Ngo Hasan Akidah Tidak Sehebat Beras...
Kurang 12 jam sebelum Adun Seri Gombak Hasan Ali alias Hasan Akidah melancarkan sebuah Ngo untuk dijadikan wadah barunya dalam membela akidah umat Islam serentak itu juga mengutuk Pas dan Anwar Ibrahim, satu majlis ceramah oleh Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Beringin Seri Gombak.
Lokasi ceramah ini terletak dalam kawasan Dun Seri Gombak yang diwakili oleh Hasan Akidah. Saya tidak tahu apakah ceramah itu disengaja diadakan pada malam itu untuk sabotaj pelancaran Ngo Jati esoknya atau pun kebetulan saja.
Ngo diberi nama Jati itu yang mana logonya dikatakan sama dengan logo sebuah kelab syaitan, (masyaAllah) dilancar pada petang semalam di Shah Alam Selangor. Pelancarnya ialah Mutfi Perak Harusani Zakaria. Betulkah logonya persis logo syaitan? Kalau betul awal-awal lagi Jati sendiri sudah rosak akidah.
Atau pun ceramah itu mungkin ia kebetulan saja, tarikh itu dirancang sudah lama. Saya mengambil pandangan lain dari itu mengira ianya sebagai ujian untuk melihat kekuatan Hasan Akidah kerana keesokkannya Hasan akan lancar Ngonya.
Sekiranya pengaruh Hasan Akidah kuat sudah pasti ceramah Pakatan malam itu yang dihadiri sama oleh Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Ismail tidak mendapat sambutan.
Tentulah dewan beringin itu akan menjadi lenggang kerana penduduk di situ dan sekitar Kuala Lumpur akan merihatkan diri dari menghadiri ceramah untuk menyimpan tenaga bagi ke majlis pelancaran Jati keesokan harinya.
Saya turut sama hadir untuk melihat suasana ceramah itu. Sebenarnya hendak tahu apakah Hasan Akidah ada pengaruh atau tidak. Sudah pasti baik secara langsung atau tidak Hasan Akidah akan arah orang-orang agar mengagalkan ceramah berkenaan untuk memberi gambaran bahawa Ngonya mendapat sambutan hangat.
Apa yang berlaku tidak seperti mana saya ramalkan. Ceramah di dewan Beringin malam kelmarin penuh sesak. Keadaanya sama seperti berlaku di Dewan Cina di Endau pada malam Ahad lalu. Ceramah dan majlis Pakatan Rakyat ke belakangan ini sudah mulai panas dan menjadi tumpuan rakyat. Rata-rata dan dimana sahaja ceramah Pakatan Rakyat sudah dipenuh ribuan orang.
Nampaknya penduduk Seri Gombak khsusnya tidak mempedulikan kepada seruan Jati. Projek untuk memulihkan akidah tidak begitu menjadi.
Dengan jumlah mereka yang hadir lebih 3,000 ia jauh lebih besar dari angka yang datang untuk membaiki akidah dengan Hasan di Pusat Konvensyen Shah Alam. Sebelum ini di kawasan sama Hasan telah mengadakan bengkel membetulkan akidah yang dihadiri peminatnya tidak sampai 150 orang. Ini memberi gambaran penduduk di Seri Gombak yang rosak akidahnya tidak berapa ramai! Saya difahamkan dua orang dari 150 itu mereka yang cacat OKU yang diusung dengan kerusi roda.
Begitu juga jika dibanding dengan majlis pelancaran Jati semalam dengan ceramah itu panggil tidak dengar. Apa yang dapat dilihat dalam tv semalam, tidak sampai 1,000 yang hadir mengikuti pelancaran Jati oleh Harussani itu. Orang besar yang hati juga tidak begitu ketara cuma beberapa pemimpin yang ternyata telah rosak akidah politik mereka serta beberapa kerat kawan Hasan Akidah yang datang untuk memenuhi kerusi.
Ada juga muka-muka yang membawa sial dan dicemuhi rakyat tercatuk dalam majlis pelancaran semalam. Mungkin salah satu sebab kenapa kurang sambutan disebabkan kehadiran dua tiga muka-muka dianggap membawa sial majal.
Beberapa tokoh Pas yang mulanya diwar-warkan akan turut sama hadir pada majlis itu tidak kelihatan. Gimik majlis itu lebih hebat dari sepatutnya. Gimik dengan mengadakan tayangan video menceritakan detik atau cetusan menubuhkan Jati tidak ada apa yang menarik dan dramatik. Majlis itu tidak lebih dari untuk menghibur hati Hasan Akidah yang kini dalam keadaan kesedihan kerana dipecat Pas. Dalam anologi orang Kelantan gimik video dikatakan hebat itu tak ubah sebagai permainan 'peteri' saja.
Apapun diucapkan selamat kepada jati semoga ia dapat memainkan peranan yang dihasratkan itu, memulih akidah umat Islam terutamanya membenteras kegiatan kristinisasi dan membawa balik mereka yang dikatakan sudah rosak akidah itu. Jangan Ngo itu kuat berkokok menjelang pilihan raya umum saja dan selepas ini ia akan mati tidak berkubur ataupun Hasan Akidah akan hilang suara selepas tidak diupah! [wm.kl.9:07 am 22/02/12]
Adik ipar saya yang bekerja dengan sebuah syarikat yang berurusan dengan Syabas dikerah hadir ke program Jati itu. Saya tidak berapa hairan mengenangkan hubungan DHA dengan TS Rozali itu
ReplyDeletelainkali jangan perasan hanya kita saja berjuang dan orang lain tak berjuang, dia saja layak orang lain tak layak
ReplyDeletetengok saja nampak cantik terus rembat padahal logo tu asalnya idea orang lain punya..orang tu pula siap puji lagi logo jati dan katakan logo jati lebih baik dari ciptaannya tambah lagi Hassan ali tak perlu risau kerana masa dia reka logo tu dia tak dapat apa-apa kecaman dari masyarakat..pencipta logo tu bukan duduk di negara Islam kalau dia tak dapat tentangan bukanlah pelik pun
Hassan ali kenalah tarik balik buat logo lain... apahal pula logo setan ada kena mengena dengan islam melayu dan raja...
Jati bukannya Manchaster united yg orang pun dah tak peduli...