Thursday, May 3, 2012

Dokumen Sejarah

Laporan Polis CheGuBard
Kronologi Beliau Dibelasah Polis

Semalam saya menerima email dari che'GuBard mengenai laporan polis yang dibuat pada 28 April. Dalam laporan itu beliau menyebut kronologi beliau dibelasah ramai-ramai oleh polis. Saya tidak mahu mengulas dan memberi pandangan mengenainya. Di bawah ini saya perturunkan keseluruhanya isi email/laporan berkenaan, baca dan nilailah sendiri.

CheGuBadr dalam bulan cerah di pentas utama.
Pada 28 April 2012, lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur ketika saya dan seorang kawan saya SANI MD SHAH melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai – gerai penjaja di kawasan hadapan Masjid India, tiba – tiba saya dikerumun oleh sekumpulan anggota polis (lebih 15 orang beruniform beruniform) terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali. 

Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”

Serentak dengan itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah hilang.

Anggota polis ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur), maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”

Sampai di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan, hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi (Pulapol).

Di Pulapol saya mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.

Saya mohon satu siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ? Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua ini dirancang oleh pihak atasan ?

Saya tegaskan walaupun dipukul  dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis. Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan,  ada beberapa peserta demonstrasi  tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul, cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.

Kononya polis bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan ‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk negara tercinta.

Jika benar penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.  Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ? Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.

Sekian

che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
[wm.kl.11:56 am 03/05/12]

No comments:

Post a Comment