Pakatan Akan Kalah Kerana Kebodohan Sendiri
Sebelum saya mencatat Citra Perjalanan II ingin saya menulis sesuatu yang terbuku di hati pada masa kini. Keterbukuan ini perlu dilengsaikan kalau tidak ia boleh membawa 'sengkak sebok' dan akhirnya memeranakan diri sendiri. Apa yang bermain dalam benak ini menjadikan saya kehilangan selera untuk mencatat siri Citra Perjalanan atau mengulas membahan kenyataan-kenyataan bodoh pemimpin Umno dan Ngo ngor.
Kekadang-kadang apa yang kita lakukan (tulis dan laungkan) tidak sedikit pun menjadi api dan angin kepada ma'dunnya. Maksudnya tidak dipedulikan oleh orang yang kita sasar apa yang hendak perkatakan itu. Jadilah suara dan kata-kata kita bagaikan busa di lautan.
Bila keadaan begitu maka jadi bodoh atau terasa bodohlah kita kerana seolah bercakap berseorangan, berfikir berseorangan, memerah otak berseorangan, menyekang mata hingga ke pagi kesorangan sedang sumbangan kita tidak pun dinilai dan dimanaaftkan. Perlukah saya dan kita semua yang mengharap jatuhnya bulan ke ribaan meralatkan semula akan apa yang kita lakukan untuk tidak terus menjadikan kita bodoh?
Apa yang saya maksudkan ini ialah mengenai sikap dan telatah para pemimpin Pakatan Rakyat, khasnya Pas dan PKR yang saya melihat mereka ini seakan berada dalam sebuah lautan yang mereka sendiri tidak sedar di mana hujung dan di mana tepian. Ada kalanya mereka nampak kompak, penuh pengertian...penuh persefahaman ditunjukan dengan memakai logo tiga parti tetapi diwaktu lain mereka seakan kontradik sama sekali.
Polimek-polimek yang berlaku di antara mereka menunjukkan akan betapa mereka tidak ada pengertian dan persefahaman. Keadaan itu berbeza dengan apa yang mereka hasratkan dan untuk difahami rakyat. Kononnya mereka hendak menjadi pembela rakyat dengan mengambil alih tempat Umno. Mereka melambungkan harapan besar kepada rakyat kononnya merekalah terbaik. Kononnya PRU 13 adalah pilihan raya yang akan merubahkan segala-galanya dan akan terbentuk Malaysia Baru?
Kononnya kedudukan UBN khasnya Umno sudah terdesak, terjempit atau nazak di hujung kuasa dan dicemuhi rakyat bagaikan tong sampah pecah memelah air busuk kohong. Kononnya....
Lalau rakyat pun 'terperagah' dan teruja dengan laungan itu. Emosi membuak-buak untuk melihat satu perubahan besar dalam negara. Memang rakyat di bawah sudah ada minat besar untuk memenuhi harapan itu. Rakyat sudah mual dan lugal dengan kerajaan UBN dipimpin Umno. Golongan muda, terpelajar, para pegawai kerajaan, swasta sudah pun bersedia. Mereka sudah mulai menilik dan berkira untuk membuat perhitungan akhir dengan kerajaan UBN.
Pemberian wang, pengumuman projek, insentif dan segala macam dalam bentuk wang jelas dan kabur tidak sedikitpun menjadi perhatian rakyat. Rakyat sudah tahu bahawa taburan janji dan sedikit kebendaan begitu yang diambil dari khazanah negara adalah sandiwara dan tektik membubuh umpan dalam jerat saja.
Tetapi malang seribu kali malang, saat rakyat sudah bersiap sedia, tetapi sesetengah pemimpin Pas, DAP dan PKR seakan tidak bersedia dan main-main. Mereka masih lagi cuba menegakkan sikap keakuan masing-masing sehinggakan bercanggah sesama sendiri. Apa dinamakan persefahaman dan nilai politik tinggi masih belum wujud. Persefahaman hanya di kalangan para pemidto di pentas sama saja tetapi dari dalam parti masing-masing terus dan tetap dengan agenda lapok dan kepentingan diri masih menebal.
Perkara paling nyata ialah tidak bersama dalam menggubal fikiran atau pun melontar isu untuk mendapat perhatian umum. Atau mereka tidak boleh melendikkan pemikiran dan idea yang disampaikan oleh sesama mereka dan minda mereka terus menjadi minda anjing dan minda kucing. Ini saya kira kelemahan besar Pakatan Rakyat yang akhirnya akan memeranakan pakatan itu sendiri pada pilihan raya akan datang kalau tidak diperbetulkan segera.
Banyak kejadian dan contoh menunjukkan pemimpin Pakatan Rakyat tidak bijak atau sepakat dalam mengulas sesutau isu. Walaupun subjek itu jelas bertentangan dengan fahaman dan ideologi parti masing-masing mereka seharusnya tidak menunjukkan akan jurang itu sebaliknya berfikir bagaimana mencerminkan penyelesaiannya bukan berkonflit. Rakyat sekarang mahu tenguk kemampuan mempersatukan bukan kehebatan menegakkan kehebatan diri.
