Monday, August 6, 2012

Masjid Al Aqsa Yang Dikawal Dan Terbiar

CATATAN MUSAFIR UMRAH (5)

Sebelum ini saya telah mengisah dan menghimbau minda anda seserba ringkas mengenai Qubbat As Shakarah yang saya sifatkan ianya laksana mentari jiwa kepada Baitulmaqdis. InsyaAllah bumi suci Baitumaqdis, berkat harap dan doa kita semua akan hidup dan berdenyut penuh seri selagi qubbat emas itu wujud. Melainkan qubbat itu sudah runtuh dan hancur maka akan hancur dan runtuh jugalah tanah suci penuh berakat itu. Tanah suci yang menyimpan banyak jasad para ambia.

Bahkan jika Dome of the rock menyembam ke bumi maka seluruh umat Islam yang bermukim di pelusuk dunia ini akan bersedih dan menanggung malu yang besar. Laksana mentari apabila bola alam itu hancur maka dunia akan ditimpa kegelapan yang bergulung-gulung. Gelapnya bukan di Barat atau Timur tengah tetapi sampai di seluruh penjuru maya sampai ke Altartika.

Kubah Al Aqsa akan bersinar tatakala mentari hendak berundur.
Seperti saya katakan, hak ke atas Al Haram Al Syariff yang melindungi masjid al Aqsa, Dome of the Rock dan beberapa kesan dan artifek sejarah lain adalah milik semua, bukan saja  umat Islam. Seluruh umat yang merindu keadilan dan kesaksamaan merasakan 'laman syurga' itu adalah hak mereka jua. Manusia yang merindui dan mendambakan kesejahteraan akan mencintainya kerana ia adalah simbol kedamaian segat dan persefahaman antara ad-deen.

Pemandangan di bahagian dalam, keindahan yang suram.
Pada zaman-zaman kegemilangannya di bawah pemerintahan Islam, terkhusus di zaman Ummar al Khattab menjadi kahlifah dan juga zaman kepahlawanan Salahuddin al Ayubi ia menzahirkan harapan itu. Di kala itu kehidupan beragama di situ persis di dalam sebuah syurga. Manusia boleh dikatakan tumpul amarah, hasil tarbiah dan praktikal ditunjukkan oleh pemimpin Islam itu. Di kala itu tidak ada dengki dan kebencian sesama hamba Tuhan jauh sekali pertumpahan darah, semua manusia terpanggil dengan seruan Tuhan yang dibawa oleh agama masing-masing; Islam, Yahudi dan Kristian.


Juteru ia adalah hak dan tanggungjawab memelihara dan memuliakannya bukan saja oleh umat Islam di Palestin atau kaum yang merasai sejarah itu ada sangkut paut dengan mereka kerana datuk nenek mereka terlibat dengan pembangunan kompleks ad-deen di situ tetapi seluruh umat juga. Pengamal agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi juga harus menjaganya.

Kosnep dan fungsinya sama dengan masjid Haram dai Makkah dan masjid Nabawi di Madinah. Kedua masjid itu bukan mutlak hak orang Arab tetapi milik orang yang yakin dan beriman dengan Allah. Allah tidak pernah berfirman segala bukti-bukti kekuasaa-Nya (dengan apa yang ada di Al Haram As Syarif) hanya untuk sesuatu kaum saja atau special untuk kaum Arab.

Buktinya Islam diturunkan bukan untuk orang Arab saja. Orang ajam juga berhak ke atasnya. Islam itu merupakan payung rahmatan li alamanin. Lihat dan hayatilah seru-seru Tuhan kita dalam Quran mengeni tanggungjawab itu. Hanya berkebetulan Muhammad pembawa risalat Islam itu lahir dan berkturunan Arab. Nah begitu juga dengan ketiga-tiga masjid itu ia berkebtulan saja berada di bumi dua negara itu. Sebenanrya ia juga hak kita semua.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sama menjaga dan memuliakannya. Maka apabila kita mengetahui akan sejarah hitam menimpa masjid yang menjadi arah kiblat pertama Islam itu, kita perlu merasa sedih dan terhina kemudian bangkit membela dan mempertahankannya. Lantaran itu sesiapa yang memandang dan melihat masjid itu dalam keadaan hari ini sambil mengenang sejarahnya.. akan menangis dan menangis dan menangis. Mereka yang berjiwa kering dan ada dijangkiti isme Zionisme saja tidak akan merasa apa-apa tatkala melihat masjid itu seperti memandang pelepah kurma kering saja.

Bahagian bawah masjid dikatakan kawasan asal.
Saya sendiri sedih dan sebak begitu rupa apabila melihat kepada masjid berkenaan. Ternampak kubahnya yang agak hitam dan kusam berbanding dengan Qubbat As Sahkarah bersinar keemasan... terasa semacam ia tidak terbela. Bangunannya yang dibina dari batu yang kelihatan usang dan klasik menyebabkan hati menjadi tambah sayu. Masjid itu seakan sedang dimamahi keburukan dan keusangan, kesrinaan seri gemilang agungnya. - Maaf al Aqsaku aku terpaksa menulis yang benar.
Tempat pertama RAsulullah mendirikan solat setiba di Baitumaqdis.

Bumbungnya yang disaluti timah hitam nampak kusam menjadikan kita bertambah sayu. Hanya di waktu saat mentari hendak berundur yang menyimbahkan sejuring cahaya ke atasnya menjadi kelihatan bumbung itu berpancaran emas. Saat ini sahaja yang menampakkan bahawa al Aqsa masih bernasfas dan memberi setitik harapan.

