Wednesday, August 1, 2012

Rafizi Ditangkap?

BERITA TERKINI

LANJUTAN:Mohd Rafizi Ramli yang didakwa dibawa Bafia dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu perbicaraan pada 10 September. Bekas kerani bank Johari Mohamad yang didakwa bersama Rafizi juga dikenakan jumlah jaminan sama.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad bertindak menjadi penjamin Rafizi manakala Johari dijamin oleh abangnya.

Mereka didakwa dibawah Seksyen 97(1) Akta Bank dan Intitusi Kewangan 1989, manakala Johari pula di bawah Seksyen 112 (1)(c) juga di bawah akta yang sama, yang menetapkan hukuman maksimun 3 tahun penjara atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.

Pengarah Starategi PKR Mohf Rafizi Ramli diberitakan ditangkap polis pagi ini. Laporan sebuah portal berita menyebut bakal calon PKR untuk kerusi Parlimen Pandan itu ditangkap jam 7:00 pagi ini. Laporan itu menyebut ia menerima sms daripada Rafizi yang memaklumkan perkara itu.

Mohd Rafizi Ramli
Rafizi ditangkap di bawah undang-undang Bafia kerana didakwa mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC projek lembu gemu laki bekas menteri Pembangunan Wanita dan Sosial Sharizat Abdul Jalil.

Tambah laporan itu Rafizi dalam smsnya memberi tahu beliau sedang dibawah ke mahkamah.

Perkembangan ini merupakan satu kemalangan kepada PKR khasnya dan Pakatan Rakyat. Rafizi yang telah membuat beberapa pendedahan dan mengemukakan pelbagai idea menarik berhubung ekonomi dan sebagainya dilihat ancaman kepada kerajaan.

Pendedahan atau pun formula terbaru dibentangkan oleh beliau mengenai cadangan mengurangkan duti eksasis kereta sekiranya Pakatan Rakyat memerintah. Dalam perkiraan Rafizi rakyat akan dapat menikmati harga kereta murah tanpa mengurangkan pendapatan negara menerusi duti eksais. Tunggu perkembangan selanjut. [wm.kl.10:47 am 01/08/12]

No comments:

Post a Comment