Rakyat dan umum sudah tahu bahawa ketiga parti itu tidak mempunyai persamaan dalam ideologi dan iltizam perjuangan. Pas dengan Islam ortodoksnya, DAP dengan sosialis demokrat otordoks dan PKR dengan liberalisme ortodoksnya. Maaflah kalau saya terpaksa mengguna istilah ini (ortodoks) yang agak janggal dan keras. Otordok itu bukan dalam erti kata sebenarnya.
Orang sudah tahu keadaan itu semua. Justeru setiap tindak tanduk mana-mana pemimpin dari ketiga parti itu ada perbezaannya. Kalau dihalusi batuk dan berdeham pun berbeza, bukan lagi soal makan dan minum. Tetapi apabila mereka bergabung dalam satu Pakatan yang bertujuan dan bermatlamat satu - untuk menumbangkan UBN seharusnya perbezaan itu tidak melatari diri masing-masing. Mereka perlu melenyapkannya bagi menunjukkan mereka kompak. Soal-soal yang boleh diselesaikan selepas menawan Putrajaya perlu di kesampingkan dulu.
Rakyat tidak mahu mendulatkan akan kehebatan ideologi masing-masing, tetapi apa yang hendak rakyat saksikan berlakunya perubahan kerajaan. Mereka ingin membandingkan kerajaan UBN dengan kerajaan baru. Sepatutnya perkara itu perlu diutamakan dan tinggalkan soal-soal penting dalam aspek prinsip dan dasar itu kerana jelas soal itu tidak akan membawa apa-apa kemenangan dalam konteks negara ini.
Sayang keadaan tidak berlaku. Pas dengan caranya tetap hendak menunjukkan ia Islam lebih. DAP pula nak menunjukkan dia sosialis lebih dan begitu juga PKR. Ambil isu terbaru tentang pertembungan pandangan dan pendapat mereka serta tindak tanduk menunjukkan ketidak cerdikan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai isu Anwar yang diwar-warkan menyokong Israel.
Anwar telah membuat kenyataan yang ada kait dengan sokongan terhahap Israel kepada akhbar Wall Street Journal (WSJ). Umno telah menggunakan kenyataan Anwar itu untuk menempalak Anwar dan memberi tahu rakyat Anwar menyokong Israel. Isreal dalam kepala orang Melayu Malaysia adalah sejenis makhluk yang jahat lebih jahat dari Salentia walaupun mereka tidak mengetahui binatang apa Israel itu sebenarnya. Israel dalam minda orang Melayu sama juga dengan babi ia telah menjadi satu stigma.
Mereka tidak boleh disalahkan. Alasannya kerana Israel disebut di dalam al-Quran, bahawa kaum itu jahat. Bila disebut didalam Quran mereka terima sebulat-bulatnya, itu fiil orang Melayu. Malangnya walaupun Umno tidak disebut di dalam Quran mereka tetap juga menerima sebulat-bulatnya dan menerima Umno sebagai sebuah wadah umpama bahtera Nuh. Ini fiil orang Melayu bersikap double standard dalam semua hal.
Umno bersahabat juga dengan Israel dan telah membantu lebih hebat dari Anwar dengan mengadakan hubungan dagangan tidak menjadi masalah. Anwar hanya dengan berkata-kata saja. Media Umno telah memanipulasikan kenyataan Anwar itu. Biasa bagi Umno, yang 'rewelnya' kenapa Pas juga ikut sama membatai Anwar? Di sini menjelaskan sekali lagi kehebatan media Umno dalam memainan jarum dan memanjangkan lidah syaitan.
Bukankah dengan saling bantah membantah itu ia telah meretakkan sesama sendiri? Pas telah membenarkan apa yang diperkatakan oleh Umno walhal Umno berkata itu untuk kepentingan politik. Tidak kira siapa yang mempersoalkan kenyataan Anwar dari Pas dia adalah gombal adik beradik dengan zombi. Kurang cerdik dan kurang subur baja siasah.
Seharusnya pemimpin Pas tidak menempik isu itu. Biarkan ia ditempik oleh Umno. Rakyat tidak akan terasa kalau Umno yang melaungkan. Tetapi bila Pas tumpang sepiak pinang ini menyebabkan rakyat yang gombal akan merasaikan Umno betul. Inilah bodohnya sesetengah orang dalam Pakatan Rakyat memberi bola tanggung atau membuka lubang kepada Umno. Cis...!
