Malam Gala Keadilan 2012 Meriah, Berjaya
Sesuatu merujakan majlis semalam mendapat sokongan menggalakkan dari masyarakat kaum Cina. Hampir separuh dari meja yang disediakan dipenuhi oleh orang-orang Cina.
Tetamu majlis itu Penasihat Umum PKR Anwar Ibrahim, turut hadir Presiden Dr Wan Azizan Ismail, Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah, bekas timbalan presiden Syed Husin Ali serta para pimpinan PKR.
Sementara Husam Musa turut hadir sebagai mewakili Mursyidul Am, Nik Abdul Aziz Nik Mat manakala Ahli Parlimen Kepong, Dr Tang Seng Geok pula mewakili DAP.
Majlis makan malam (gala) disifatkan Anwar sebagai paling berjaya dan melegakan Bendahari PKR. Sekaligus majlis malam tadi seolah-olah sebagai meraikan sebahagian mereka yang terlibat dalam himpunan Bersih: Duduk dan Bantah yang diadakan Sabtu lepas.
Sebagai menyatakan kegembiraan dan sokongan kepada PKR, berbagai hadiah atau cenderamata diberikan kepada Anwar Ibrahim ini termasuklah derma dari sebuah syarikat pengeluar minyak, Jeslin Oil minyak mujarab serba guna dan dapat menyembuhkan berbagai penyakit kronik.
Apa yang dapat disaksikan malam tadi ternyata gaya kepimpinan dan idealisme Anwar diterima dan disenangi. Sambutan dan penghormatan yang diberikan kepadanya seolah-olah beliau sudah menang dalam pilihan raya dan bakal dinobat sebagai perdana menteri.
Orang ramai yang tidak lekang megelilinginya untuk bergambar dengan beliau dan isterinya menunjukkan Anwar benar-benar berada di hati rakyat.
Dalam ucapan rengkasnya Anwar mengambil peluang untuk mengulas tohmohan Najib Razak yang menyifatkan usaha para himpunan Bersih 3.0 untuk memasuki ke Dataran Merdeka sebagai usaha untuk merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan secara kudeta.
Anwar menempelak Najib tuduhan itu sebagai gambaran keadaan Najib hari ini yang dalam ketakutan dengan bayang-bayang sendiri. "Tujuan kita buat Bersih ialah untuk memastikan pilihan raya bersih... ini bermakna kita akan berlawan dengan Umno menerusi pilihan raya dan bukan dengan cara ditohmahkan Najib itu," katanya.
Mengenai Bersih beliau sekali lagi mengulangi bahawa apa yang berlaku Sabtu lalu, tindakan polis membelasah peserta himpunan Bersih adalah tindakan seumpama itu yang paling rakus dan Malaysia kini berada di senarai teratas di Asia sebagai sebuah negara di mana polis bersikap kejam.
"Saya tidak marahkan kepada polis, tetapi yang kita marah ialah Umno yang memperguna dan memperalatkan polis bagi menjaga kekuasaanya," tegasnya.
Sebagai acara selingan sebuah drama sebabak di pentaskan sebagai halwa mata dan telinga hadiran. Drama yang dimainkan oleh anak-anak teater Hishamuddin Rais itu berunsur jenaka tetapi penuh sinikal mengkritik Najib, isterinya Rosmah dan beberapa ahli politik lompat katak.
Bagi saya drama malam tadi yang tidak diketahui tajuknya kurang manis sedikit kerana ia penuh dengan kritrikan, sidiran dan mempersendakan Najib agak keterlaluan. [wm.kl.8:33 am 05/05/12]
Anwar sedang menyampaikan ucapan. |
Shamsul Baharin dan Rushdan bersalaman dengan Azmin. |
Di tengah Khalid Ibrahim MB Selangor. |
Anwar bersalaman dengan sekteriat Malam Gala. |
Anwar menerima sebuah lukisan yang dihadiahkan untuknya. |
Anggota Exco Selangor Yaakob Sapari. |
Husam, Saifuddin dan Anwar... serius mendengar sesutau diperkatakan Husam. |
Dr Tan Seng Geok dan pengarah Mala Gala. |
Persembahan drama sebabak yang cukup sinikal. |
Syed Husin Ali turut sama hadir. |
Anwar menerima kalungan bunga dari bekas pemimpin MIC N9. |
Wakil Jeslin Oil menyampaikan derma untuk PKR. |
Seusai majlis orang ramai berebut mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Anwar dan Dr Wan Azizah. |
Nak katakan sindiran drama itu keterlaluan atau tidak sekurang kurangnya pihak pakatan tidak beradu muscle macam yg dibuat umno dan polis
ReplyDeleteHishamudin Rais pernah kata dia tidak peduli sangat tentang penyelewngan dan rasuah umno..umno rampas tanah atau curi tanah... apa yg penting perubahan mesti dilakukan supaya generasi kini dan mendatang tidak lagi terus diperbodohkan umno
mengejar politik bermakna mengharapkan suatu yg logikal.. bergantung pada prinsip kita boleh mencorakkan jatidiri dan harapan yg kita mahu
Najib kini bagai cacing kepanasan... Maju PR maju....
ReplyDelete