Tuesday, January 31, 2012

Marah Pagi

Mahathir Si Gitar Bertali Satu

Tidak ada pemberhentian Mahathir Mohamad mengkritik dan memburukkan Anwar Ibrahim mungkin begitu juga orang akan tidak menghentikan meluahkan rasa 'murih' dan meluat dengan bekas PM ke lima itu. Bagaimana dendam kebenciannya kepada Anwar maka begitu juga dendam dan kebencian penyokong Anwar kepadanya.

Anihnya Anwar sendiri telah memaafi segala kesalahan dan dosa Mahathir kepadanya. "Saya telah memaafi semua dosa-dosa dia terhadap saya," begitulah jelas Anwar lebih dari dua kali. Kali terakhir ialah semasa berceramah di Machang awal bulan Januari.

Mahathir tidak akan berhenti bercakap dan berkokok walaupun suara dan nadanya sudah sumbang. Kalau umpama gitar, talinya sudah lima yang putus. Gitar itu sudah tidak dapat mengeluarkan bunyi dan apa-apa irama lagi. Hanya dengan satu tali saja gitar tua itu tidak dapat mengeluarkan apa-apa bunyi yang mengasyikkan.

Setakat grenggg... gerennggg sahaja. Kalau Ustaz Azhar Idrus dengar pun dia akan tahu gitar tua itu sudah tidak memberi manfaat lagi dalam industri muzik tanah air. Ia akan memedihkan anak telinga saja.

Sebagai gitar tua elok kalau Mahathir duduk dalam almari atau gubuk buruk. Duduk diam-diam menjadi warisan sejarah. Orang tidak akan kata apa-apa kepadanya. Buruk atau baik orang tidak akan tahu. Orang tetap beranggapan dia adalah sebuah gitar yang pernah melahirkan irama dan nada yang menarik dan mengkagumkan. Kalau dia tidak berbunyi dalam keadaan hari ini orang tetap menganggap ia sebagai sebuah gitar berjasa. Ada baiknya kalau dia mengambil rasmi Abdullah Badawi, diam sesudah kenyang.

Tetapi kalau dengan satu tali pun dia masih hendak membesar diri, hendak mendabik dada dia sebagai gitar yang sempurna, dapat melahirkan pelbagai bunyi dan irama, malang sangat... Mahathir sudah tidak mengenal diri dan meletakkan dirinya di martabat yang hina. Apakah dia juga terhibur dengan cara Inchek Ibrahim bermain politik mengatakan orang siang malam tidak kira siapa?

Adakalanya saya konfius dalam menilik diri Mahathir ini terhadap sikapnya kepada Anwar, apakah dia menjadi murid kepada Inchek Ibrahim atau sebaliknya. Sebab mereka berdua ini dua kali lima sahaja dalam soal ini.

Ini saya timbulkan apabila melihat kepada kritikan dan cemuhan beliau kepada Anwar berhubung kenyataan Anwar menyokong Israel yang didakwa diputar belitkan itu. Komen Mahathir itu nampak sangat akan kebenciannya dan tidak berasas. Kata Mahathir dia tidak hairan kalau Anwar baik dengan Israel kerana dia sudah kenal dan tahu kegiatan Anwar sebelum ini lagi.

Tidak cukup itu ditambah dengan memburukan Anwar sebagai sudah acap kali memburukkan negara ini.

Saya setuju kalau Mahathir tahu kalau Anwar benar-benar baik dengan Israel. Sebab Anwar berkhidmat di bawah kerajaannya. Bukankah Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri timbalan kepada Mahathir. Anihnya kenapa sesudah 12 tahun baru Mahathir mengambil tindakan memecat Anwar? Adalah seorang bapak yang tidak bijak kalau membiarkan anaknya terus nakal sedangkan dia boleh mengawal kenakalan itu sehingga tidak memudaratkan negara? Mengkritik Anwar dan mencerita keburukan Anwar samalah Mahathir meludah ke langit yang akan jatuh bok...... ke atas batang hidungnya.

Mungkin ada orang membahas apa yang saya katakan ini. Itu, Mahathir pecat Anwar adalah untuk menyelamatkan negara? Ok saya nak tanya apakah dengan tindakan Mahathir itu negara hari ini selamat? Amankah negara kita dan apa jadi dengan stabalitas politik negara ini? Bukankah situasi hari ini yang meletakkan kekuatan UBN yang menjadi raja selama ini disebabkan Mahathir? Sesudah Anwar disingkirkan dari Umno?