Bukankah Pas juga secara jelasnya mengharapkan bantuan PKR yang mana ketuanya Anwar untuk menang pilihan raya? Atau kalau Majlis Syura Ulamak Pas telah memfatwakan sesama sendiri kerjasama itu haram, maka nyatakan dengan jelas yang ia haram. Ini tidak... pagi haram, malam halal, siang makruh. Sikap dan pendirian Syura Ulamak tidak konsiten dan istriqamah dan sebenarnya majlis inilah yang merosakkan Pas.
Nik Aziz terpaksa berkokok bila Syura Ulamak membuat kritikan demikian sebab dia adalah ketuanya. Walaupun Nik Aziz ada kuasa keramatnya dia tetap patuh dan hormat kepada sebuah dewan seperti Majlis Syura Ulamak itu. Saya tidak fikir seorang politus yang penuh mantik seperti Nik Aziz tidak dapat membaca apa yang termaksud oleh Anwar itu.
Dalam hal ini juga Anwar sendiri harus jaga diri dan tidak terlalu ego dan menunjuk hebat. henatilah melayan dan membuat kenyataan dengan akhbar asing hanya kerana hendak menunjukkan kita hebat dan pemimpin bertaraf dunia. Mungkin cara anda betul tetapi rakyat anda masih kebanyakannya gombak dan otak kemetot.
Kalau hendak bercakap dengan akhbar asing pun biarlah anda menjadi PM kelak. Masa itu cakaplah apapun orang tidak berani pertikai... lagi pun media Umno sudah tidak ada lagi waktu itu. Penjilat buntut Umno akan berpaling kepada anda dan memuji bahawa anda seorang yang berpandangan jauh dan membawa kedamian sejagat. Waktu itu pujian anda kepada Israel juga akan menjadi semanis madu.
Selain isu itu timbul juga isu valentine day - hari mengingati kekasih. Pemuda bangun mencanak membenteraskan maksiat yang berlaku pada hari valentine day. Pemuda ini pun satu hal yang dia nampak hanya soal valantine day sahaja. Soal-soal lebih bedsar dan isu global tidak terlintas dalam benak Pemuda. Isu hari kekasih ini saya rasa wujud setiap tahun dan tidak pernah ada penyelesaian tuntas. Seharusnya Pemuda membuat kajian Phd dalam hal ini kenapa ia masih berterusan?
Kegagalan menyelesai isu ini adalah kegagalan pihak yang menanganinya tidak kira Pemuda Pas, Majlis Agama atau mana-mana pihak. Kegagalan ini juga akan diketawakan oleh mereka yang merayakan hari berkenaan. Itu Pemuda Pas tukar kepada hari mengingati suami isteri itu apa pula. Bagi saya idea itu tempelan sahaja. Pertukaran itu juga menunjukkan Pemuda ikhtiraf perayaan seharian itu cuma dalam bentuk lain.
Si Karpal Singh pula bangkit mempertahankan valinte day dan tindakan itu kontras dengan Pemuda Pas. Masing-masing ada hujah dan alasan sendiri dalam hal ini, tetapi yang ruginya kepada Pakatan Rakyat. Perbalahan yang bersifat personal itu akan terbawa ke dalam Pakatan Rakyat. Media massa PB pula akan terus memainkan isu ini dan yang peningnya ada orang di bawah. Pertengkaran itu juga tidak akan menyelesaikan masalah melainkan kerana nak tunjuk telor siapa lebih bulat saja.
Hal-hal sebegini boleh dielakkan kalau mereka, baik Karpal dan Pemuda Pas bijak berpolitik. Berpolimek bukan tidak boleh, tetapi kalau ia sampai menjejaskan cita-cita asal hendak menumbangkan Umno ia tidak ada guna dan jadilah tindakan dan polimek itu sebagai tahi kering saja.
Kesimpulannya dari kedua keadaan itu, isu Anwar dan Israel dan Pas meminta agar Anwar tarik balik atau saman surat khabar Wall Street Journal dan isu valentine day itu adalah menggambarkan kelemahan dan kecetekan politik Pakatan Rakyat. Walaupun ia adalah segmen-segmen isu yang dimainkan oleh Umno tetapi dari segi hakikatnya ia akan menjadi persoalan dan pertanyaan lunak macam mana Pakatan hendak mengganti Umno kalau sesama sendiri pun asyik berkekah belah sampai ke ke Subuh. [wm.kl.8:56 pm 15/02/12]
saya sangat setuju dengan pandangan tuan mengenai perkara ini. saya sudah lama merasakan ketidakserasian ini, tapi kebencian kepada ubn lebih memuncak membuatkan rakyat menelan juga telatah kebudak-budakan para pemimpin PR....rakyat bawahan / penyokong dlm PAS, PKR & DAP, tiada masalah....cool dan tenang. yang selalu melalut para pemimpin tertingginya....kondem dan mempertahankan hujah sesama mereka...kalau UMNO bijak dan sabar sikit lagi, rasanya rakyat yang sedang keliru akan tetap bersama UBN dalam PRU nanti...
