Tuesday, August 14, 2012

Najib Sudah Tahu Rakyat Sabah Tidak Percayakannya

ULASAN ISU

Tidak dapat dipastikan apakah Ha Najib Razak terus bertolak ke Makkah dari lapangan terbang Kota Kinabalu atau beliau balik ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk memasang niat bagi mengerjakan umrah. Apa yang diketahui dan diperkatakan oleh para wartawan di Kota Kinabalu, jet peribadi Najib mengalami kerosakan teknik menyebabkan Najib terpasa berada atas jet itu selama empat jam.

Signboard besar mengalu-alukan kedatangan Najib ke Sabah.
Kalau yang bercerita itu wartawan Suara Keadilan atau Harakah, ia mungkin satu gurauan huduh tetapi ini diceritakan sendiri oleh wartawan media arus perdana alias PB.

Ada nasihat meminta beliau turun dan berihat di bilik vvip, tetapi katanya Najib tidak mahu. Tidak juga dipastikan apakah Najib yang tidak mahu atau isterinya Rosmah binti Mansor. Memanglah sesuatu yang membeban dan melecehkan Rosmah binti Mansor untuk naik turun jet dalam keadaan tubuhnya semakin menggemuk.

Rosmah binti Mansor amat cerewet untuk berjalan jauh di mana-mana majlis. Pihak yang mengatur apa-apa majlis untuk Rosmah binti Mansor akan mengambil berat dan sangat mengira soal berapa langkah yang harus Rosmah binti Mansor kena menapak dan menghayung pahanya. Pegawai protokol akan memastikan Rosmah binti Mansor tidak berjalan begitu jauh. Jarak yang sesuai untuk Rosmah binti Mansor sekitar 50 hingga 100 meter sahaja.

Kalau jarak itu lebih 200 meter ia menbeban dan memengahkan Rosmah binti Mansor. Pernah Rosmah binti Mansor marah kepada pegawai protokol kerana tidak mengira terlebih dahulu berapa tapak dari tempat duduk dia ke tempat dia hendak bercakap atau membuat lawatan ringkas.

Apakah yang tidak mahu keluar dari jet peribadi bermasalah itu Rosmah binti Mansor? Mungkin juga kerana adalah sesuatu yang memalukan kalau jet peribadi suami Rosmah binti Mansor sebagai perdana menteri tercanggih rosak?

Jauh melencung, cerita yang hendak diecerkan disinilah mengenai Ha Najib yang seakan tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat Sabah lagi. Nampaknya Najib tidak banyak bercakap semasa di Sabah dan sekadar mengumumkan nama pengerusi dan anggota suruhanjaya di raja (RIC) bagi menyiasat pendatang tanpa izin. Kenapa begitu? Apakah Najib sudah dapat menduga yang rakyat Sabah tidak senang dengannya. Atau pun kalau beliau cakap, berjanji menyebabkan beliau akan ditonyen dan dijebah oleh rakyat Sabah.

Maka itulah yang menjadi galang ganti kepada Najib mengumumkan projek kempen pilihan raya ialah Ketua Setiausaha Negara yang baru. (Maaf lupa nama sebab pelik sangat namanya tidak mencerminkan nama Melayu klasik). Dia inilah yang mengumumkan mengenai projek baru di Sabah.

Di Sabah KSN mengumumkan yang sebuah kedai bebas cukai akan dibuka di Sabah. Dia juga memberi tahu projek usaha sama  pembinaan janakuasa eletrik menggunakan kuasa geotermal bernilai RM500 juta bakal memberi impak kepada ekonomi dan rakyat Sabah.

Keadaan seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan mungkin ini sebahagian transformasi yang dilaungkan Najib. Kalau pun ada, biasanya KSN akan bercakap mengenai bidang khusus mengenai tugas dan tanggungjawabnya berhubung pegawai kerajaan.

Tetapi lain dengan KSN baru ini. Dia lebih berani atau pun lebih gila sebenarnya bila turut berkempen secara terbuka untuk BN. Sebaik saja dia angkat sumpah memegang jawatan itu, dalam ucapan utamanya telah menyeru supaya pegawai kerajaan memberi sokongan kepada UBN. Ucapan itu dikecam oleh para pembangkang sebagai melampau dan cuba menjadikan pegawai kerajaan sebagai ahli bersekutuan tanpa membayar yuran kepada UBN.

Sekali lagi saya nak tanya kenapa gerangan itu berlaku. Apakah kalau mengenai kedai bebas cukai dan projek usaha sama itu bakal mengayakan Sabah jika ia diumumkan Najib, rakyat Sabah tidak akan percaya. Begitukah? Kalau begitu hakikatnya ini memberi petanda buruk kepada UBN dan Najib... bahawa rakyat Sabah sudah tidak percayakan lagi apa-apa yang diucapkan oleh PM.

Mungkin kerana perkara itu jugalah menyebabkan beberapa tokoh Umno dan BN Sabah telah bertindak meninggalkan komponen itu kerana sudah bosan dan jeluak dengan janji-janji dilapazkan Najib untuk Sabah dan Sarawak tetapi tidak dilaksanakan seperti mana diharapkan. Dan Najib kini sedar bahawa air liurnya tidak lagi semasin air liur Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim di Sabah dan di Sarawak.  [wm.kl.4:54 pm 14/08/12]

No comments:

Post a Comment