Tuesday, July 3, 2012

Jenayah Di AKSB: Jangan Disembunyikan Sampah Busuk Di Bawah Karpet

Selepas Subuh


Kes pencerobohan pejabat seorang pengurus syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) minggu lalu tidak boleh disepikan begitu saja. Pihak bertanggungjawab terhadap syarikat itu perlu membuat penjelasan. Menyelesaikan isu dengan menyepakkan ke bawah karpet bukan cara sepatutnya. Apa-apa isu atau kes yang menimbulkan kemusykilan rakyat perlu dijelaskan dengan sejelas-jelasnya.

Bukan bererti kerana kejadian itu tiada dalam pengetahuan umum bermakna ia boleh disenyap sunyikan begitu sahaja. Kalau kejadian itu buruk lama kelamaan bau busuknya akan merebak ke luar juga akhirnya dan menyumbat lubang hidung rakyat. Amalan menyepakkan sampah busuk bawah karpet bukan amalan yang baik.

Jalan terbaik kes atau kejadian itu kena diperjelaskan untuk pengetahuan umum dengan telus dan terbuka.

Apa yang saya catatkan beberapa hari lalu dari Kota Bharu, pejabat pengurus bahagian odit diceroboh sebenarnya bukan mimpi. Ia bukan cubaan, tetapi ia benar-benar berlaku. Malahan kejadian menceroboh itu disaksi sendiri oleh pengurus berkenaan yang  bergegas ke pejabatnya bila diberitahu ada sesuatu yang pelik berlaku di biliknya. Dan pengurus itu juga melihat sendiri empat orang yang terdiri dari kaki tangan AKSB yang sedang mengelidah bilik berkenaan. Bahkan pengurus itu sangat kenal dengan keempat-empat orang penjenayah itu?

Paling merujakan lagi katanya pengurus itu sempat merakam gambar biliknya yang bersepah dan juga pegawai yang diberkas di dalam biliknya.Rakaman itu katanya macamlah telivesyen PB buntut merakam mat rempit atau pun GRO yang melarikan diri dalam lubang sempit ketika disebut polis?

Kejadian ini serius dan perlu diteliti apakah motifnya. Ia boleh merosakkan integriti syarikat Air Kelantan. Jarang berlaku kejadian menceroboh pejabat sendiri. Dan paling memelikkan lagi kononnya pencerobohan itu di atas arahan orang besar syarikat itu sendiri.  Tindakan ini terdedah apabila orang besar di AKSB membuat report dan meminta report polis oleh pengurus yang biliknya itu di 'lembel' di tarik balik?

Kononnya report pengurus berkenaan tersalah dan tersilap. Tersilap tekniklah katakan. Apa yang tersalah dan tersilapnya. Apakah sebelum membuat report polis pengurus berkenaan tidak terlebih merujuk kepada bosnya, orang besar AKSB? Kalau ikut prosuder biasa apa-apa yang berlaku di dalam pejabat sebelum dibawa ke pengetahuan polis perlulah dilaporkan dulu kepada ketua di pejabat itu.

Seperti yang saya bimbangi sebelum wujud berbagai persepsi buruk terhadap kejadian ini yang boleh merosakkan intergriti AKSB dan juga pentadbiran kerajaan Kelantan, baik pihak berwajib tampil menjelaskan kronologi kejadian. Satu laporan terperinci mengenai kejadian itu berlaku juga hendaklah dibuat. Laporan itu perlu dibentangkan kepada pihak pengurusan tertinggi termasuk MB sebagai Pengerusi dan Ahmad Yaacob sebagai timbalannya. Mereka berdua ini perlu diberikan penjelasan yang tuntas.

Untuk tujuan ini mungkin sebuah jawatankuasa penyiasatan khas perlu dibentuk. Anggota jawatankuasa khas ini biarlah terdiri daripada mereka yang berwibawa dan tidak ada kepentingan dalam AKSB. Misalnya wakil rakyat yang mempunyai kepentingan dan menggunakan AKSB untuk kepentingan diri tidak boleh menganggotai jawatankuasa ini. Saya mendapat tahu ada beberapa orang wakil rakyat dikatakan ada kepentingan dengan AKSB kerana itu ada usaha melindungi sesuatu yang berlaku di syarikat berkenaan. Sejauh mana kebenarannya ia sedang disiasat.

Jawatankuasa ini perlu ditubuh segera sekiranya bos AKSB tidak berani untuk membuat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di AKSB. Sudah tentu pihak pihak lembaga atau badan tertinggi mengenai AKSB termasuk badan pengurusan di mana salah seorangnya Exco berada di situ juga perlu mengetahuinya dan perlu menjelaskan kepada umum. Sesuatu jenayah yang berlaku dalam mana-mana syarikat (GLC) milik kerajaan terutamanya tidak boleh dibiarkan begitu saja.

Megenai kejadian itu jangan hendaklah ada apa-apa pembohongan di dalam laporan itu nanti. Buatlah secara telus, adil dan saksama. Laporan itu mesti berasaskan kepada keutamaan AKSB bukan soal-soal lain misalnya masalah kroni dan sebagainya. Sebaba apa yang saya diberi tahu ada juga masalah kroni berlaku di AKSB di mana ada kakitangan yang diambil tidak mengikut prosuder biasa tetapi diambil kerana dia anak-anak orang tertentu.

Saya dan orang ramai menanti apa cerita dan sandiwara yang berlaku dalam AKSB terutama kejadian menceroboh bilik rakan sendiri itu. Penjelasan segera kerana lamat membuat penjelasan ia boleh menyebabkan 'aliran air paip di Kelantan menjadi 'anju' dan ini menyusahkan rakyat. Rasanya rakyat Kelantan juga sedang menunggu penjelasan sebenar dan jelas mengenai kejadian berkenaan. Bersambung. [wm.kl.7:03 am 02/07/12]

No comments:

Post a Comment