Apabila melangkah ke dalam memerhati suasana sekelilingnya menyebabkan kita akan merasai sendiri akan kesayuannya. Berada di dalamnya kita seolah berada dalam sebuah lautan kesepian yang terasing.  Lakaran indah di syiling tidak memberi apa-apa kegembiraan melainkan ia sebuah lukisan cantik yang tertinggal waktu.

Keadaannya jauh berbeza dengan masjis Haram dan Nabawi. Jemaahnya tidak ramai dan peralatan, aksesosinya tidak sehebat dan semahal yang berada di dua buah masjid yang menjadi 'adek' kepadanya. Sound sistemnya tidak bermaya memberi isyarat masjid itu dalam kesesakan nafas.  Bayangkan jemaah yang ikut bersolat setiap waktu tidak sampai 200 orang. Menyedihkan lagi waktu Ishak hanya sekitar 60 orang sahaja. Kalau pun ia nampak ceria dan sumrigah pada hari Jumaat kerana laman syurga - al haram as syarif dibuka sebebasnya untuk wanita bersolat Jumaat.

Gambaran ataupun rupa ini tidak sepatut terjadi kepada sebuah masjid suci. Saya tidak dapat pastikan apakah kekurangan ini berlaku sejak Nabi memalingkan atau mengalih kiblat dari ke arahnya (Al Aqsa) ke Makkah. Apakah bermula pada waktu itu masjid ini kurang imarah. Namun pun begitu nama yang terpahat di dalam Quran tidak boleh dilupakan bahawa ia adalah satu monumen penting bagi umat Islam yang dituntut memuliakannya.

Semasa termenung di atas tembok berhampiran masjid itu sambil mencampak pandangan puncak kubahnya, tatkala mata saya terbata-bata dilinangi air mata, saya terfikir mengapa Tuhan tiba-tiba memerintah Jibrail memberi tahu Nabi kita agar mengubah kiblat? Apakah kerana Tuhan sudah tahu yang satu masa keadaan masjid itu akan jadi seperti hari ini? Akan diganyang Zionis. Begitukah?

Hari ini masjid al Aqsa sedang dipenjara dan dibelnggu oleh Zionis. Masjid al Aqasa sedang menjalani hukuman dan tahanan oleh Zinosime. Masjid al Aqsa dalam kesusahan dan dimamah derita. Mungkin situasi inilah menyebabkan keadaanya kini tidak semringah dan sepi, tidak ceria dan seakan terbiar seprerti Quran buruk yang tidak boleh dibaca lagi.

Kelihatan kubah al Aqsa dari arah Tembok Harapan Yahudi.
Mengorek kesedeihan dan kemalangan al Aqsa terasa meluluhkan hati dan sukma. Jiwa hamba dan halus kita akan memunggah air mata ke situ. Namun al Aqasa mempunyai semangat hidup yang utuh dan tidak akan dapat terkalah walaupun macam mana hebat serangan ke atasnya. Betapa kejadian dan peristiwa yang berlaku ke atasnya jika diukur dengan akal fikir ia tidak sepatutnya tegak lagi. Namun kerana ia adalah janji dan atas pemeliharaan Allah, al Aqasa masjid tegak dengan apa yang ada.

Kesayuan masjid al Aqsa di lihat dari bukit Olives.
Sejak  ribuan tahun lalu Al Aqsa telah melalui berbagai musibah dan bencana. Pihak yuang benci kepadanya terus melalukan berbagai cara untuk memuasknya. Al Asqa di serang dan cuba dihancurkan sejak ke lahiran Muhammad lagi. Al Aqsa bukan saja cuba dicuri tetapi jemaahnya juga dibantai dan dibunh ramai-ramai. Sebenarnya juga al Aqsa pernah dibakar hangus, tetapi atas kesatuan dan kekuatan iman puing-puing kehangusan itu bercantum dan terus membangkitkan lembaga al Aqsa.

Menafsiran segala kesadisan dan kejahatan yang dilakukan Zinonis ke atas Al Aqsa itu ia semacam menguji sejauh mana perpaduan umat Islam. Menguji sejauh mana kekentalan semangat orang Islam di seluruh dunia. Ia juga semacam satu cabaran keimanan dan ketakwaan umat Islam. Zinoisme pula akan terus berjuang untuk menawan dan menghancurkan al Aqsa kerana hidup dan mati mereka adalah untuk tujuan itu.

Nah kalau mereka meletakkan cita-cita itu di dalam jiwa raganya, kenapa kita sebagai umat Isama tidak melakukan perkara yang sama. Menjadikan masjid Al Aqsa sebagai piala perjuangan dan agama. Justeru setiap daripada kita harus berjuang mempertahankannya. Sebagai piala al Aqasa adalah obor tanda kehidupan iman. Jika obor itu terpadam maka terpadam jugalah obor iman setiap dari kita. Hanya mereka yang tidak beriman saja sedia membiarkan al Aqsa bersendirian tanpa pembelaan.

Mengingat nasib al Aqsa menyebabkan saya akan bertanya apakah kita masih sayang kepadanya?  Iya... semua orang perlu menjawab demikian. Kita sayang, kita kasih dan kita cinta. Makanya bagi merealisdasikan itu marilah kita bina persahabatan dengan Al Aqsa. [wm.kl.1:10 pm 06/08/12]

* Catatan ini tertangguh dan kurang sempurna disebabkan saya dilanda kesibukan demi kesibukan. Bersambung.

No comments:

Post a Comment