ReplyDeleteTeman setuju dengan pandangan saudara memang ada kebenarannya
ReplyDeletesaya setuju sangat2...sependapat dengan encik..tapi tak reti nak meluahkan rasa..
ReplyDeletebile baca pasal israel dan anwar ni, baru ada pencerahan..saya dah tak punya modal utk bertekak dengan parents soal ini..
kurang ilmu n hujah..
soal valentine..saya setuju sangat2..
Kawe pun kadang kadang beci jugok puok puok PR ni, ore sibuk nok tendang umNO/BN, dio sibok dok kekkoh samo sediri. Patut dok diam diam lah dulu, tendang BN dulu, pahtu baru pikir no setel isu kelompok sediri tu... payoh weh dok Malaysia ni, bilo pemimpin gong gong belako, doh lah UmNO gong segalo gong, puok PR pun ikut gong sekali... benggong kawe mmikir puok puok ni. Kawe lamo doh tendang umNO tapi mintok mintok PR pun jange wat telebih gong daripado puok umNO. Susoh weh bilo masing masing nok tunjuk hero....
ReplyDeleteassalamu alaikum tuan. Sejak 2008, sebenarnya terlalu banyak pertelagahan yang berlaku antara pemimpin-pemimpin PR. Macam-macam cerita yang mereka buat dan gaduhkan.
ReplyDeleteNamun satu yang menarik, rakyat di bawah yang celek maklumat nampaknya mampu membiarkan mereka berkelahi sesama sendiri walau un sebenarnya mual dan meluwat dengan telatah mereka. Sebab itulah kadang-kadang betapa adilnya Allah dalam memberi kemenangan paling sedikit kepada PAS dalam parlimen dan negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Dalam yang begitu sedikit pun PAS kadang-kadang sombong dalam membuat kenyataan-kenyataan. Saya tak boleh bayangkan kalau PAS menang besar tempoh hari, bimbang akan jadi macam selepas menang masa 1999 lalu.
Saya tak peduli sangat dengan kerenah PKR dan DAP sebab saya sayangkan PAS tapi sikap PAS yang begitu memang menjengkelkan kita.
Seperti kata tuan, teguran kita memang tak ada nilainya pada mereka yang bertaraf pemimpin dalam PAS. Bagi saya memang tak ada masalah untuk terus menyokong dan mengundi PAS tapi bagi mereka yang menilai PAS atas kayu ukur UMNO dan PAS siapa lebih baik maka tak ada sebabnya untuk mereka tidak mengundi PAS kalau perangai mereka sama dengan atau lebih buruk dari UMNO.
Saya yakin kalau PAS tak campur dalam berita Israel ini ia akan senyap dengan sendiri. Ikut suka Pakatan Rakyat lah. Mereka rasa mereka hebat, buat macam mana. Siapa lah kita kan?
setuju dengan pandangan sdr...
ReplyDeleteNamun InshaAllah BN pasti tumpas jua ....
PAS usahlah terlalu perasan seperti jaguh islam... buat lah kerja kerana Allah InshaAllah.
lebih baik jahil tapi bertakwa dari Alim tapi sombong dan perasan
ini baru permulaan kepada banyak lagi idea-idea umno. umno sedang berfikir siang dan malam untuk 'menyerang'. isu-isunya telah pun tersusun.Tunggu masa untuk dimainkan satu-persatu..
ReplyDeletecuma bila ada 'bola tanggung', umno akan smash betol-betol.isu yang tersusun di'pause'kan terlebih dahulu.
pakatan juga kena menyerang. bukan melayan serangan dengan 3 taktik yang berlainan!
modal untuk menyerang umno sangatlah banyak. tirulah macam najib, org serang bini dia, ada dia jawab??? diam dan buat bodoh dan buat pekak.
serius, pakatan kena ada 'satu suara' dalam menjawab isu. adakan satu laman web - jawapan kepada isu dari tv3/utusan.semua pihak pas/pkr/dap hanya perlu menjawab disitu..sebab serangan telah pun bermula sebenarnya...
yang ingin ditimbulkan sekarang adalah persepsi - pakatan tidak sepakat/mudah bergaduh sesama sendiri.
'persepsi' itu undi.
ps-anwar mohon maaf sahaja. ego tolak tepi. banyak bercakap memang sekali sekala akan tersalah cakap. Dan minta maaf tiadalah celanya.
Saya tak setuju pandangan tuan.... PAS bukan hanya sebuah parti politik. Ia juga sebuah gerakan dakwah. Kemenangan politik penting, tetapi dakwah adalah keutamaan. Masyarakat mesti tahu sikap sebenar dalam isu ini. Jika tidak orang yang berjuang Islam akan sangka betul sebab Ulama diam! Pandangan tuan betul di sudut politik... Jika hanya kejar kuasa dunia!!!!
