Marah sangat
timbalan pesuruhjaya Pas Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dengan kajian dibuat Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL) Universiti Malaya
yang memberi perangkaan menunjukkan Perak akan terus menjadi milik BN dalam pilihan raya ke-13 akan datang.
Sebagai
pemimpin dan bekas MB, beliau tidak sepatutnya memberi sikap negatif dan emostif terhadap kajian itu kandati ia tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat. Nizar harus menerima dengan penuh terbuka dengan sikap diplomasi politik yang tinggi.
Carta kajian UMCEDEL menunjukkan BN kuasai Perak. |
"Saya tidak hirau apa yang dibuat oleh UM, sebab kajian yang kita buat
sendiri memihak kepada Pakatan Rakyat, kajian UM ini bagi saya adalah tidak
berpijak di bumi yang nyata," demikian katan Nizar seperti mana dilapor Harakahdialy, merendahkan kajian ilmiah dari sebuah universiti.
Dalam kajian yang dikeluarkan beberapa hari lepas, sokongan terhadap BN dan PR di Perak muasir ini berdasarkan kaum, Umcedel memberi perangkaan orang Melayu yang menyokong BN sebanyak 36% berbanding PR sebanyak 30%, orang Cina 35% sokong BN, PR sebanyak 30%. Manakala sokongan India pula kepada BN jauh lebih tinggi berbanding sokongan Melayu dan Cina itu sebanyak 67% berbanding sokongan kepada Pakatan Rakyat hanya 5%. Dengan angka itu menunjukkan Pakatan Rakyat akan gagal merampas kerajaannya yang dicuri itu.
Seharusnya Nizar tidak cemas dengan kajian UMCEDEL itu apa lagi kajian dibuat sendiri Pakatan Rakyat, Perak akan menjadi milik Pakatan. Keputusan menunjukkan BN mengatasi Pakatan Rakyat itu adalah kajian berdasarkan persepsi rakyat (responden) seramai 2,282 orang saja dari lebih 2 juta pengundi di Perak.
Kajian itu juga membatasi beberapa perkara yang ditinjau dari pemikiran responden dan bukan semua perkara turut ditanya. Ada kemungkinan subjek-subjek lain yang jelas berpihak kepada Pakatan Rakyat secara persepsi juga tidak ditanya atas tujuan tertentu (mungkin) dan pengkajian sengaja melontar persoalan-persoalan yang kritikal mengenai Pakatan Rakyat.
Kalau itulah kebenarannya, maka Nizar dan Pakatan Rakyat harus merasa bangga kerana perselisihan untuk BN menguasai Perak dalam kajian itu tidak banyak tidak sampai 5%. Begitu juga Nizar harus sedar bahawsa masih terdapat 34% Melayu yang belum pasti, 35% Cina yang belum pasti dan 28% India yang belum pasti.
Sekiranya yang belum pasti itu semunya berpihak kepada Pakatan Rakyat angka yang dikeluarkan oleh kajian itu mesti berubah dan ia tentu menyeronokkan Nizar?
Satu perkara boleh dipertikaikan keabsahan kajian itu ianya dibuat sebelum himpunan Bersih 28 April lalu. Jika kajian itu dibuat selepas Bersih mungkin juga persepsi responden akan berubah dan hasilnya juga berganjak.

Dengan terus menolak akan kerasionalan kajian itu dan menganggapnya sebagai tidak berpijak dibumi nyata adalah sikap dan pendirian yang salah dan agak sombong enggan menerima teguran dan pandangan penmgkajian luar yang boleh merugikan diri sendiri.
Dalam soal ini saya yakin kepada kredibiliti UMCEDEL dalam membuat kajian ia berlaku jujur dan tidak cuba mempengaruhi pengundi dengan hasil kajian mereka. Tentunya UMCEDEL menjaga keutuhan universiti berkenaan kerna ia diperhatin oleh umum.

