TERKINI PAGI
Jam 6:00 pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu saya menerima maklumat mengatakan bas dua tingkat yang digunakan oleh PKR dalam siri menjelajah kemerdekaan yang diparking di belakang Pasar Siti Khadijah Kota Bharu telah disimbah dengan cap merah dan cermin belakangnya dipecahkan.
Inilah bas berkenaan ketika singgah di Renok, Gua Musang. |
Semalam merupakan siri pertama perjalanan bas berkenaan bertolak dari ibu pejabat PKR di Damansara telah singgah di Bentung, Benta, Pahang, Renok, Kuala Krai, Macahang dan Tanah Merah sebelum di parking di Kota Bharu bagi meneruskan penjelajahan.
Pagi ini bas berkenaan dijangka akan bergerak ke Kedah, Perlis dan Perak dari Jeli.
Kejadian yang berlaku itu sungguh dikesali dan ia juga memalukan rakyat Kelantan. Kejadian 'menyerang' bas yang sedang tidur itu juga dilakukan oleh mereka yang boleh disifatkan pengecut dan tidak tahu menghormati demokrasi. [wm.kl.8"32 am 01/09/12]
bertambah markah PR di mata rakyat Kelantan...yg rugi tentu UBN...kali ni rasanya MP Jeli pun akan tewas...
ReplyDelete