Sokongan Cina Kepada PKR Di Wangsa Maju Tidak Berubah
Kelmarin dulu (Rabu) Anwar Ibrahim dan beberapa pimpinan tertinggi PKR telah mengunjungi parlimen Wangsa Maju. Rasanya kunjungan ini adalah pertama kali Anwar sejak PKR Wangsa Maju kehilangan ahli parlimennya apabila Wee Choo Keong telah meninggalkan parti tersebut.
Kunjungan itu adalah sempena rumah terbuka Tahun Baru China bersama Ketua Umum PKR. Majlis itu diadakan di tanah lapang bersebelahan Poling Keong Temple, Taman Teratai mewah Setapak.
Majlis itu adalah anjuran PKR Wangsa Maju.
Saya turut sama menyempatkan diri ke majlis berkenaan untuk melihat mood terkini masyarakat China terhadap Pakatan Rakyat. Ternyata sambutan dan kepercayaan masyarakat Cina terhadap PKR masih belum luntur seperti mana didakwa pihak tertentu.
Kehilangan Wee Choo Keong tidak menawarkan hati masyarakat Cina untuk terus bersama PKR. Sebaliknya tindakan mengkhianati perjuangan itu dibenci oleh masyarakat Cina dan menjadikan mereka menanti masa untuk membalas dendam.
Dengan kehadiran lebih 2,000 itu menjelaskan realiti sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina terhadap PKR.
Kaum Melayu dan India juga turut sama hadir. Anwar semasa berucap mengaku kesalahannya kerana memilih Wee Choo Keong menjadi calon PKR dalam pilihan raya 2008 dulu.
"Saya salah dan saya minta maaf," kata Anwar sambil berjanji calon PKR kali ini seorang yang boleh dipercayai. Kata-kata Anwar itu disambut dengan hidup PKR... hidup PKR....
Dalam pada itu PKR dijangka akan meletakkan Dr Tan Kee Kwong dalam pilihan raya akan datang. Dr Kee Kwong merupakan anak tokoh pembangkang yang tidak asing lagi mendiang Dr Tan Chee Koon.
Peluang untuk Tan Kee Kwong memenangi kerusi Wangsa Maju dikira besar apa lagi kalau benar BN akan menyerahkan kerusi itu kepada Umno semula. Umno berangan-angan untuk meletakkan Setiausaha Politik Najib Razak, Shafei Abdullah untuk merampas kerusi berkenaan.
Ura-ura untuk BN meletakkan Shafei dikatakan mendapat tentangan dari MCA yang mahu calon lama dan juga bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Yew Teong Look dicalonkan semula. Sekiranya Teong Look tidak dicalonkan kemungkinan masyarakat Cina terutamanya penyokong MCA akan memprotes.
Tindakan itu sudah tentu akan memberi kelebihan kepada Dr Tan Kee Kwong.
Dalam pilihan umum tahun 2008 lalu calon PKR Wee Choo Keong menang dengan 150 undi, beliau mendapat 19,637 manakala Teong Look mendapat 19,487. Jumlah pengundi 54,509. [wm.kl.9:37 pm 03/02/12]
Assalamu alaikum tuan.
ReplyDelete""Saya salah dan saya minta maaf," kata Anwar sambil berjanji calon PKR kali ini seorang yang boleh dipercayai. Kata-kata Anwar itu disambut dengan hidup PKR... hidup PKR...."
Kata-kata itu menggambarkan betapa besarnya jiwa Anwar pada mata rakyat dan betapa kecil Anwar di sisi rakyat pada mata Anwar.