ReplyDeleteSalam, saya antara pembaca baru blog tuan. Dan di kali ini terasa hendak komen. Saya sangat tidak bersetuju dengan 'posting' tuan ini. Sangat tidak bijak untuk mempersoalkan keputusan mesyuarah oleh orang2 yang arif tanpa memberikan sebab yang adil dan jelas.
ReplyDeleteKes Anwar dan Israel, terang-terangan bahawa Anwar telah melakukan kesilapan dengan mengeluarkan kenyataan yang jelas tidak sepatutnya sebagai seorang Islam apatah lagi beliau yang bertaraf pemimpin rakyat. Lagipula, dengan jelas kita tahu bahawa WSJ adalah tali barut Yahudi tetapi mengapa Anwar perlu untuk bercakap tanpa lebih berhati-hati? Apakah Anwar fikir WSJ lebih bodoh daripada Utusan dan Berita Harian? Mengapa ahli-ahli Pakatan Rakyat tidak boleh membuat komen di media-media Umno (yang diyakini pemutar-belit) tetapi Anwar boleh ‘bermesra-mesra’ dengan agen Yahudi? Apakah Anwar berasa bahawa beliau lebih pandai? Lebih tinggi darjat berbanding rakan pakatan yang lain? Itu kita tidak boleh lepas pandang.
Tuan Guru Nik Aziz telah mengeluarkan kenyataan meminta Anwar untuk 'membersihkan' nama beliau terhadap dakwaan oleh WSJ bukanlah perkara dungu atau ingin memecah-belahkan pakatan pembangkang. Malah, ini dapat bertindak sebagai ‘check and balance’ yang sering dilaung-laungkan oleh kita selama ini. Juga, kenyataan ini menyusul selepas mesyuarah Majlis Syura Pas yang diisi dengan ahli-ahli yang arif. Pendirian Pas menentang pembentukan Israel dan ‘Two-state Solution’ adalah nyata dan tidak boleh dikompromi sama sekali. Ini berlainan jika dibandingkan dengan peralihan terma Negara Islam kepada Negara Berkebajikan. Sepertimana yang telah dijelaskan oleh pimpinan Pas secara padat dan lengkap.
Pemuda Pas melancarkan kempen Anti-Valentine Day adalah perlu bagi mengekang permasalahan remaja yang semakin hanyut dengan budaya kuning. Mereka perlu ‘refresh’ peringatan ini kepada anak muda dari semasa ke semasa. Idea mereka untuk merubah ‘nama’ kepada Hari Suami Isteri perlu dilihat secara mendalam. Dari teori datangnya ‘practical’, secara tidak langsung anak muda dapat dialihkan pemahaman bahwa tarikh 14 Febuari adalah hari berkasih sayang secara Islam (iaitu bagi pasangan yang sah) dan ini dapat menggantikan kepada istila Valentine Day dalam kamus hidup mereka. Tidak pernah salah untuk kita menjadikan 14 Febuari sebagai tarikh pernikahan. Nah, disitulah kebaikan nya.
Karpal diakui sememangnya pakar undang-undang, malangnya beliau bukanlah Islam. Tidak patut untuk beliau mempersoalkan perlaksanaan cara hidup Islam hanya kerana adanya orang bukan Islam. Perlu sentiasa diingatkan kepada Karpal dan rakan sekumpulannya bahawa kegiatan cara hidup Islam tidak pernah dipaksa ke atas Bukan Islam. Mereka tidak perlu takut dan rasa terancam kerana jika mereka berpegang teguh kepada perlembagaan Malaysia, pasti mereka tahu bahawa hak mereka adalah dihormati oleh masyarakat Islam. Jika orang Islam boleh ‘hormat’ agama mereka mengapa mereka tidak boleh melakukan perkara yang sama?
Yang terakhir, sebagai saudara seIslam, ingin saya memperingatkan tuan bahawa Islam tidak boleh dikompromi sama sekali. Meskipun demi mencapai kejayaan duniawi (menawan Putrajaya). Sila ambil contoh apakah kita mahu mendapatkan baju yang berlubang-lubang sana-sini? Sedangkan baju yang bertampal-tampal lebih molek berbanding baju koyak. Dasar dan prinsip perjuangan tidak boleh digadai semata-mata untuk menduduki Putrajaya. Kegagalan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru pada 16 September harus dijadikan teladan. Bermula dari cubaan ‘mencuri’ ahli parlimen musuh kemudian sendiri yang ‘diperhanjingkan’ musuh (rombongan Saifuddin ke Taiwan) diikuti duri dalam daging (kes Perak), kes moral (Elizabeth) dan macam-macam lagi dalam kancah politik selepas PRU12. Akhir kata, ikan bilis perlu dinilai, bersama-sama ‘target’ ke arah ikan jerung juga.
Jangan rasa gundah gulana kalau orang tak ambil kisah terhadap teguran yang dilontarkan. Sekurang-kurangnya tuan telah ada jawaban apabila Allah tanya nanti.
