Sunday, February 12, 2012

Susupan Petang

Harussani Tidak Faham Politik

Mufti Perak Harussani Zakaria bagi saya seorang yang naif politik. Beliau mungkin pandai melihat kulit politik tetapi tidak tahu menilai makrifat politik. Pendapatnya mengenai Hasan Akidah menjelaskan betapa tohornya ilmu politik Harussani. Eloklah kalau beliau tidak bersuara mengenai politik dan bercakap soal-soal melihat anak bulan atau hukum hakam lain saja.

Harusani mengakui dia kenal dengan Hasan Akidah seorang yang berprinsip serta tegas mengenai Islam. Justeru katanya Hasan meninggalkan Pas kerana kecewa dengan Pas apabila Pas tidak melaksanakan Islam yang menjadi prinsip Hasan Akidah. Tahukah Harussani mengenai kronologi politik Hasan Akidah?

Saya tidak mahu berkata lebih dari itu mengenai pandangan Harusani itu. Cuma saya nak tanya apakah Hasan akan berdiri seperti Hasan hari ini kalau dia menjadi MB Selangor? Saya berani mengatakan sikap Hasan lebih lunak dan bertolakansur kalau dia jadi MB kerajaan Pakatan Rakyat.

Kenapa Hasan seakan tegas dengan Islam bukan kerana prinsip yang Harusani anggapkan itu tetapi kerana dia bukan MB. Hasan boleh bercakap apa-apa saja mengenai Pas termasuk memburukkan Pas kononnya Pas tidak Islamik.

Bukankan Hasan menjadi berubah angin dan kecewa selepas dia gagal untuk menjadi MB menerusi kerjasama dengan Umno? Mata hati politik tidak dapat menafikan itu semua. Sebenarnya pegangan Harusani terhadap politik itu sama dengan Hasan. Harusani juga berharap Pas dan untuk berpakat.

Bukankan Harusani pernah menghadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk tujuan itu. Kononnya untuk perpaduan Melayu Harusani sanggup bekereta waktu malam dalam hujan lebat dengan Ahmad Awang untuk berjumpa dengan Nik Aziz.

Selepas Nik Aziz tidak memenuhi harapan dan beliau gagal menyakini Nik Aziz bermula detik itulah Harussani jadi skeptikal dengan Pas. Harusani tidak lagi meghormati Pas.

Boleh jadi kalau Harussani berjaya mempengaruhi Nik Aziz agar mengadakan kerjasama dengan Umno, Hasan Akidah yang dikenali benar itu menjadi MB Sdelangor.

Senario dan perkembangan itu memberi kefahaman kepada kita kenapa Harussani memuji langkah Hasan Akidah itu dan menyokong Hasan Akidah berjuang menegakkan Islam menerusi Ngo. Molek juga nasihat Harusani itu kerana Hasan Akidah tidak lagi menjadi musang berbulu ayam kepada Pas. [wm.kl.7:02 pm 12/02/12]

1 comment:

  1. Setuju.

    Malah bukan mufti Perak ini sahaja tetapi ada juga ustaz2 lain dan pendakwah bebas lain yang popular yang juga cuba menyentuh isu politik tetapi amat jelas naifnya.

    Mereka tidak memahami perangai orang politik, tidak mengikuti sejarah dalam politik yang bagai roda berputar dan berulang2. Mereka terlalu lurus bendul bila berdepan dengan ahli politik yang merayu, menangis dan mengaku ikhlas.

    ReplyDelete