Sunday, March 18, 2012

Saja Saja Nak Cakap

PSC Gambar Kelemahan Najib

Persetujuan kabinet untuk mewujudkan jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai Lynas menjelaskan bahawa projek mengeluarkan nadir bumi (Lynas) di Gebeng, Pahang itu bermasalah.

Kalau tidak ada masalah dan selamat, untuk apa jawatankuasa khas untuk menilai tahap keselamatannya lagi? Jadi munasabahlah kalau kumpulan hak asasi manusia dan oposisi menentang projek berkenaan kerana dikatakan tidak selamat kepada manusia dan alam sekitar.

Najib dalam mengulas penubuhan jawatankuasa itu berkata ianya perlu untuk mendapat pandangan umum berhubung projek berkenaan. Peliknya di sini kenapa jawatankuasa atau kepedulian itu dibuat setelah projek itu sudah bermula. Tindakan ini kurang bijak?


PSC itu dianggotai sembilan anggota yang terdiri daripada empat wakil dari Barisan Nasional, tiga daripada pembangkang dan seorang anggota bebas, akan diketuai Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin demikian menurut Nazri Aziz.

Dengan wujudnya jawatan kuasa itu dakwaan sesetengah pakar "mulut renyuk" memberi jaminan dari segi profesional mereka projek itu selamat termasuk seorang pakar dari Pas tidak boleh dipakai lagi.

Orang juga akan mempersoal sejauh manakah wibawa pakar-pakar berkenaan.


Walaupun PSC kata Najib tidak boleh membuat kata putus berhubung projek itu, tetapi dari segi moral ianya telah merosakkan imej kerajaan sendiri. Walaupun PSC tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menutup, tetapi perjuangan para anti Lynas dikira sudah berjaya apabila kerajaan sendiri meragui akan keselamatannya.
Kalau tidak ragu kenapa perlu tubuh jawatankuasa khas parlimen lagi.

Sudah lama terpampang dalam benak saya kenapa bersungguh benar kerajaan hendak bangun projek berkenaan? Apakah wang pelancar untuk projek berkenaan sudah pu diambil? Baik kerajaan menjelaskan saja yang mereka telah terperangkap pihak tertentu dengan projek berkenaan. Projek itu hanya dipertahankan oleh kontrektor dan konsultan berkepentingan saja.

Saya teringat kata Daim Zainuddin UBN tidak perlu adakan 'stok BN' atau 'stok Umno" untuk cari dana pilihan raya. Parti itu katanya ada cara dan sumber sendiri. Apakah salah satu sumbernya komisyen kepada projek nadir bumi itu? [wm.kl.6:45 pm 18/03/12]

2 comments:

  1. Salam. Terima kasih kerana tuan menulis artikel mengenai kehadiran kilang ber'BAHAYA' di muka bumi Malaya ini. Pada hemat saya, isu Lynas ini hanyalah isu politik TETAPI saya enggan mengatakan bahawa KERAjaan BN telah menjalankan tanggungjawab sewajarnya. Terdapat pro dan kontra setiap yang berlaku. Mengapa perlu PAS menyertai gerakan menentang Lynas sehinggakan berjanji menutup Lynas jika NANTI berkuasa. Kasino dan maksiat di GENTING HIGHLAND adalah lebih utama untuk dibereskan. Untuk kes Lynas dan yang seumpamanya, kita perlu punyai langkah2 PREVENTIVE yakni penubuhan jawatankuasa pemerhati berGIGI dahulu sebelum sewenang-wenangnya melakukan langkah CORRECTIVE seperti menarik lesen atau menutup operasi kilang itu. PAS harus lebih berKAEDAH dan TERTIB dalam perkara sebegini.

    ReplyDelete
  2. Salam MSO..saya rasa kali ini sy tak setuju dengan tuan mso..Kepedulian kerajaan tentang isu Lynas menunjukkan kerajaan peka terhadap isu semasa..puak pembangkang sering melaungkan tentang efisiensi serta kepedulian kerajaan terhadap isu semasa..nah,sekarang gelanggang telah dibuka.Bersikaplah profesional,bukan seperti pepatah kita; tak buat salah,buat pon salah..itulah mentaliti masyarakat kita sekarang.

    ReplyDelete