ReplyDeleteSaya amat senang sekali mengikuti coretan pena tuan. Jarang sekali saya terasa ingin memberi respon tetapi kali entah kenapa jari-jemari rasa gatal untuk menari. Kenapa? Kerana saya rasa tertipu terhadap apa yang sebenarnya berlaku terhadap hubungan diplomatik Malaysia Israel. Kita semuanyan tertipu sejak zaman Tun Dr. Mahadhir lagi rupanya. Apa juga alasan Kerajaan terhadap hubungan yang tidak rasmi ini Kerajaan Malaysia telah mengkhianati Rakyat Palestin. Agaknya ada hikmahnya terhadap kenyataan Brother Anwar terhadap Issue Israel.Kalau tidak hubungan sulit Malaysia/Israel akan kekal menjadi rahsia.
Satu perkara yang Brother Anwar telah terlewat ambil tindakan. Pada hemat saya,sebaik sahaja issue Israel ini timbul, penjelasan perlu dibuat segera kepada TGNA.
Issue Pemuda pula pada hemat saya tak usah banyak cakap. Buat kerja je. Orang muda ni banyak power( kuat la). Orang Lama banyak yang dah tak larat. Bercakap memang boleh. Tapi nak buat sapa? Pemuda! Terjemahkan hasrat pimpinan. Issue Hari Kekasih? Tak payah banyak cakap. La taqrabu zina...sudah cukup. Masuk gereja macam Brother Ir.Khalid explain apa yang Islam boleh offer kepada non muslim. Bersemuka dengan Karpal Singh supaya dia tak cakap ikut suka hati dia. Hak menjaga aqidah Umat Islam adalah hak orang Islam ( bukan hak Hasan Aqidah saja). Orang bukan Islam macam Karpal Singh tidak boleh masuk campur.
Salam Tuan MSO, saya amat bersetuju dengan entri Tuan. Nampaknya ramai rakyat terbanyak pada ketika ini agak kecewa dengan politik kurang bijak di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat berkaitan isu-isu yang merupakan umpan musuh (UMNO-BN). Memang ada kebenaran kata-kata bahawa sebahagian pimpinan PR ni GILA MIKROFON! Pantang wartawan hulur, terus jer komen. Bukan setakat di dalam pakatan PR sahaja yang nampak tak sepakat, tapi di dalam PAS pun kadang2 nampak sangat tak 'synchronize'. JK Pusat sokong lain, pemuda pulak bagi kenyataan yang tak selari dengan JK Pusat. Kalau sesama parti atau parti2 dalam PR pun tak boleh nak selaraskan, macammana nak perintah negara? BOLEH TAK KALAU SEMUA PEMIMPIN PR BOIKOT SEMUA WARTAWAN MEDIA MUSUH? BOLEH TAK? BOLEH TAK? MATI KER KALAU TAK BOLEH BAGI KENYATAAN MEDIA KEPADA MEDIA-MEDIA SEPERTI UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, TV3, BERNAMA DAN YANG SENAGKATAN DENGANNYA????? MATIKAH???? MATIKAH???
ReplyDeletetuan mso
ReplyDeletesaya rasa kalau saya tak mengundi pru akan datang saya manusia yang tak bertanggungjawab...tapi bila banyak sangat perbalahan sesama pakatan rakyat membuat hati jadi meluat.
saya kadang-kadang hairan konon sesama pemimpin pakatan diaorg nak menunjukkan kepada bn (bkn rakyat pun) parti-parti ini tidak diperkudakan oleh mana-mana parti atau individu pimpinan komponen pr, tapi kadangkala yang keluar dari sesebuah parti itu melampau-lampau dan terlebih-lebih mengutuk ibarat menyerang ubn pulak. umpama tidak berfikir sebelum bercakap, melunjur dulu sebelum duduk.
pada saya PAKATAN RAKYAT adalah 1 jemaah yang mana setiap 1 antara 3 nya memerlukan antara 1 sama lain. kekuatan jemaah adalah muafakat dan persefahaman namun ia tidak lari dari prinsip keadilan mahupun akidah. jadi apa tujuan KUMPULAN / IKATAN / PEMUAFAKATAN PAKATAN rakyat ini ada? adakah untuk setiap pemimpin atau parti menunjukkan mereka berkuasa? terlalu naif!
bukankah PR mempunyai majlis mesyuarat tertinggi / presiden? maka kadang-kadang kita lihat umpama wujud muafakat palsu!
saya amat berharap setiap orang yang mengatakan dirinya pemimpin kepada pimpinan pakatan rakyat berfikir dahulu sebelum bercakap.
