Cikgu Azmi Harus Berundur Dari Himpun
Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dilihat dari segi tujuan dan iltizam perwujudannya indah dan menarik sebagai satu Ngo yang bertunjangkan jihad untuk memperjuangkan akidah umat Islam nampak dari hari ke sehari telah menyerlahkan warna dan matlamat sebenarnya. Chassis Himpun sudah agak lari jauh.
Walaupun sejak mula lagi kemunculan Himpun ini boleh dipersoalkan (tidak mungkin ia tidak ada agenda politik bila dilihat kepada siapa di belakangnya) tetapi ia masih boleh dimaafkan dan dilihat pada waktu itu sesuatu yang tepat dan diperlukan. Mungkin dalangnya si kaya yang mahu menaburkan budi dan baktinya kepada agama dan bangsa. Maklumlah orang duit lebih kalau tidak ditabur kepada kepentingan agama ke mana lagi? Ke meja judi?
Memang tujuan dan niat Himpun ditubuhkan untuk mengawal akidah umat Islam dengan memberi kesedaran dan penerangan betapa sekarang ini akidah umat Islam berada dalam keadaan terancam dan tergugat. Maka kewujudnya diharap menjadi wadah mempersatukan ummah tepat.
Beberapa peristiwa yang meletus akhir-akhir ini akibat ketiadaan stabiliti politik Melayu menyebabkan ada elemen menganggu ketenteraman umat Islam, jadi kemunculan kena pada masanya. Umat Islam perlu membimbangi fenomena itu. Sebab kewajiban menjaga dan mempertahankan kesucian Islam dan keutuhan bangsa terletak di tangan umat Islam dan Melayu. Bangsa lain tidak akan sesekali mempertahankan Melayu.
Justeru mulanya umat Islam tanpa mengira pegangan dan ideologi politik, baik yang berada dalam persatuan, individu atau kelompok kecil memberi sokongan kepada Himpun. Himpu adalah manifestasi kepada kesatuan ummah Islam negara ini, di mana semua pihak perlu mengenepikan sentimen dan ideologi politik. Himpun dikira boleh menjadi wadah permersatukan ummah setidak-tidaknya di negara ini.
Malahan dalam satu pertanyaan saya kepada pengerusi bersama Himpun Mohd Azmi Abdul Hamid dalam satu sidang akhbar, beliau menjawab jaringan Himpun dalam mempertahankan akidah ummah Islam ini bukan saja terhad di Malaysia tetapi mencakupi Nusantara ini. Aduh.. hebatnya.
Setelah berlalu dan mengadakan beberapa majlis himpunan, arah dan apa tujuan Himpun sebenar telah terserlah. Azam dan keikhlasan yang dicanangkan sebelum ini untuk menjadi wadah penyatuan ummah dan mempertahankan akidah sudah tergelecah ke arah lain. Himpun nampaknya sudah menjadi alat atau wadah untuk mempopularkan individu tertentu dan majlis itu diadakan juga seperti mahu menempelak pihak lain dan menyokong pihak lain - sesama Islam yang berkonflik.
Sebenarnya warna politik Himpun ini sudah mulai nampak sejak awal penubuhannya lagi dan sewaktu majlis julung kalinya di Shah Alam. Apabila mereka mengundang orang politik yang dikenali tidak berapa mesra dan jahil agam untuk bercakap, maka orang sudah mengagak apa dan siapa yang ada di sebalik Himpun ini.
Kenapa? Apakah kerana Himpun dibiayai oleh orang tertentu maka paksi Himpun perlu condong kepada satu pihak? Sudah ada cakap-cakap bahawa Himpun adalah alat politik kepada Umno. Dalam erti kata lain Umno sudah membelakangi Ngo gabungan itu dengan diberikan tugas kepada seseorang individu yang membelanjakan peruntukannya untuk Himpun.
Kita tidak menolak wang itu dan tidak menolak kewujudan Himpun atas nawaitu yang diuark-uarkan. Apa yang ditentang ialah penyelewengannya. Kalau kewujudannya lari dari matlamat asal sokongan moral perlu ditarik balik. Saya percaya beberapa Ngo, termasuk gerakan pelajar, kumpulan nasyid yang bergabung tenaga memberi sokongan moral sebelum ini kerana yakin kepada kesucian Himpun.
Tetapi apabila mereka menyedari ke mana Himpun - yang dijadikan alat dan kuda tunggang untuk apa mereka ikut sama bersubahat. Iya, mungkin ada mereka yang menyokong parti Umno di dalam mana-mana Ngo bergabung membentuk Himpun tetapi cara mereka dieksplotasi dengan menggunakan nama untuk mempertahankan akidah tetapi hakiatnya untuk menyelamatkan Umno mungkin sesuatu yang dianggap kotor dan kurang disetujui.
Dalam catatan ini sini saya tidak mahu menuju kepada sesiapa tetapi saya ingin menyatakan pandangan saya kepada direct kepada Cikgu Azmi Hamid yang menjadi pengerusi bersama. Saya nampak kehadiran dan kesediaan Cikgu Azmi memimpin Himpun adalah atas rasa tulus dan keperihatinan kepada agama Islam. Sebagai seorang pejuang Melayu tulen yang berteraskan Islam, beliau tentu merasa bertanggungjawab. Atas amanah itulah beliau bersama Himpun.
