Thursday, April 26, 2012

Sebuka Mata

Dataran Merdeka Masih Sihat Sejahtra

"Najib" Dijangka Ikut Serta Duduk Dan Bantah


Keseluruhan Dataran Merdeka tempat bakal mencatat sejarah petang lusa masih sihat sejahtera. Malam tadi saya meninjau ke kawasan itu suasananya tenag-tenang saja. Lampu-lampu di bangunan Sultan Abdul Samad berkelip-kelip galak seolah-olah tidak sabar untuk menyaksikan manusia duduk dan bantah di hadapan mereka.

Seorang pelajar sedang berucapan memberi arahan.
Keseluruhan kawasan masih terbuka dan sedia menerima tetamu seperti biasa. Skrin besar yang terdapat di situ masih terpasang seperti biaqsa. Apakah keadaan ini akan berubah mulai pukul 12:00 tengah malam esok? Saya mengira mulai tengah malam esok keseluruh kawasan itu akan dipagar dengan kawat duri.

Jalan-jalan masuk ke dataran itu akan ditutupi dengan trak water cannon dengan ratusan anggota bertopi merah yang membawa kayu dan juga senapang! Mungkin anjing-anjing akan dibawa sama.

Kelihatan salah satu van DBKL.
Sekumpulan pelajar yang berkhemah kerana membantah PTPTN masih wujud dengan azam mereka akan tetap berada di situ sehingga ke petang 28 April. Mereka seolah-olah kini menjadi tuan rumah pembuka pintu kepada puluhan pemakai baju kuning dan baju hijau yang akan bertandang ke situ.

Walaupun kumpulan pelajar itu cuba dihalau  DBKL secara terhormat namun mereka tetap tidak berganjak. Keutuhan dan kegigihan pelajar ini menjadi semangat dan pemanggil kepada sekalian yang lain untuk datang beramai-ramai ke Dataran Merdeka.
Kelihatan timbunan makanan dan air yang didermakan.

Malam tadi tiada lagi khemah yang dipasang mungkin mengelakkan ia dirampas oleh pihak berkuasa DBKL. Sekurang-kurang dua kali DBKL membuat serbuah merampas khemah mereka yang dilakukan menjelang Subuh. Beberapa kaki payung telah di letakkan di atas tikar plastik dan ditempatkan peralatan perkhemahan dan juga makanan dan minuman yang didermakan orang ramai.

Malam esok khabarnya akan diadakan solat dan munajak di atas padang luas itu yang akan dipimpin oleh seorang ustaz yang tersohor dari kalangan anak muda. Apakah ustaz dimaksudkan itu ustaz Azhar Idrus?

Orang ramai mengerumuni beruk Jamil bernama "Najib".
Beberapa buah trak dan van DBKL juga kelihatan tersedia dipinggir jalan di dataran berkenaan dengan kira-kira 30 anggota yang bersiap sedia menunggu tiupan visel bos mereka. Mereka tidak menganggu apa-apa upacara ringkas yang diadakan malam tadi. Begitu juga beberapa SB yang bertugas dan merisik keadaan nampak agak malu-malu dan macam kera sumbangan berada di kawasan itu.

Ketika saya bersama Rusdhadan Mustapa sampai seorang pelajar sedang memberi penerangan dengan dihurungi sekitar 50 orang.

Manakala malam tadi juga jumlah pelawat dan penziarah turut meningkat. Rata-rata yang hadir memberi semangat kepada kumpulan pelajar berkenaan. Ada yang membawa makanan, minuman dan keperluan lain. Seorang pemimpin pelajar yang berada di situ tidak menampakkan air muka gerun atau akan berganjak bahkan semakin hampir hari himpun dan duduk Bersih dia menjadi semakin bersemangat. Saya nampak kalangan mereka gelak dan seolah mengharapkan DBKL bertindak ke atas mereka.

"InysaAllah kami akan terus bertahan disini hingga ke saat-saat akhir," ujar salah seorang darinya. Sudah 13 hari 11 malam sekumpulan pelajar berkenaan berkumpulan dan bermandikan embun di situ. Apa yang mereka lakukan adalah satu sejarah di mana belum pernah berlaku sebelum ini mana-mana puak atau individu yang tidur di Dataran Merdeka kerana memprotes sesuatu dasar dan polisi kerajaan.

Selepas pukul 11:00 malam tiada apa-apa kegiatan orang ramai yang datang ke situ sekadar duduk-duduk dan berriadah sambil mengambil angin malam. Sebahagian yang lain mengerumuni Jamil Kucing (Jamil Ismail) yang bermain-main dengan beruknya yang dikenakan baju Bersih. Beruk itu dinamakan Najib membuat beberapa persembahan dari atas motor tuannya dan ia menjadi tumpuan.

Harap-harapnya si Najib juga akan turun ke Dataran Merdeka lusa untuk sama-sama bergabung duduk dan bantah bersama si baju kuning dan hijau. [wm.kl.8:50 am 26/04/12]

No comments:

Post a Comment