Saturday, June 23, 2012

Susupan Pagi

Desakan Pemuda MIC, Salahuddin Tidak Perlu Layan

Salahuddin Ayub tidak perlu melayan ancaman dan tindakan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan T Mohan yang mahu beliau minta maaf kepada masyarakat India dalam masa 24 jam ekoran beliau memberi contoh perarakan Thaipusam sebagai demostrasi jalanan semasa debat dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Saifuddin Abdullah minggu lepas. Tindakan Mohan itu tidak berasas maka Naib Presiden Pas itu tidak perlu melayannya kerana membuang masa.

Tindakan ketua Pemuda MIC itu bolehlah dianggap tidak masuk book langsung dan kalau beliau tidak ada kerja elok cari botol kosong untuk dijual bagi menambahkan tabung pilihan raya MIC.


Salahuddin Ayub
Bagi saya tindakan itu tidak matang dan menggambarkan seorang ahli politik dari warga Malaysia yang seharusnya faham bahasa Melayu tetapi sayang ianya tidak sampai ke tahap itu. Sudah lebih 50 tahu negara merdeka dan MIC berkongsi kuasa dengan Umno tetapi masih ada anggota komponen itu yang tidak mengerti bahasa Melayu dan mabuk dengan istilah.

Nampaknya perpaduan menerusi bahasa Melayu yang diharapkan sukar dicapai kalau seorang pimpinan pemuda seperti Mohan pun tidak faham bahasa Melayu dan mantik politik.

Apakah T Mohan faham yang dimaksudkan Salahuddin itu? Kalau tidak berapa faham cubalah cari cikgu bahasa Melayu dan memahaminya. Saya tunjukkan Mohan pergilah berjumpa dengan Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan atau pun penerbit buku dan pakar pemikir kreatif Ainon Mohd. Tanya dan belajar dari mereka. Tanya apakah yang dimaksudkan Salahuddin sebagai menghasut dan menghina penganut hindu atau apa?

Budak Melayu di sekolah Tadika Umno pun faham apa dimaksdkan Salahuddin itu bila beliau merujuk perayaan Thaipusam sebagai satu demonstrasi. Yang dimaksudkan Salahuddin perarakan Thaipusam itu ialah demostrasi jalanan yang aman, teratur dan lancar. Apa yang hendak ditegaskan bahawa demostrasi di negara ini boleh mencapai kelas satu, dalam keadaan aman, tanpa menggangu orang lain sekiranya ia tidak diganggu dan ada pihak yang menjadi provokator.

Salahuddin menyebut perarakan itu sebagai contohnya antara perarakan di jalan yang berlaku di negara ini. Dalam pernyataan ini tidak ada sepatah ayat dan perkataan pun menggambarkan Salahuddin menghina acara keagamaan hindu itu? 

Itu yang dimaksudkan. Salahuddin tidak mrengaitkan demostrasi itu ia sebagai perayaan keagamaan. Lagi pun perarakan Thaipusam itu kalau hendak dihalang boleh sebab ia bukan termasuk dalam unsur agama hindu, yang termasuk dalam elemen agama ialah perayaan itu sendiri; niat membayar nazar, menyocok jarum di lidah, telinga dan mana-mana anggota badan, itu adalah rukun perayaan itu bukan perarakan. Tanpa perarakan memanjang di jalan itu perayaan itu tetap sah.

Jadi Salahuddin tidak perlu mengikut telunjuk dan desakan pemuda MIC itu yang gagal menangkap anologi yang dibuatnya. Makanya di sini tidak berbangkit untuk Salahuddin meminta maaf kepada masyarakat India kerana beliau tidak menyatakan seperti difahami oleh Mohan yang mungkin diajar oleh presiden sebuah Ngo perkasam. Sebaliknya atas ketidakfahaman itu Mohan kena mohon maaf kepada Salahuddin.

Apa yang dilakukan Mohan itu adalah mencari modal untuk menimbulkan kemarahan masyarakat India kepada Naib Presiden Pas itu. Mungkin Mohan dan MIC tahu yang masyarakat India hari ini lebih yakin dan percaya kepada Pas dan pemimpin Pas daripada pemimpin MIC dan Umno. Kekalahan calon-calon MIC dalam pilihan raya lalu termasuk bekas presidennya Samy Velly menjelaskan MIC hari ini sudah diludahi oleh orang India.

Jadi perkara yang tidak berasas itu cuba diketengahkan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat India. Saya ingin nasihatkan pemuda MIC itu kalau pun beriya untuk mempertahankan abang tiri mereka yang curang (Umno) dari kehilangan kuasa carilah modal yang logik dan tersaul dek akal. Jangan mereka-reka modal atau terikut dengan perangai bangsa 'tungging punggung' atau pun 'bangsa yang pijak kepala lembu' atau 'bangsa yang menghadiahkan cangkul, siku dan kereta sorong buruk' untuk bia lebuh raya. Harpak sangat bangsa-bangsa itu tidak wajar dijadikan suri teladan. [wm.kl.9:19 am 23/06/12]

3 comments:

  1. assalam, mso

    sejak saya jumpa blog ni, sya tlah bookmark blog ni.

    terimakasih mso atas penulisan berkualiti dan membina.

    disini saya nak bagi sedikit cadangan yang telah lama saya simpan...hehhehe

    saya jumpa blog mso ni daripada link diblog lain,(maaf, orang baru minat politik)
    pada pendapat saya kebanyakan visitor blog ni kebanyakan visitor tetap dan
    saya rasa amat kurang visitor baru daripada search enjin seperti google dan yahoo.

    ini kerana mso mengunakan tajuk pendek(cth susupan pagi),tidak berkaitan dengan isi kandungan,
    dan tajuk sebenar telah menjadi kandungan(cth :Desakan Pemuda MIC, Salahuddin Tidak Perlu Layan)

    blog mso ni PR3, jadi setiap post blog ni akan mudah menduduki page pertama jika
    visitor menaip keyword yang hampir dengan tajuk post blog

    jadi cadangan saya cuba gabungkan tajuk tu menjadi satu baris

    cth:

    Susupan Pagi-Desakan Pemuda MIC, Salahuddin Tidak Perlu Layan

    Jadi Url post ini akan jadi

    http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/susupan-pagi-Desakan-Pemuda-MIC-Salahuddin-Tidak-Perlu-Layan.html

    (baik untuk search engine)

    Bukan seperti dibawah (tampa keyword) dan Keyword susupan pagi telah banyak digunakan pada blog ni

    http://msomelayu.blogspot.com/2012/06/susupan-pagi.html

    saya cek page blog mso

    susupan pagi 43
    susupan petang 44
    susupan malam 41

    kesemua Url tu hanya berbeza pada tarikh dengan tajuk yg sama

    Ps: hanya sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih satu cadangan yang baik bagi mempertingkatkan jumlah visitor blog ini. InsyaAllah akan saya cuba merubahnya dalam masa terdekat.

    Nampaknya saya akan ubah identiti blog saya di mana saya menggunakan sub head sebagai kolom. Memang kalau ikut stail blog ia tidak memerlukan sub head diletakkan dalam box title. Terima kasih banyak saya amat menghargainya. wassalam.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    saya setuju dengan cadangan Md. Ini kerana tajuk2 sebegitu lebih catchy..

    Walaupun saya follow blog ini, kadang2 sahaja saya baca artikel kecuali sekiranya saya memang mempunyai masa untuk menghayati satu persatu.

    Tetapi bila ada tajuk yang catchy, saya akan segera membaca.

    My 2 cents.

    ReplyDelete