Bukankah "badigonya" seorang ketua untuk membiarkan masa sebegitu lama kepada pembantunya bermesra dengan haiwan bernama Israel? Kenapa? Apakah tujuannya Mahathir mahu anak buahnya itu ditelan haiwan berkenaan? Kalaulah itu jelas Mahathir berniat jahat kepada Anwar sejak lama dulu lagi. Mahathir bukan seorang yang tulus ikhlas kepada bangsa dan negaranya. Hipokrit al munafik.

Tuduhan sememangnya sedap dan mudah. Buka mulut polet lidah maka akan berbunyilah berbagai ayat dan perkataan tuduhan. Guna bahasa indah, perumpamaan indah dan segala macam kosmetik ia mengindahkan lagi tuduhan dan celaan. Menjadi raliklah telinga si jahil dan pentaksub bodoh. Kata Mahathir Anwar suka kalau Barat puji dia sebab nak nampaknya dia moden dan ikut trend. Kata Mahathir Anwar juga rapat dengan puak kongres Amerika.

Cerita Anwar rapat dengan Amerika ini sudah lama. Orang pun sudah tahu dan hubungan inilah menyebabkan Mahathir bencikan Anwar. Hakikatnya Mahathir cemburu kepada pencapaian anak didiknya sendiri. Kalaulah Anwar menjadi kesukaan dan kesayangan Amerika rasanya sudah lama Pantagon Serang Kementah.

Sekali lagi saya menerima apa yang Mahathir katakan itu. Tetapi ikhlaskah Mahathir? Ternyata tidak. Dia menuduh Anwar menyokong Israel dan baik dengan Amerika. Tetapi macam mana dengan dirinya sendiri. Mahathir mengatakan Melayu mudah lupa. Ternyata mamak seperti dia juga ikut sama mudah lupa. Lantaran mata kelabu menyebabkan Mahathir boleh nampak kuman di seberang laut dan tidak nampak gajah di depan mata.

Mahathir perlu mengingati kembali apa yang dilakukan semasa dia jadi perdana menteri dulu. Sepucuk surat yang bertarikh 16 Ogos 1999 kini sudah terdedah di dalam internet menjelaskan apa yang Mahathir lakukan. Menerusi surat itu Mahathir mengalu-alukan kemenangan Perdana Menteri Israel Ehud Barak dan meminta pertolongan Israel untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" untuk pilihan raya umum Malaysia.

Dalam surat itu juga Mahathir meminta diadakan pertemuan beliau dengan Ehud Barak menerusi Menteri Luar Syed Hamid Albar.

Apakah erti semua itu? Apakah makna surat itu? Apakah surat itu palsu? Apakah surat itu tidak boleh mengaitkan bahawa Mahathir ada hubungan dengan Israel? Orang yang boleh berfikir dan mengalami penceraman zaman tentu akan dapat menilai tindakan siapa lebih besar dan lebih jauh untuk berkawan dengan Israel. Apakah Mahathir atau Anwar?

Anwar setakat mengulas keperluan memberi penghormatan kepada Israel berasaskan kepada resolusi dan persetujuan umum atau dalam ruang lingkup menghormati hak manusia. Ia tidak mencecah soal akidah dan sokongan sampai boleh menjadikan Anwar menentang al-Quran? Anwar pun tahu bahawa bangsa Yahudi dan Israel tidak boleh dijadikan kawan?

Dalam hubungan saya melihat kenyataan dan pandangan Anwar terhadap Israel itu samalah konteksnya dengan sokongan Azizan Razak terhadap AUKU. Itu saja. Ia menyokong bukan bererti menerima hakikat kekejaman Israel dan begitu juga menyokong AUKU bukan menerima hakikat kekejaman akta itu kepada mahasiswa. Dalam politik perlu memiliki mata semacam mata lalat baru boleh melihat sekeliling.

Sayangnya Mahathir ada mata itu tetapi sebahagiannya sudah kabur disebabkan usia. Ingatlah Mahathir gitarnya hanya ada satu tali sahaja lagi yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam muzik orkestra kerana ia boleh memincangkan irama dan lagu. [wm.kl.9:44 am 31/01/12]

1 comment:

  1. di Israel sendiri bukan semua yang menyokong kekejaman kerajaan zionisnya.. terdapat satu pertubuhan ngo disana yang bekerjasa dengan satu pertubuhan amal Palestin bekerjasama menjaga kebajikan rakyat Pelstin..
    memang satu usaha murni..

    kadang-kadang kita perlu kaji dan memahami secara mendalam tentang kejahatan yahudi dalam Al-Quran dan keperluan berbuat baik sesama manusia..

    perang dan dendam takkan berakhir utk 50 tahun terkini dan 50 tahun yang akan datang hampir tak pasti..

    ReplyDelete