja dgr nama Adam Adli timbul satu perasaan dlm hati sy, bukan kagum ataupon benci tapi cemburu... waktu sy masih brgelar mahasiswa dulu pon sama spt Adam jgk biarpon pernah digantung kuliah dan ditahan polis krn trlibat dlm perhimpunan aman bezanya antara sy dan dia tak pernah brdemonstrasi kt PWTC apetah lg nk turunkn bendera tertera wajah Haji Najib tu, tp Adam mmg bertuah lebih bertuah dr 1667 org yg dibelasah, dipukul dan ditahan polis sewaktu himpunan Bersih 2.0 krn dah jatuhkn 'maruah' Hj. Najib dan Umno tetap tak kene tangkap cuma kene ugut oleh manusia2 pengecut yg hanya pandai menyalak dlm tv jer...
ReplyDeleteJashamsulnizam,
ReplyDeleteX perlu cemburu.. Itu dinamakan kebijakan dlm membuat sesuatu tindakan didalam proses yg biasa..
Kena pukul/hentam itu perkara yg biasa dlm berdemonstrasi tetapi melakukan sesuatu diluar kebiasaan itu yg akan mengundang seribu mcm perhatian & gerak kerja.. Bak sang pemerintah atau sang oposisasi..