Sunday, February 19, 2012

Ulasan Peristiwa

Debat Guan Eng - Soi Lek
Sekali Lagi Orang Cina Mendahului Melayu


Saya
tidak berkesempatan mengikuti perdebatan di antara Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dengan Presidean MCA Chua Soi Lek yang berlangsung di Hotel Berjaya Kuala Lumpur semalam dan disiarkan secara langsung oleh saluran tv berbayar yang kadang-kadang siaranya terganggu.. berbelang-belang macam ikan-ikan dalam aquarium bila hujan itu, iaini Astro.

Malam semalam saya hanya membaca ulasan dan laporan menerusi blog dan ada komen-komen yang dihantar oleh Fb ke dalam dinding saya. Beberapa orang penganalisa telah membuat kesimpulan debat itu tidak mencecah realiti sebenar kerana ia bukan menyentuh atau mendalami perkara pokok sebaliknya kedua pendebat lebih hendak menunjuk kebiasaan masing-masing.

Chua Soi Lek cuba menunjukkan dia sebenarnya jaguh kepada orang Cina dengan cuba merendahkan keupayaan Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menganggap janji DAP bersama Pakatan Rakyat hanya janji kosong. Mesej Soi Lek bahawa Guan Eng menjadi alat kepada Melayu.

Lim Guan Eng pula menempelak Soi Lek sebagai pemimpin Cina (MCA yang sanggup bersekongkol dengan pemerintahan UBN yang korupsi. Yang cuba digambarkan Guan Eng bahawa MCA berjuang untuk kepentingan puak semata-mata.

Dalam dicelah lain Guan Eng menyatakan kepada Soi Lek mengenai perbezaan tarbiyah Pas dan Umno apabila Soi Lek cuba mempersendakan hubungan dan tindakan DAP mengadakan hubungan dengan Pas yang dianggap Soi Lek Pas hendak membangunkan negara Islam.

Seorang pemerhati politik Melayu pula mengulas tentang debat itu sebagai tidak menarik kerana kelonggaran formatnya menyebabkan debat itu tidak berbeza dengan ceramah saja. Seorang lagi penganalis politik Melayu pula dipetik menyifatkan debat itu sebagai forum budak-budak sekolah.

Nampaknya penganalis itu hanya mampu membuat analisa mengenai kulit dan event kitu sahaja tetapi tidak cuba menceduk apa yang perlu dipelajar umum di sebalik peristiwa itu. Apakah makrifat atau rupa diri sebenar tujuan debat itu di adakan. Sebenarnya bacaan lebih jauh terhadap majlis itu perlu diselongkari agar kita tidak ketinggalan LRT.

Tidak mengapa kalau debat itu tidak tersusun atau pun mencapai tujuannya? Dari konteks orang Melayu apakah tujuan yang mahu ditimba dari debat itu? Usah kita bertanya keuntungan atau erti yang hendak diterjemahkan kepada orang Cina dengan berlangsungnya debat itu?

Kepada saya majlis debat itu atas tajuk: Kaum Cina Dipersimpangan: Apakah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa, yang dipengerusikan Dr Michael Yeoh dari Institiut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asia) telah mencatatkan rekod tersendiri. Kesedian dua idola kontemporari Cina itu menyerlahkan sekali lagi orang Cina mendahului orang Melayu di Tanah Malaya ini dalam aspek ilmu siasah.

Tindakan yang mereka persetujuan itu menunjukkan keterbukaan dan kesediaan mereka berdepan secara nyata di muka umum. Mereka menjawab tuduhan dan dakwaan masing-masing secara bersemukakan bukannya seperti politik Pandir dan Lebai Malang orang Melayu yang suka bersikap melontar batu sembunyi tangan dan menabur fitnah di serata jerung ataupunb mengedar vcd blue ke rumah-rumah termasuk rumah Tok Imam.

Juteru stail politik mereka ambil itu menunjukkan standard politik orang Cina yang jauh lebih maju dan rasional dari politik orang Melayu yang masih berpaksi dan bersendikan kepada politik adu domba, ugutan, fitnah ataupun dengan mengambil sikap musang berbuluh ayam, masuk reban makan telor kemudian keluar membawa najis.

Makanya langkah Guan Eng dan Soi Lek itu harus dipuji dan dipelajari oleh politician Melayu seluruhnya.

