Monday, August 13, 2012

RM10 Juta Untuk Belot?

RILEK SORE

Phobia akan berlaku pembelian calon atau wakil rakyat di Sabah kini sudah mula dirasakan. Ini berikutan sudah ada perundingan-perudingan kecil menerusi 'calo-calo' politik dengan orang tertentu. Sudah ada tawaran dengan nilai berbagai-bagai dibuat ke atas mereka yang berpotensi menang di dalam pilihan raya akan datang.

Karim Ghani (kiri) bersama Wilfred Bamburing.
Politik beli calon dan beli wakil rakyat semacam sudah menjadi budaya di Sabah. Perilaku ini adalah sejarah yang diketahui umum. Semacam tidak sah kalau aktiviti pembelian ini tidak berlaku. Di Sabah pembelian bukan setelah seseorang menang, tetapi sebelum menang lagi ia sudah berlaku. 

Mereka yang berjaya mendaftarkan diri sebagai calon sudah ada nilai harga tersendiri mengikut kelas dan standardnya. Diibaratkan ketika masih dalam telor lagi sudah ada harga.

Tektik menajakan calon bebas atau menawarkan imbuhan kepada calon belot sudah menjadi permainan biasa yang tidak menghairankan. Kalau urusan ini tidak berlaku seakan pilihan raya Sabah tidak sah. Cakap-cakap ataupun tawar menawar bukan lagi di dalam gelap tetapi secara terus terang dilakukan oleh calo atau wakil masing-masing.

Bekas Ketua Penerangan Umno Sabah yang kini menjadi penggerak utama PKR Sabah, Abdul Karim Ghani secara tidak langsung telah menyebutkan perkara ini kepada saya ketika di lapangan terbang Kuching sewaktu menanti ketibaan Anwar Ibrahim. Apabila saya mengajukan apakah kemungkinan politik beli calon dan wakil rakyat boleh mengagalkan agenda menawan Sabah, beliau dengan cepat mengatakan, "iya ini sudah tentu berlaku...," bahkan tekannya ia sudah berlaku.

Politik munafik ini menurutnya ada dua versi, pertama mereka akan menaja calon-calon tertentu untuk  ikut bertanding dan kedua akan membeli wakil rakyat yang menang. Katanya mereka sanggup memberi berapa banyak yang mahu. Tentulah harga yang menang lebih tinggi dari yang (calon) yang kalah.

"Sudah kedengaran kini ada seseorang berpotensi, tidak perlu saya menyebut namnaya sudah didatangi broker Umno menawarkan wang sekiranya sedia berpaling tadah," kata Karim. Menuruntnya beliau difaham broker itu adalah atas suruhan Ketua Menteri, Musa Aman.

Jelas Karim lagi setakat ini jumlah paling tinggi ditawarkan sebanyak RM10 juta. Kalau anda sedia menjadi alat Umno, mengkhianti hasrat rakyat yang mahukan perubahan, upahnya RM10 juta. Begitulah tutur broker berkenaan kepada bakal calon berpotensi itu, cerita Karim.

Fenomena itu membimbangkan beliau dan ia boleh mengganggu agenda merampas Sabah yang nampak sangat cerah kini. Bagaimana pun atas usaha dan semangat ingin melihat politik Sabah berubah dan tidak menjadi monopoli satu kuasa beliau berharap semoga aportunis-opirtunis yang mencari wang dengan cara ini tidak akan berlaku lagi.

Dan Umno sebagai berpotensi melakukan perdagangan manusia yang keji sebegini diharap akan menghentikan dan cubalan membawa politik gentleman dan bersendikan undang-undang. Dalam pada itu fenomena jahat yang mengkhianati prisip demokrasi ini diatasi dengan adanya kerjasama SPRM. SPRM perlu bertindak mengikut mekanismenya sendiri bagaimana untuk memberkas orang-orang yang mengamalkan politik rasuah dan jahat ini.

Mungkin tindakannya bermula sejak dari broker lagi kerana mereka juga mendapat untung mudah dengan menguruskan 'perdagangan manusia' sebegini. [wm.kl.3:57pm 13/08/12]

No comments:

Post a Comment