masih banyak isu yang perlu diledakkan untuk rakyat seperti isu mas, kwsp, felda, penipuan astro, penyelewengan zakat, ketirisan sumber ekonomi, penjanaan ekonomi rakyat, sistem pendidikan, isu tanah rezab melayu, isu pemilikan tanah peneroka, alam sekitar, penipuan perbankan islam dan sebagainya yang boleh dibawa oleh setiap pemimpin pr, namun ini tidak dibawa sepenuhnya untuk hidangan rakyat.
pemuda pas asyik2 dengan isu valentine sedangkan apa yang dewan pemuda ini buat untuk mendidik dan mengajak pemuda-pemuda kearah kebaikan? gajah di depan mata tak nampak kuman diseberang pulak yang disebut-sebut.
lain-lain isu pada saya dah tuan ulaskan, namun sebagai pembaca setia blog ini saya harap juga agar tuan dapat menyampaikan isu kelemahan pimpinan pemuda PR ni pada ketu-ketua mereka terutama PAS, sebab Sy ali itu pemuda pada zaman islam masih dagang namun kekuatan baginda r.a menaikkan martabat islam begitu tinggi. allahuakbar. namun sayang, pemuda-pemuda pimpinan Islam sekarang begitu lemah!
tulisan dari org lama... terbaikkk~ org atas kot yg x reti nk berpolitikk...
ReplyDeleteMaybe Tuhan simpan kejayaan dulu sbb 'mereka' masih jiwa x ckup besar...
PAS seperti meletakkan dirinya tinggi utk tidak bersetuju dan tidak mengiktiraf two state solution..
ReplyDeletesamada PAS mahu mengiktiraf atau tidak ia tidak akan beri sebarang kesan melainkan rasionalnya adalah terhadap pihak Palestin sendiri yang berhak menentukan hala tuju perjanjian dan masa depan mereka yang serba kekurangan..
penerimaan antara satu sama lain utk kewujudan bersama telah menjadi syarat untuk jalan damai yang semestinya..walaupun perjanjian itu tidaklah sesolid manapun
Pakatan hanya membuang masa kalau terus bermain dengan rentak Umno.. kemunafikan umno berkenaan Israel sepatutnya menjadi tumpuan penuh Pakatan.. buat letih saja kepada pengumpul-pengumpul fakta yang bersusah payah menyatakan suatu yang benar..
dalam hal ini tok guru memang mengecewakan.....
Saya pun setuju jugak.. Saya dari dulu lagi duk ikuti politik nie. Semangat membara2 untuk pangkah PAS mewakili PR. tapi sejak akhir2 ini was-was selalu bermain dalam fikiran saya. kalaulah keadaan ini berterusan PRU-13 nanti saya tidak akan pangkah mana2 bendera.
ReplyDeleteHarap tuan MSO baca komen Miz3 di atas dengan teliti.
ReplyDeleteSaya amat bersetuju dengan beliau.
Penulisan tuan lebih menampakkan nak kejar Putrajaya semata-mata walaupun menggadaikan prinsip Islam.
PAS, bukan parti politik semata-mata, ia adalah GERAKAN ISLAM. Peringatan yang diberikan oleh TGNA selepas Majlis Syura Ulama amat diterima baik oleh ramai orang, terutamanya mereka yang sentiasa ada fikir terhadap usaha dakwah dan syiar Islam.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDari beberapa komen yang masuk dan saya lepaskan hanya dua komen saja yang agak tidak bersetuju degan apa yang saya nukilkan itu. Komen dari Mizi3 dan Abunusrah. Apapun terima kasih atas pandangan sdr perbezaan pandangan itu akan mematangkan antara kita. Kita bebas memberi pandangan mengikut persepsi dan perspektif ilu yang kita ada. Juga mengikuti sentimen kita. Saya memahami sangat apa yang ada dalam nubari anda berdua.
ReplyDeleteDalam catatan saya itu kalau dihalusi dan diamati bukan saya menyatakan Pas perlu berkorban untuk mendapatkan kuasa dan saya secara peribadi tidak bersetuju kalau Pas bergabung degan bukan Islam dan Melayu untuk berkuasa. Tetapi satu hakikat yang perlu difahami Pas adalah badan siasah, bukan dakwah seratus peraus. Pas berada dalam lautan politik. Bila sebut lautan politik banyak noda hamis dan hanyirnya yang terpaksa diharungi.
Bla Pas memilih politik untuk mendapatkan kuasa maka tidak bijak untuk Pas tidak mahu terkena hanyir. Mana boleh makan rebun kalau takut terkena meying.
Sdr boleh suruh Pas membuang politik dan menjadi gerakan dakwah seperti Tabligh habis cerita. Dalam konteks Malaysia saya tak nampak semudah itu, kerencaman masyarakat harus diterima sebagai satu cabaran dan ujian sejauh mana kebijaksanaan kita.
