Saturday, February 25, 2012

Kemelut Pas Kedah

Untuk Apa Nik Aziz Dua Hari Di Kedah?

Selepas berada di Kedah tiga hari dua malam Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat lewat petang ini meninggalkan Kedah. Pemergian ke negeri jelapang padi itu dipercayai untuk mendapat maklumat berhubung 'pergolakan' dikatakan melanda dalam politik Pas Kedah.

Pemergian Nik Aziz itu menjadi tanda tanya apakah ia turut menyelesaikan kemelut di Kedah atau hanya setakat mendengar masalah sahaja. Dipercayai MB Kelantan telah mengadakan perjumpaan berasing dengan beberapa pihak termasuk dengan MB Kedah, Azizan Abdul Razak.

Setakat ini tiada ada kenyataan dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung kunjungan Nik Aziz. Saya akan cuba mendapat maklumat dan akan mengulas mengenai perkembangan lanjut berhubung pergolakan di Kedah.

Apa yang berlaku di Kedah hari ini sungguh membimbangkan dan perlu mendapat perhatian semua pihak di dalam Pas. [mw.kl.6:00 pm 25/02/12]

1 comment:

  1. Apa yang terjadi di Kedah tak seharusnya memberi kesan pada parti kerana mungkin wujud corak kepimpinan yang tak selari di antara Ustaz Azizan dengan EXCOnya. Keadaan ini amat lazim dalam organisasi. Siapa pun jadi pemimpin dasarnya tidak akan berubah. Yang berubah mungkin corak pendekatan dalam pentadbiran.

    ReplyDelete