Thursday, March 29, 2012

Susupan Petang

Mahathir Yang Terus Terlupa Dan Nyanyuk

Sekonyang-konyang Mahathir Mohamad mulai sedar kesilapan demi kesilapan yang beliau lakukan sebelum ini.

Kesedaran itu beriringi dengan perjalanan usianya yang sedang menuju ke takah bongkok tujuh. Walaupun beliau tidak akan mengaku pernah melakukan kesilapan tetapi hakikatnya beliau tidak dapat lari dari itu.

Hari ini beliau meminta Umno membuka peluang untuk para profesional memimpin parti berkenaan. Katanya cawangan hendaklah memberi laluan kepada cendekiwan untuk menyertai parti itu dan seterusnya menjadi pemimpin.

Kenapa baru hari ini Mahathir merasai pentingnya golongan profesional perlu diterima untuk menjadi pemimpin parti itu. Apakah kerana hari ini parti itu sudah miskin pemimpin. Atau cendekiwan dan golongan profesional telah makin menjauhi Umno?

Dua perkara yang menyebabkan ini berlaku dan Mahathir kena akui tanpa prajudis. Nasib yang menimpa Umno hari ini ialah kerana diri beliau. Kerana perbuatan brutal beliau sendiri.

Bukankah yang menghalang para profesional menguasai Umno beliau sendiri. Yang mengajar Umno mencantas pemimpin bistari beliau sendiri. Yang mengkhianati bakal-bakal pemimpin beliau sendiri.

Siapa yang membunuh masa depan Musa Hitam dalam Umno? Siapa yang membunuh masa depan Tengku Razaleigh Hamzah dalam Umno. Dan siapakah yang mengkhianati Awnar dan membuangnya dari Umno? Bukankah Mahathir?

Tidakkah mereka ini adalah tokoh profesional dan cendekiwan? Bukan itu saja sebahagian dari pemimpin Umno telah dimusnahkan oleh Mahathir kerana mereka tidak sedia menjadi Pandir kepadanya?

Betapa Umno kehilangan barisan kepimpinan yang terlatih gara-gara Mahathir bertindak kejam membunuh ketiga-tiga mereka itu. Membunuh Musa Hitam menjadi pegawai kerajaan yang kagum dengan Musa menjadi konfius. Membunuh Tengku Razaleigh menyebabkan rangkaian ekonomi dibina TEngku Razaleigh terputus.

Membuang Anwar menyebabkan barisan kepimpinan muda yang profesional, komited dan berwawasan dan Islamik mufarakah dari Umno?

Jadi kalau Umno kasih dengan pemimpin cerdik, berprinsip, bermaruah...salahnya salah siapa? Jawabnya Mahathir lah. Mahathri pula tidak sesekali membuang pemimpin yang huduh, jelek, moral buruk kerana mereka itu akan menjadi pandir dan upih politiknya. Mahathir sengaja mengekalkan mereka yang korup, ada skandal untuk dijadikan umpan dan aset bagi menjadi pengawal dan penjujung termasuk penjilat buntutnya.

Makanya Mahathri jangan kesal kalau Umno hari ini tiada pemimpin bertaraf tokoh seperti ketiga orang itu. Mahathir jangan kesal kalau golongan profesional tidak berminat dengan Umno. Seruan Mahathir itu sudah terlewat. Beliau cuba memanggil orang-orang cerdik dan berkualiti menyertai Umno setelah bakanya dibunuh sendiri olehnya.

Seruan itu juga sudah terlewat. Disaat Umno sudah penghujung baru Mahathir bingas dan tersedar untuk membawa pemimpin parti itu.

Hari ini untuk pengetahuan Mahathir orang layak untuk jadi pemimpin Umno adalah orang-orang seperti Inchek Ibrahim Ali, Ezam Mohamad Nor, Hassan Akidah, Zul 9/10 dan sekalian orang sejenis dan sewaktu dengannya termasuk dua tiga ekor Keling dan seekor Cina. Hanya mereka ini sesuai dan layak berada dalam Umno.

Saya yakin kesedaran Mahathir dan ingin kepada golongan profesional itu tidak akan memecah liru mereka. Malahan mereka menganggap seruan Mahathir itu sebagai orang yang bercakap dalam mengigau setelah tidur saat hujan gerimis. [wm.kl.2:34 pm 29/03/12]

4 comments:

  1. cendikiawan yang diperlukan sudahpun menjadi cendawan sup dan cendawan sup itu sudahpun basi dan tak boleh lagi dihirup dimakan dan ditelan

    Mahathir membunuh mati umno asal..jadilah umno celup yang menghibernisasikan spesis bengong bodoh bangang dan gemar menjilat bontot.. mereka yang bersuara untuk kebaikan melayu dan parti telah ditendang jauh-jauh

    Najib dan Muhyidin sekurang-kurangnya minta maaf..Mahathir masih lagi nak menunjukkan kecendikiawanannya yang sebenarnya dah pun menjadi cendawan sup basi !

    ReplyDelete
  2. salam tuan mso,

    ...yang paling2 kita nak marah atau sedih atau menyayat hati ada diantara kita khususnya orang melayu@umno@bn dijangkiti penyakit nyanyuk@lupa mahathir...terus menerus menjilat bontot keling karam ni !!!

    ReplyDelete
  3. Apalah nak kita herankan dgn si Mahathir ni sbb dia sekarang telah merasakan bahawa UMNO (Baru) ciptaannya sekarang telah mengeruh nafasnya dalam keadaan nazak. Jika UMNO mamak ni berkubur, maka akan hilanglah peluang anaknya si Mukhriz untuk menjawat jawatan PM dalam parti warisan yg telah ayahnya tubuhkan dengan penuh ligat penipuan! Bubar UMNO lama yg telah diharamkan dan tubuhkan sebuah UMNO yang mirip UMNO yang telah diharamkan oleh permainan politik tolol si Mahathir. Harta peninggalan UMNO lama yg telah banyak berjasa dijadikan pusaka kepada UMNO (Baru).
    Bijak, bijak, inilah yang dikatakan kepala otak mamak. Hingga sekaarang, bila UMNO mamak ni dah bercelaru dan telah hampir kepenghujung, Mahathir cuba pula bermain putar alam shahnya dengan menyuruh mengajak para ilmuan sama memainkan peranan menegakkan kembali UMNOnya yang telah condong, hampir tumbang itu supaya nantinya anaknya akan dapat mewarisi parti yang telah diciptanya itu. Bila sudah tegak danteguh kelak, para ilmuan serta cendikiawan yang telah berjasa itu akan ditendang keluar sepertimana yang bterjadi kepada Parti PAS suatu ketika dulu.
    Wahai para ilmuan serta cendikiawan, jangan jadikan diri kita hampeh serta mudah termakan gegula untuk dibudak suruhankan sebab walaupun anda berada di dalam UMNO dengan kekananan yang begitu jitu sekalipun anda tidak akan menjamah jawatan PM kerana ianya hanya akan berkisar dalam lingkungan keluarga Tun Razak, Hussien Onn dan Mahathir sahaja.

    ReplyDelete
  4. ..teringat lg istilah melayu haprak, yg digunakan olek mamak karala nie...

    ReplyDelete