Friday, August 3, 2012

Mukhriz Terlebih Perasan Bapaknya Hebat

SUSUPAN PAGI

Mukhriz Mahathir nampak mula meniru gaya dan bermain politik 'anak ayam kesejukan" untuk mengukuhkan diri seperti mana dilakukan Ha Najib Razak dengan memainkan sentimen ayahnya. Najib sebelum ini berbangga dengan bapaknya sebagai perdana menteri dan sering kali menjual pencapaian bapaknya di mana dan ke mana saja dia pergi.

Terutamanya dalam majlis-majlis membabitkan Felda, Najib selalu menyebut Felda adalah jasa dan ilham bapaknya. Beliau pula sebagai anak akan meneruskan idea berkenaan dan ia kononnya satu amanat. Najib beberapa kali cuba menonjolkan dirinya seolah-olah dia dilahir untuk meneruskan tarikan nafas politik ayahnya.

Keghairanan Najib dalam memuji bapanya sehingga terlupa untuk beliau menyebut nama orang lain yang juga terlibat sama dalam membangun Felda. Najib lupa kepada pegawai kerajaan yang memerah otak siang malam sewaktu membangunkan Felda.

Mengenai Felda atau pembangunan sosial lain Tun Razak hanya memberi idea tetapi yang merancang, berfikir bagaimana idea itu hendak dilaksanakan adalah para pegawai pentadbiran, pakar ekonomi, sosial dari kalangan kerajaan. Saya tidak pernah terdengar Najib menyebut secara speksifik nama-nama pegawai kerajaan yang terlibat dalam membangun Felda. Apa yang selalu beliau sebut ialah nama bapaknya Tun Razak, seolah Felda dibangunkan dengan kibasan tongkat Tun Razak.

Cara Najib ini seakan tidak mengharga pegawai kerajaan atau orang lain yang juga bertungkus lumus membangunkan Felda. Kalau Najib menjual kebanggaan atas apa yang bapak beliau lalukan orang lain juga terliur untuk merasakan itu kerana bapak mereka juga ada saham dalam membangun Felda.

Najib seharus perlu rasional dengan cuba mencari nama-nama lain juga di sebalik kejayaan Felda itu tidak hanya memusatkan kepada bapanya sahaja. Felda mustahil wujud seperti hari ini kalau ianya atas inisiatif Tun Razak bersendirian.

Keghairan Najib dalam memuji kejayaan ayahnya untuk dijadikan modal politik dirinya itu kini nampaknya sudah mula berjangkit dan diikuti oleh Mukhriz Mahathir. Seruan dibuatnya berbunyi kalau sayangkan Mahathir UBN hendaklah dimenang dalam pilihan raya umum nanti menunjukkan Mukhriz sudah mulai menggunakan nama bapaknya sebagai modal politik.

Kata Mukhriz kalau sungguh orang Umno sayangkan bapanya jangan malukan Mahathir sampai dua kali. Menurutnya kekalahan Umno - dalam konteks Kedah sehingga hilang kerajaan tahun 2008 benar-benar memalukan Mahathir.

Mukhriz sebenarnya terperasaan dan bersikap memuji diri sendiri apabila beliau cuba mengaitkan nama bapaknya. Apa dia ingat kejayaan BN selama ini hanya kerana Mahathir sahaja dan tidak pun ada campur tangan orang lain. Mukhriz perlu membaca sejarah bapanya mula memimpin Umno tahun 1982, sebelum orang lain yang memimpin Umno dan kerajaan BN. Jadi orang lain juga bertanggungjawab dan ada saham.

Sebenarnya untuk pengetahuan Mahathir kekalahan Umno tahun 2008 bukan saja orang benci kepada bapanya yang dalam tindakan tertentu semacam diktator tetapi orang benci kepada apa yang ada di dalam Umno sendiri. Jadi tidak timbul kalau kekalahan 2008 itu hanya memalukan Mahathir sahaja.

Makanya tidak perlu beliau berusaha atau menjual untuk membela rasa aib Mahathir dengan kekalahan itu, sebab bapaknya. Beliau harus sedar yang puncanya ialah kerana sistem, budaya, tradisi didalam Umno yang memburuk itu adalah penyebabnya. Penolakan rakyat terhadap Umno dan BN dalam pilihan raya itu bukan berpusat kepada Mahathir saja, tetapi kerana keburukan keseluruhan parti berkenaan serta pemimpinnya.

Seruan itu tidak akan berjaya membangkit sentimen rakyat kerana rakyat sudah pun muak dengan tindak tanduk Mahathir. Selagi Mahathir banyak bercakap, ia tambah memuakkan rakyat. Hanya orang yang berkepentingan dan terus menerima habuan Mahathir serta yang merasakan punggungnya wangi sahaja tetap beranggapan Mahathir masih berbisa.

Dari sudut lain apabila timbalan menteri MITI itu memainkan isu ayahnya bermakna beliau sudah tidak ada modal dan kekuatan sendiri untuk dijadikan bahan kempen untuk beliau melompat menjadi MB Kedah. Mana-mana ahli politik yang bergantung hayat kepada bapak atau menumpang mencipta glamour dengan populariti bapak ia adalah ahli politik yang miskin dan tiada kekuatan sendiri.

Lagipun orang Umno Kedah faham kalau Mukhriz cuba dinobatkan sebagai MB Kedah ini bermakna bayangan dan naungan politik Mahathir masih belum berakhir di negeri Jelapang Padi itu. Dan inilah yang sedang dicipta Mahathir. [kb.kel 10:28 am 03/08/12]

No comments:

Post a Comment