Dalam hemat saya baik Guan Eng maupun Soi Lek mengapa mereka sedia berdebat itu ialah kerana ingin mempamirkan kepada rakyat Malaysia yang orang Cina lebih berani dan sproting dalam menyelesaikan isu-isu kepentingan bersama. Kelabaan yang mereka dapat adalah untuk kaum Cina kerseluruhanya bila mana dunia akan melihat bahawa orang Cina jauh lebih ke depan di tanah Malaya ini walaupun aslanya mereka adalah pendatang. Itu yang mereka hendak pamirkan menerusi siaran langsung itu.

Mungkin juga yang ingin diterjemahkan bahawa orang Cina mempunyai daya dan ilmu kepimpinan tinggi. Mempunyai intergriti dan leadhsip yang ampuh untuk dinilai oleh kaum mereka. Dalam zaman terbuka ini sikap dan pendekataan itulah yang harus dipraktikan dan bukannya berpolitik secara jumud atau berpandukan kepada 'kin'.

Politik dan pendekatan mereka tidak seperti Melayu yang masih takut dan gerun sesama sendiri tidak menentu. Sikap kolot Melayu ini masih menebal dan terus diwarisi walaupun ia ternyata satu sifat yang negatif. Sebab itu apabila orang Melayu Pas atau PKR ingin memasuki ke sesuatu kawasan yang tebal dengan 'keUmnoaan' maka mereka akan dihalang dan disekat. Atau pun ceramah mereka akan diganggu.

Begitu juga dengan 'pesta-pesta dayak' ala-ala politik tidak baligh seperti berdemonstrasi di perkarangan masjid sambil menaikan spanduk mengecam sesama Melayu menjelaskan kebundakan orang Melayu. Sikap dan tindakan samseng itu menunjukkan siasah orang Melayu belum sihat sepenuhnya.

Semalam semasa menghadiri wacana politik di ibu negara anjuran Kumpulan Aktivis Media Indipenden (Kami) ada seorang wartawan Cina membuat definasi mengenai sikap dan minda politik Cina dan Melayu yang jauh berbeza. Menurut beliau minda politik Cina lebih membangun (responsif) berbanding dengan minda politik Melayu yang pasit (lesu senyap).

Sebagai contoh katanya untuk mengepen orang Cina supaya menolak UBN bukan payah sangat ia cukup setakat menyebut perkataan Teo Beng Hock --- iaitu pegawai Exco Selangor yang ditemui mati di pejabat SPRM. Katanya dengan mengungkitkan peristiwa itu saja orang Cina akan menolak UBN.

Berbeza dengan minda orang Melayu. Walaupun diceritakan mengenai koruspi dalam projek lembu gemuk (NFC) mereka buat lembu kenyan tidak mempedulikan dan akan mudah melupai sesuatu tragedi yang menimpa diri mereka. Penjelasan wartawan berkenaan bagi saya mencabar air muka orang Melayu termasuk saya.

Mengenai debat Guan Eng dan Soi Lek itu orang Melayu harus merasa hina diri dan malu. Mereka secara tidak langsung terbiyah politik atau pun bagaimana hendak tambah nilai diri oleh orang Cina dilakukan secara tidak sengaja. Kesediaan Soi Lek untuk berdebat dengan Guan Eng itu juga semacam mencabar atau sengaja untuk memberi malu kepada Najib Razak yang membisu atas cabaran Anwar Ibrahim untuk berdebat kandati bagi mengemas kilas kain masing-masing di hadapan ramai.

Kesimpulan dari saya perdebatan kedua tokoh Cina itu di samping mereka hendak menunjukkan ego masing-masing tetapi dari sisi lain ia mahu mengejek akan kenaifan orang Melayu dalam politik.

Justeru kalau apa yang saya tafsrikan benar maka Najib tidak perlu berlengah, nah sahutlah cabaran Anwar untuk berdebat. Perdebatan itu sama dengan matlamat Guan Eng dan Soi Lek bukan untuk mencari siapa yang menang dan mengalahkan siapa tetapi tujuannya hendak menunjukkan bahawa orang Melayu juga ada standard dan quality hidup sama dengan orang Cina.

Manakala kalau tujuan berdebat nanti untuk mencari siapa yang menang dan untuk mengalahkan di antara satu sama lain maka jelas piwaian yang hendak dicapai untuk orang Melayu dengan debat itu gagal dan tidak membawa apa-apa makna untuk Melayu.