Saya tidak hairan dengan sikap Nizar Jamaluddin yang pesimis dengan kajian itu. Bagi saya Nizar bukan seorang ahli politik yang matang meskipun dia seorang profesional sebagai akitek yang sudah masak dan mahir.
Sebelum ini pun ada beberapa tindakan politik dan kenyataan politiknya yang tidak memberi suasana kondusif kepada Pakatan Rakyat. Mislanya pendedahan beliau kononnya ada pakatan di kalangan pegawai tinggi tentera untuk mengambil alih kuasa sekiranya Pakatan Rakyat menang dianggap sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan partinya dengan institusi dan indvidu tertentu dan juga Tentera Diraja Malaysia.
Sungguhpun apa yang didedahkan itu benar ia tidak seharusnya berbuat demikian kalau dilihat dari sudut beliau orang Melayu dan juga pemimpin sebuah parti politik yang sedang cuba untuk berkuasa. Natijah dari tindakan itu beliau kini disiasat oleh polis dan ada kemungkinan boleh dikenakan tindakan dibawah akta hasutan.
Semoga Nizar dapat menenangkan fikiran dan tidak begitu obses untuk kembali menjadi MB Perak sebelum beliau memperkuatkan pertahanan mental dan fizikal. [wm.kl.10:17 am 11/05/12]

Salam Pak,
ReplyDeleteSedih bila pemimpin PAS xboleh terima keputusan yang xselari dengan apa yang diingini. Anggaplah tu semua cabaran bagi segala kejayaan mendatang kelak.
Saya terfikir satu perkara, banyak ceramah PR dipenuhi dengan penyokong2 PR, tapi adakah kita terfikir itu semua penyokong PR.
Ambik contoh BERSIH 3.0, banyak saksi n bukti mengatakan ada wujud "pengacau" yang nak merosakkan BERSIH tu sendiri.
Saya takut PR terlalu yakin dengan jumlah penyokong, tapi kalah dengan jumlah undi. Diakui daftar undi kita xberapa bersih, tapi sekurang2nya pihak PR akan berusaha untuk membuat yang lebih baik.
Kepada pemimpin PR terutama PAS, tolong terima segala kritikan, teguran atau segala analisa dengan FIKIRAN TERBUKA. Kalau kajian tu nampak berat sebelah, ambik yang positif. Xsalahkan kalau kita beralah, bukan mengaku kalah..
Sesiapa sahaja boleh membuat analisis untuk 1001 tujuan
ReplyDeletesekiranya rakyat perak berani membuat perubahan pada 2008 tak mustahil ia mampu dilakukan sekali lagi oleh rakyat perak
sesiapa pun tak akan lupa akan kebiadapan ubn perak semasa rampasan kuasa 2009 yg menjadi titik hitam dalam sejarah. Biarlah seribu kebaikan cuba dibuat umno tapi ia tetap nampak kotor dan munafik
ada byk lagi kajian dan pandangan yg rasanya lebih baik dari kajian UMCEDEL yg boleh dirujuk
Nizar pernah kata bahawa pertolongan Allah semakin dekat jadi mungkin beliau patut bersabar biarlah akhirnya rakyat perak mentukan pilihan mereka
Saya sebagai pendokong Parti PAS hard core yang telahpun berdampingan dgn parti itu sejak saya berusia 15 tahun lagi dans sekarang telah pun berumur 61 tahun berharap janganlah ada seorang pun pemimpin kanan parti yang senang melatah dengan apa yang telah dibentangkan oleh orang lain. Bagi saya yang telah masak dengan asam garam permainan UMNO sejak dari pembunuhan Ustaz Samad Gol didepan bangunan PAS Kota Bahru dulu hingga sekarang amat payah untuk disusupi anasir anasir jahat seperti itu. Saya juga pernah terlibat secara langsung dengan peristiwa hitam 13 Mei 1969 semasa bertugas dalam ATM dan saya tahu siapakah yang empunya angkara hingga menyebabkan ianya berlaku.
ReplyDeleteDari itu saya mohon, marilah kita bersama ambil jalan sederhana dengan tidak melayan apa juga anasir berudang disebalik batu yang kesekian kalinya telah dicipta oleh UMNO KEPARAT itu. Tujuan mereka hanya satu, supaya kita semua berpecah belah dan menghuru harakan negara Malaysia seperti peristiwa 13 Mei 1969. Bila negara telah huru hara, senanglah mereka akan serahkan pemerintahan kepada MAGERAN untuk jangkamsa 2 atau 3 tahun, kemudian ambil kembali dengan meneruskan pemerintahan tanpa sebarang PRU. Bijak bukan?