Perlu difahami Pas akan menjadi parti sia-sia kala tidak mendapat kuasa. Elok kala Pas menukar kaedah perjuangannya jangan sertai politik cari kuasa dengan kaedah lain. Kuasa sangat penting bagi Pas. D Kelantan kalau Pas tidak berkuasa mustahil Pas dapat memperkenalkan beberapa sistem Islam dalam aspek tertentu.
Sekali lagi saya tegaskan, bukan jenis saya mengajar Pas mengejar kuasa sehinggakan meninggalkan perkara yang wajib. Saya bercakap dan memberi pandangan dalam sudut Pas sebagai sebuah parti politik bukannya sebuah badan dakwah macam Tabligh.
Orang yang menerima politik dan cuba mencabut hakikat politik kepada saya orang itu tidak bijaksana dan mensia-siakan hidupnya. Apa lagi dengan pengalaman yang Pas lalui dia sudah merasai bahawa rakan Melayu (Umno) lebih zalim dari rakan bukan Melayu. Memangah orang yang tidak melaui kesakitan tidak akan dapat merasai kepedihan, makanya hayatilah kepedihan Pas baru kita akan dapat meliha dimana rasionalnya pendekaan Pas hari ini bergabung dengan bukan Melayu untuk mencapai tujuan dan matlamatnya.
Dan jangan risau dan bimbang tidak menentu kalau Pas bersama bukan Islam mendapatkan kuasa ia tidak melaksanakan apa yang dikehendaki ketika itu tinggal dan pulau Pas dan amnbillah Umno yang mungkin sudah ternyata dapat membela Islam sampai parti itu telah melaksanakan Islam selama ini.
aku ni dah senak sebenarnya dengan kerajaan umno ni yang tak habis habis membebankan rakyat dengan rasuah nya dengan penipuannya naiknya harga barang@minyak sehingga menyusahkan rakyat..dan aku nak kalau ada kerajaan yang gantikan umno ni dapat menyenangkan rakyat dapat bantu rakyat,...pasal gaduh gaduh ni lantak korang la tapi kalau dapat ambil alih putrajaya nanti hargailah rakyat..itu yang aku nak....ini baru sikit macam ni tanak mengundi lah tanak pangkah pr la ..nak biar umno perintah sampai kiamat?..itu yang nak..pr pun bukan parti malaikat mesti ada silap kadang kadang menyampah dibuatnya . tapi untuk membiarkan umno bermaharajalela tidak sekali kali.. kalau rasa rasa tak puas hati boleh tubuh parti sendiri yang "maksum"try urus tengok ada masalah ke tak..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeletekenyataan anwar itu perlu dilihat dengan berlapang dada dan mengambilkira situasi genting umat Islam di seluruh dunia yg digasak bertubi2 oleh konco2 Israel (Islam bashing). cuma kita yg selesa di Malaysia ini heboh cuba menjadi juara konon nak mencabar Israel. dgn apa yg umat Islam ada hari ini, bolehkah kita nak menghalau Israel ? tengok pula PAS Malaysia, ada senjata nuklear ke. Kalau semua negara OIC bersatu pun tak akan mampu kalahkan Israel yg really well funded. pernahkah terbaca di mana2 perihal kebatilan yg bersistematik akan mengalahkan kebenaran yg berserabut?
dan perlu diingat BN pun sedar hakikat ini!! itu satu hal, belum ekonomi lagi. ada pernah dengar istilah 'bassell accord to..’? WSJ adalah mastermind ekonomi dunia, merekalah yg menentukan mana negara Islam yg nak dibantu dan mana yg nak dihancurkan. Mampukah PAS nak cabar WSJ? Yg saya tahu nak letak calon boleh menang pilihanraya di semua kerusi Parlimen pun TAK MAMPu!!
oleh itu, insaflah semua pihak bahawa kenyataan anwar itu mewakili situasi sebenar dunia Islam sekarang. ia bukan bermaksud kita setuju dgn Israel tapi itu satu bentuk taqiyyah dan strategi utk ambil hati WSJ, atau dgn istilah apapun yg kamu nak sebut. PAS yang beria2 bantah anwar x sedar yg mereka x ada sokongan, strategi dan jauh sekali dari 'min quwwah wa min ribaatil khail' yg disebut dlm Al Quran. apalagi nak memahami bahawa yg kena tindas di Palestin bukan org Islam je.
Kalau PAS pun termakan dgn provokasi, amat malang sekali..cubalah bersabar dan berfikir dgn waras dan insaf dgn kelemahan kita. cari jalan utk menguatkan barisan pejuang mukmin..iaitu dgn mendapatkan kuasa. itulah matlamat kita semua.anwar dah buat kerja dia menunjukkan kpd dunia bahawa PR mampu memerintah Malaysia jika diberi peluang, PAS bila lagi?? DAP n PKR bila lagi?? berkokok x setuju dgn 2 state solution, x ada hikmah di situ. malah rakyat makin keliru dgn PAS.Maaf atas kekerasan saya..
Wallahu a'laam.