Thursday, March 22, 2012

Lintasan Parlimen

Usul Persendirian Rediasi Bekas Loji Bkt Merah Akan Dibahas Petang Ini

[kemaskini] Sedikit kesalahan, apa sebenarnya akan dibahas pada petang ini ialah mengenai rediasi di bekas tapak logi di Bukit Merah bukan Lynas.

Speaker
Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia pagi tadi telah membenarkan dewan membahas usul berhubung rediasi di tapak loji Bukit Merah pada petang ini. Masa diberikan sejam untuk pihak pembangkang dan kerajaan menjawab perbahasan. Perbahasan bermula jam 4:30 hingga 5:30.

Usul persendirian itu dibawa oleh MP Batu Gajah Fon Po Kuan.

Kata Pendikar semasa membenarkan usul itu dibahas berkata sebuah kementerian membuat bantahan dengan alasan ia sedang dikaji dan keputusannya tidak boleh diumumkan tetapi beliau tidak boleh berkompromi dengan masalah kesihatan rakyat.

Kata Pendikar usul persendirian itu memernuhi syarat-syarat yang ditetapkan, ia kepentingan umum, khusus dan perlu disegerakan.

Kebenaran parlimen ini memberi peluang untuk pembangkang mengemukakan alasan dan bukti tahap rediasi disebabkan kilang berkenaan yang dikatakan merbahayakan kesiahatan.

Dalam pada itu perdana menteri mengatakan sekiranya ada bukti saintifik berhubung masalah di Lynas ianya akan ditutup. [wm.kl.12:33 t/hari 22/03/12]

No comments:

Post a Comment