Wednesday, September 5, 2012

Lidah Ismail Yang Juga Tidak Bertulang

PANAH MALAM

Lidah tidak bertulang termasuk juga lidah mengkarung, biawak dan katak. Dengan lidah sedemikian apa-apa saja boleh disambar dan dihemburkan tidak kira ia benar, separuh benar atau pun bohong sama sekali kepada sesiapa juga. Bahkan kata-kata berupa fitnah juga boleh diucapkan dengan hanya membuka mulut dengan janggut puteh bergoyang-goyang. Gampang.

Demikian juga dengan presiden apa dinamakan Maufakat Masyarakat Sejahtra Malaysia (Maufakat) Ismail Mina. Beliau boleh berkata apa-apa saja yang dia suka terhadap Anwar Ibrahim. Seperti mana laporan media penjilat buntut Utusan Malaysia, Ismail mendakwa perjumpaan Anwar dengan Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu 31 Ogos lalu kononnya untuk memastikan usahanya (Anwar) untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Ismail Mina
"Tindakan tersebut perlu dibuat Anwar bagi membolehkan beliau dapat menguasai Pas dengan sepenuhnya.

"Anwar mempunyai perasaan tidak senang terhadap Nasharudin kerana beliau begitu lantang menentang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini, demikian laporan itu dipetik.

Kalau orang tahu hubungi Ismail dengan Anwar sebelum ini orang akan pengsan apabila mendengar tuduhan melulu Ismail itu. Orang juga tidak fikir sehingga begitu sekali tergamak Ismail memburuk Anwar dengan fitnah kering itu. Apakah Ismail juga kini sudah berkawan dengan syaitan baik sepertimana dimaksudkan Mahathir?

Ismail adalah kawan baik Anwar satu masa dulu yang dikatakan banyak mendapat manfaat hidup daripada Anwar Ibrahim dengan menggunakan nama dan kedudukan Anwar untuk mendapat sesuatu kemudahaan bagi hidup. Seperti mana diceritakan bekas seorang pegawai GLC kepada Anwar, Ismail dikatakan pernah menggunakan nama Anwar ketika Ismail berjumpa dengan pegawai berkenaan untuk meluluskan seuatu projek tatkala pegawai itu masih berkhidmat.

Apakah Ismail tahu butiran pertemuan Anwar dengan Nik Aziz di Kota Bharu tempoh hari? Apakah Ismail ada sama atau pun berada dibawah rumah tokguru mengendap pertemuan itu?  Kalau Ismail seorang beriman, takutkan kepada Allah dia pasti tidak akan tergamak melemparkan tuduhan melulu begitu kerana beliau tidak ada dalam pertemuan itu. Walaupun apa yang dilakukan Ismail itu andaian, tetapi dia tidak sepatutnya membuat andian secemar tahi babi begitu.

Anwar ke rumah tokguru pagi itu untuk bersarapan pagi sempena kunjungan beliau ke Kelantan dalam jadual jelajah kemerdekaan. Mereka bertemu secara terbuka di rumah ruang tamu rumah tokguru di Pulau Makan. Tidak ada apa-apa perundingan sulit apa lagi menyentuh mengenai kedudukan Nasharudin seperti ditanggapi Ismail seperti mana laporan media PB itu. Lagi pun soal Nasharudin bukan urusan dia.

Saya juga kebetulan berada di Kota Bharu pada hari Anwar ada di Kelantan. Saya tidak tertenguk atau pun berbau jubah Ismail di sana.

Anwar tidak pun perlu berjumpa Nik Aziz semata-mata hendak mempengaruhi Mursyidul Am Pas itu agar memecat Nasharudin. Nashaurdin bagi Anwar tidak lebih dan tidak kurang seprerti tahi hidung sahaja yang tidak memberi apa-apa kesan kepadanya. Sebagai tahi hidung masin, telatah politik tidak cukup inci Nasharudin tidak memberi apa-apa impak kepada Anwar. Lagipun bukan urusan Anwar untuk mencampuri urusan Pas. Pas sendiri juga sebagai parti lebih lama dan matang dari Keadilan tahu menguruskan ahli-ahlinya sendiri.

