Monday, June 18, 2012

Rencana Khas


Duhai Ahli Politik Bersikap Profesionallah
Jangan Politikkan Ibadah Haji

Rukun Islam ke lima (Ibadat Haji) tidak sepatutnya dipolitikkan ataupun dikaitkan dengan siasah duniawi. Semua pihak sepatutnya teduh otak dalam hal ini. Soal hubungan atau konteks langsung dengan Allah tidak perlu dipermainkan untuk kepentingan duniawi. Haji adalah ibadat spritual berbeza dengan politik ibadat lisan lahiriah yang diberi pilihan.

Mengerjakan Haji wajib bagi mereka yang mampu.
Berilah kebebasan kepada umat Islam yang cukup syarat untuk menuanikan Haji, melengsaikan urusan peribadi mereka dengan Tuhannya. Biarlah mereka melaksanakan fardu ain itu dengan sempurna. Jangan cuba menghalang atau pun memberi fahaman-fahaman yang silap kepada mereka kerana semata-mata soal duniawi.

Mengaitkan haji dengan pilihan raya bagi saya tidak bagus, malah tidak kena sama sekali yang juga boleh dianggap sebagai khurafat. Pisahkan antara pilihan raya dengan haji. Yang perlu difahami sekiranya pilihan raya diadakan saat musim haji ia tidak menjejaskan dari segi rukun pilihan raya itu sendiri. Demokrasi tidak tercemar dengan musim haji sebaliknya haji akan tercemar dengan tindak tanduk politik bernafsu.

Alasan Rasulullah pernah menangguhkan untuk mengerjakan haji tidak relevan dan tepat dengan apa yang mungkin akan berlaku di Malaysia. Apakah Rasulullah ada membuat penangguhan kerana urusan dunia yang gomba? Mengambil bahagian dalam pilihan raya sebagai pengundi kepada saya sesuatu yang gomba?

Begitu juga bagi mereka yang bercadang hendak ke Makkah ketika parlimen dibubarkan ia tidak akan mencacatkan haji dan pilihan raya. Sama sekali Haji yang diperintahkan mutlak menerusi al-Quran itu tidak akan cacat kerana sesebuah negara atau negeri itu mengadakan pemilihan pemimpin. Apa lagi pemimpin yang hendak dipilih itu bukan menerusi syura yang dianjurkan Nabi tetapi menerusi sistem Jahiliah dan sekular, demokrasi.

Pemilihan pemimpin (demokrasi) yang kita hendak laksanakan bukan memilih pemimpin mutlak akan menentukan pemerintahan negara mengenai hukum hakamnya atau pemimpin yang akan meletakkan al-Quran dan al-Hadithdi atas. Pemimpin yang hendak diangkat hanya pemimpin dunia semata-mata untuk mentadbir dunia negara bukan membawa kepada akhirat negara.

Makanya yang berhajat ke Makkah terus pergi. Jangan peduli kepada pilihan raya serta arahan-arahan parti yang bukan wajib. Mati atas niat hendak menunaikan haji mendapat pahala dan kalau sudah tertunai ia mendapat pahala berlipat. Yang peri mustahak tanggungjawab sebagai muslim sepanjang hayat sudah terlaksana. Sementara mati semasa menanti kapan pilihan raya hendak diadakan, tidak mendapat apa-apa pahala. Dan kalau pun kita sudah berjaya melaksanakan pengundi belum tentu hidup kita sempurna.

Yang juga kena difahami pemilihan yang hendak dilaksanakan adalah di antara indivdu atau kumpulan politik yang sama nilai dan darjahnya. Sama-sama menceduk keadah, strategi dan tektik politik ajaran Machiavelli.Sama-sama berkabut dan kelabu.

Lagipun sistem pemilihan menerusi demokrasi ini bukan mutlak. Umum sudah tahu bagaimana cmar dan kotornya pilihan raya itu. Kenapa diadakan Bersih 1, 2 dan 3 dan mungkin 4 dan disokong parti poolitik. Sebab apa, sebab perjalanan pilihan raya kini kotor tidak adil diadukan dengan pelbagai unsur penipuan dan penyelewengan yang nyata. Jadi untuk apa kita menyokong atau terlibat dengan sistem yang tidak adil.

Saya menganologikan begini mengenai sistem pemilihan pemimpin negara ini menerusi pilihan raya; ia umpama kita mengharap sesuatu yang bersih dari sistem atau saluran kotor. Pengharapan itu salah. Kita tidak boleh mengharap air bersih dari saluran pipa yang kotor. Pilihan raya kita kotor macam mana ia akan menjelamkan natijah yang bersih?

Apa yang tidak berlaku dalam sistem demokrasi kita. Penipuan, kekasaran, aktiviti strategi dan muslihat yang terkeluar dari syariat Islam pun dilaku dan diguna pakai sama. Justeru itu semua menyebabkan tidak mungkin kita akan mendapat result atau slution yang baik dari kaedah itu.

Saya juga pernah mengatakan macam mana kita boleh mengharapkan anak ayam dari telor itik yang diramkan oleh ibu ayam?

Jadi pertingkaian atau desakan supaya pilihan raya diadakan diluar musim haji tidak terbabit. Begitu juga desakan supaya Najib bertanggungjab ke atas kegagalan rakyat Malaysia yang menunaikan haji untuk mengundi juga tidak munasbaah. Tidak perlu Najib bertanggungjawab kerana Najib sendiri dan orang yang suruh bertanggungjawab itu sendiri duduk dalam sistem yang kotor dan bercepuah.

Jadi persoalan apalkah jemaah hari perlu meneruskan hajat sekiranya parlimen dibubarkan saat mereka di Makkah tidak usah dipertikaikan. Jangan mana-mana pihak cuba untuk membuat tafsiran baru yang haji itu lebih dari tuntutan lain. Mudahnya, pemilihan pemimpin itu tidak tersenarai dalam rukun Islam yang lima.
Memang pemilihan pemimpin itu kewajiban dan satu amanah. Tetapi dalam konteks negara Malaysia ini kepentingan atau pun tanggungjawab itu tidak sampai ke tahap itu. Faham lah sendiri.

Kesimpulannya baik dipihak UBN atau pembangkang tidak perlu mengambil kira soal haji ini. Najib kalau dia menasihat Agong bubarkan Parlimen saat kira-kira 30 ribu rakyat Malaysia berada di Makkah ternyata dia mengkhianati harapan rakyat. Temnpoh pilihan raya akan tamat pada Mac atau April tahun depan. Jadi masa masih ada untuk mengelakkan pertembungan itu.

Jelas kalau Najib adakan juga pilihan raya pada September atau Oktober ini maka Najib telah cuba menghalang rakyat Malaysia yang sedang berada di Makkah. Apa pun seperti dikatakan tadi haji lebih 'aula' daripada pilihan raya dan para calon haji jangan tergugat dan merasa terganggu dengan pilihan raya. Mereka berada di Makkah di masjid Haram dan masjid Nabi, di situ disifatkan rumah Allah dan Nabi, nah kalau pun tidak dapat mengundi berdoa dan adulah kepada Allah agar memberi kebaikan dan keselamatan kepada negara dan kalau tak malu berdoalah agar Tuhan memberi kemenangan kepada parti masing-masing.

Isu haji dan pilihan raya hendaklah dihentikan, jadilah kita ahli politik yang profesional dan tidak mudah dikejar bayangan di sangkakan hantu. [wm.kl.12:45 t/hari 17/06/17]

No comments:

Post a Comment