Saya cadangkan debat demi kehormatan Melayu itu boleh diadakan di Dewan Merdeka PWTC disiarkan oleh saluran tv kerajaan manakala moderatornya ialah Prof DiRaja Ungku Aziz. [wm.kl.11:02 am 19/02/12]

7 comments:

  1. salam tuan, saya baru terjumpa blog ini..tuan terlupa kita sudah ada debat antara anwar dan shabery chik? baru baru ni kita ada debat antara khairyj dan rafizi? tuan yang ketinggalan lrt dan terjun sungai bersama labu rasanya...

    ReplyDelete
  2. Walaikumusalam Razzi, ada juga orang hendak mengingatkan saya.. terima kasih. Memang sudah ada debat antara Anwar dan Shabery Chik, malahan sebelum itu pun sudah ada pidato bersama di antara Mahathir dengan Fadzil Noor, begitu juga debat Khiry dan Refizi saya tahu dan ingat semua itu.
    Tetapi apa yang saya maksudkan dalam konteks debat di antara Guan Eng dan Soi Lek tidak pernah ada lagi kedua mereka adalah pemimpin tertinggi parti. Guan Eng setiausaha agung di mana dalam sistem DAP Setiausaha Agung adalah pemimpin tertinggi dan berpengaruh, manakala Soi Lek pula ialah Presiden.
    Apakah sdr fikir sama di antara Shabery dengan Najib Razak atau Muhyuddin dan lain? Shabery hanya anak saja yang tidak sepadan untuk berdebat dengan Anwar. Lagi pun matlamat tersirat bukan seperti debat Guan Eng dan Soi Lek itu. Saya fikirlah...
    Begitu juga dengan debat Khairy dan Rafizzi itu, itu debat anak muda yang tidak membawa status besar kepada kedua-dua parti politik.
    Tidak mengapa kalau sdr lihat saya juga tertinggal LRT, ingatan itu menyebabkan saya akan cepat ke stesen LRT... tetapi saya rasa masej yang hendak saya tonjolkan tidak terjangkaun oleh minda sdr. Mungkin penuisan saya ini gagal memahamkan sdr. Maaflah atas kegagalan ini tetapi nasib baik sdr tersedar maka sdr tak jadi bodoh dengan apa yang saya nukilkan.

    ReplyDelete
  3. Sama ada najib atau anwar berdebat atau tidak semua ni sudah tak penting lagi

    kita semua pun tahu kedudukan najib dan ubn semakin genting.. Mungkin boleh diadakan tetapi setakat mana ia mampu menaikkan imej najib itupun sudah tak penting setakat tengok najib kena boo mungkin itu satu kepuasan hati

    tiada apa boleh diharap pada politician berumur macam ni melainkan org muda melayu sekeliling dikehendaki belajar dan sedaya upaya menjadi politician yg bagus

    org cina debat tak debat.. kekuatan dan kematangan politik mereka melambangkan kekukuhan ekonomi mereka

    sistem dua parti menjadi sistem dua bangsa... mungkin 10 thn lagi cina boleh jadi PM!

    ReplyDelete
  4. Salam tuan, saya setuju dengan pandangan tuan. Nampaknya Najib semacam takut kepada bayang-bayang sendiri apabila mengelakkan debat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya pun ahli UMNO, dan ramai lagi ahli UMNO dibawah ini menunggu jawapan Najib, sama ada setuju atau tidak untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apalha yang diakutkan oleh Datuk Seri Najib sebenarnya? Dia takut kantoi dalam banyak perkara kot.

    ReplyDelete
  5. Saya teringin sgt utk melihat DS Najib berdebat dgn DS Anwar Ibrahim. Tajuk debat : Buku Jingga - Suatu realiti atau fantasi. Mcm bro MSO cadangkan, buat dkat PWTC dan Pak Ungku jadi moderator.

    Saya setuju dgn pangangan MSO bahawa tahap politik org melayu masih rendah berbanding org cina. Pemimpin politik melayu lebih menekankan politik kebencian dan buruk sangka.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan,

    Ahh sungguh benar sekali apa yg Tuan lontarkan mengenai tahap politik Melayu yg ketinggalan LRT selama 20 tahun ke belakang, ini dibuktikan sendiri oleh pengomen di atas sekali, bagaimana sesuatu yg cukup amat jelas pun bole dikecamukkan fikiran dan pandangan dari otak kemetot melayu ( mahzab umno sudah pasti).

    ReplyDelete
  7. Hahaha.. Razzi, Razzi nampak sangat sdr ketinggalan kapalterbang.....

    ReplyDelete