Hanya orang macam Ismail Mina yang kehilangan arah dan kecarikan jubah saja merasakan Nasharudin itu penting suci dan maksum. Ismail terlupa yang Nasharudin juga adalah manusia yang berambisi. Beliau sendiri juga tidak pernah mengikuti kehidupan Nasharudin dan terbungkam dengan kepetahan cakap-cakap Nasharudin yang berbau sedikit Arab.

Kalau Ismail Mina pernah menjejaki perjalanan Nasharuddin atau berkebetulan pernah terbang sama ke luar negara nescaya dia akan tahu bagaimana perangai dan nafsu dan egoisnya Nasharudin. Dia akan tahu gaya hidup elit Nasharudin. Dia juga akan tahu bagaimana Nasharudin diraikan oleh pemimpin Umno untuk menaiki sebuah kapal (cruise) pelancongan mewah.

Untuk pengetahuan, Nasharudin bukan saja terbang ke Australia menghadiri simanar atau forum di masjid tetapi dia juga pernah ke Hong Kong. Ini bukan omong kosong beliau bercerita sendiri kepada saya semasa di Jakarta mengenai kisahnya di bandar Hong Kong.

Saya tidak mahu menyebut lebih-lebih di sini mengenai ahli parlimen Bachok itu. Setidak-tidaknya saya dua kali berkebetulan terbang satu kapal dengannya ke luar negara dan bersarapan pagi disebuah hotel mewah. Nanti dimasa lain saya akan bercerita mengenai kisah ini yang boleh dijadikan hikayat.

Dalam khutbah petang ini saya menyeru kepada Ismail Mina bertaubatlah dan takutlah kepada Allah. Atau pun kalau tidak takut kepada Allah malulah kepada jubah dan janggut serta kopiah putih di atas kepala. Kalau hendak fitnah orang yang pernah berkawan dan bersahabat baik dengan kita pecat dulu kopiah dan tukar dengan songkok.

Ingatlah seburuk-buruk Anwar bukankah anda pernah menangis kerana membela Anwar. Anda pernah membawa air tawar dan juga doa untuk kesejahtraan Anwar semasa Anwar di dalam penjara Sungai Buloh. Kenapa waktu itu anda jadi sepeka dan begitu prihatin. Kenapa? Dan hari ini kenapa anda tiba-tiba membenci dan menyerang Anwar?

Saya tidak percaya kalau Anwar bersalah dan berdosa hanya kerana apa yang anda anggapkan bahawa Anwar cuba hendak mempluralismekan agama berdasarkan kepada satu ucapan Anwar di luar negara. Tidak... ia tentu ada masalah lain yang personal dan tidak sepatutnya anda mengheret Anwar ke tengah umum dan membuat fitnah terhadapnya.

Kalaupun anda kini sudah menjadi Islam seluruhnya (syaitan yang baik) dan telah meninggal segala budaya jahiliah semasa muda dulu, tetapi... anda janganlah cuba bertindak sombong dengan menuduh Anwar seorang pendosa. Anda tidak salah untuk membetulkan Anwar dan berhak sebagai seorang Islam tetapi bukan dengan cara memfitnah beliau. Kalaulah orang tahu kisah hidup anda...? [wm.kl.8:00 pm 06/09/12]

3 comments:

  1. Tuan Ismail Mina ialah guru saya semasa saya belajar di YAA Kg baru tahun 1975-76. Dia ajar Sejarah Islam.Saya tahu fikrahnya.Jika penulis mengisahkan perihal IM pada zaman Anwar dlm umno itu betul,maka saya amat membenci IM kerana dia tidak mengajar kami supaya berperangai demikian.Guru kencing berdiri,murid jangan ikut.

    ReplyDelete
  2. seperti tok guru pondok yang kata undi dap adalah haram itu juga .... kutuk-kutuk dan buat fitnah .... dapat rm2 juta... mail ni pung samo gak tu ... dio boleh rm3juta nanti tu .... kita tunggu...!!!!

    ReplyDelete
  3. Akal sihat dan bersih semua mengetahu bewok bukan setakat lidah tak ada tulang bahkan bercabang cabang. Ha ha ha. Melainkan orang jahala....

    ReplyDelete