Saya yakin cikgu Azmi tidak mempunyai apa-apa motif politik melainkan demi kepentingan agama dan bangsanya.
Tetapi hari ini setelah Himpun lari chassis, apakah wajar cikgu Azmin terus berada dalam Himpun? Apakah dia dapat berdiri atau pun menegakkan Himpun seperti naiwatu asalnya dulu? Cikgu Azmin sendiri sudah nampak apa yang baik dan apa yang tidak mengenai Himpun. Atau bagaimana ada noda-noda yang tidak seharusnya dibiarkan dalam, Himpun. Keadaan ini pada bacaan saya Azmin sudah terperangkat.
Pengunaan nama Exco Agama Pulau Pinang untuk menjemput orang ramai menghadiri Himpun di Kepala Batas besok adalah jelas noda kotor yang telah menyelinap dalam Himpunan. Cikgu Azmi sendiri telah membuat penafian dan mengecam tindakan itu ata nama Pengerusi Pengupayaan Melayu (Teras). Himpun yang didirikan dengan akhlak Islam tidak sepatutnya memutar belitkan fakta dan menipu orang ramai seperti mengedar kad jemputan atas nama Exco itu.
Orang-orang jahat dan biadab serta petulang yang mengambil kesempatan atas Himpun dengan mengedar kad palsu itu sepatutnya didoakan supaya mati lemas air. Kerana segelintir manusia seperti itulah merosakan susu sebelanga.
Cikgu Azmin tentu merasa malu dengan apa yang berlaku. Apa-apa wajah buruk atau pun kepincangan yang berlaku dalam Himpun kesannya akan tempias kepada cikgu Azmin. Adalah terlalu sayang kalau cikgu Azmin bersedia menahan dirinya untuk dilumuri perangai-peragai syaitan di dalam Himpun?
Sebelum ini bekas Exco Agama Selangor ikut sama terlibat dalam Himpun. Dia melangkah ke pentas Himpun dengan niat mempertahankan akidah! Kapasitinya ketika itu ialah sebagai Exco agama yang obses untuk mempertahankan akidah. Hari ini dia tidak memiliki apa-apa kuasa lagi. Yang ada hanya tahi gigi dan air liur sahaja. Apa yang dia boleh lalukan dan apakah 'keramat' yang ada kepadanya lagi?
Apakah tidak mungkin dia akan menggunakan pentas Himpun untuk mempertahankan diri dan membelasah parti dan kerajaan yang disertainya sebelum ini? Cikgu Azmi sebagai pengerusi kena memnatau ini dan jika perlu orang itu harus dinyahkan dari pentas agar ia tidak menjadikan pentas Himpun untuk dia melempiaskan dendamnya.
Apun sebaiknya cikgu Azmi berundur sahaja dari Himpun. Tidak sesuai lagi orang sepertinya berada dalam wadah yang sudah mulai cemar dan kotor. Negara, agama dan bangsa memerlukan seorang yang beridentiti seperti beliau yang istiqamah dengan fahama politik tidak berpihak, dan kekal dengan berkain pelikat ke mana saja pergi. Ikhlas saya katakan saya lebih suka dan mempunyai kehormatan tinggi kepadanya kalau dia tetap seperti bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Azri Zainal Abidin yang berpolitik tidak berparti yang mengkritik tidak kira siapa.
Tidak ramai orang yang mempunyai identiti sendiri, berfikiran bebas dan disenangi semua orang kerana prinsipnya. Rasanya selepas Cikgu Azmi dan Asri sudah tidak ada lagi selepas Abdul Aziz Bari kini sudah rasmi menyertai PKR?
Cikgu Azmi boleh memikirkan apa yang saya ajukan ini. Saya yakin dunai juang cikgu Azmi terutamanya dalam mempertahankan akidah ummah dan mengutuhkan bangsa tidak terbatas kepada Himpun sahaja, sebaliknya Terang yang didokong selama ini sudah cukup gah dan hebat. Orang kenal Cikgu Azmi bersinonom dengan Teras dan kain pelikat dan bukannya Himpun dan songkok senget. [wm.kl 12:00 t/hari 27/01/12]
Bro, tak yah la berselindung dan mahukan NGO yg tadak link politik dan bersih!!Cuba bagi contoh nya? Himpunan Bersih olih Ambiga tu bersih ka dari parti politik? Majlis Peguam sendiri pun bersihka dari pengaruh politik? dulu Gerakan anti ISA besihka dari politik?dan lagi dan lagi...jadi jika Himpun ada link dgn parti politik dan bertujuan menegakan agama Islam,apa kah salah nya?Bro juga boleh joint jika mahu jangan pandang serong saja dan semua yg dibuat salah belaka!!Jika nak berjuang utk Islam ,songkok senget dan kain pelikat lebih berani dan lebih duluan dari ketayap putih dan bukan hanya dilahirkan utk jadi pak turut dan penakut saja!!!Ada berani???
ReplyDeletehimpunan yang punyai niat iklas tak apa le tapi kalau ada udang sebalik batu memang munafik sungguh puak ni bertopengkan islam untuk menegakkan benang basah bertuan kan syaitan menaburkan fitnah secara halus supaya oang islam duduk dalam syak dan waham
ReplyDelete