Hashim Jasin: Umum tak tanding. |
Bagi saya pernyataan itu satu keikhlasan tinggi dari seorang tok guru dan juga ketua kepada sebuah parti Islam. Umum tahu beliau adalah pemimpin disegani kawan dan lawan di Perlis. Kedudukan atau pun martabatnya dalam parti sama tinggi dengan timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din.
Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis.
Kedudukan itu menyebabkan usahkan untuk pilihan raya ini, kalau ada 10 kali pilihan raya pun beliau wajar bertanding, kerana Hashim adalah tokoh yang tidak ada tolak bandingnya di Perlis.
Beliau pernah kalah dan pernah menang sebagai wakil rakyat. Menghadapi zaman pasang surut Pas namun tidak pernah mengalah dan lemah dengan cabaran. Ertinya beliau merasai bagaimana enak dan tidaknya selaku orang politik. Apabila tidak 'temooh' dengan kedudukan itu jelas beliau seorang ikhlas dan tahu membaca perjalanan hidup.
Dalam pilihan raya lalu beliau menang kerusi Dun Sanglang dan dengan reputasi yang ada hari ini sekiranya beliau terus menjadi calon di situ beliau mampu mempertahankan kerusi berkenaan. Apa yang benar-benar mengharukan perasaan saya ialah, Hashim rela berkorban untuk tidak ditandingkan walhal kalau Pas berjkaya menawan Perlis dialah bakal MB.
Tindakan beliau itu wajar diikuti oleh semua khususnya mana-mana wakil rakyat yang kini masih berhajat dan berdoa untuk dicalaonkan lagi walaupun sudah dua atau tiga penggal bertanding dan sudah kehabisan 'reng'.
Mungkin bagi mana-mana wakil rakyat mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri masih relvan, kalau diberi laluan bertanding kerana ia boleh membantu kemenangan parti. Tetapi kalau bertanding sekadar hendak melepaskan hutang atau pun kerana tidak bersedia memberi laluan kepada rakan lain sesuatu tidakan yang buruk. Jelas sikap dan pendirian itu sebagai tomak.
Saya percaya apa dilakukan Hashim Jasin itu sebagai model atau contoh yang perlu diambil oleh mana-mana wakil rakyat lain. Tindakan itu merupakan masej jelas kepada yang masih terus berangan untuk digelar YB. Cara beliau itu juga satu pendidikan atau tarbiyah yang cukup indah sekali.
Hendaknya selepas ini akan ada pula kenyataan sama dibuat oleh mana-mana wakil rakyat atau pun tokoh yang kini sakit, sering berulang alik ke hospital ataupun yang penyakit kroniknya sudah dikenali membuat kenyataan dan pendirian sama.
Alasan bahawa kesihatannya sudah pulih tidak patut dijadikan modal untuk membolehkan diri dicalon lagi.
Jangan sesekali menjadikan penyakit dan keuzuran untuk menangih simpati agar rakyat terus mencalonkan kita. Ada lagi kalau kita membayar rakyat sesen dua untuk pergi melobi kita kononnya kita masih diingini dan mampu memikul tanggungjawab. Itu juga dipanggil politik wang atau hakikatnya rasuah. Saya mengira tidak ada mana-mana wakil rakyat atau tokoh Pas yang ingin bertanding melakukan rasuah atau politik pitis.
Sekali lagi diseru mana-mana wakil rakyat yang uzur dan penyakitnya sudah dikenal pasti berundurlah secara terhormat. Jangan nanti dipaksa berundur baru hendak berbuat demikian ia sesuatu yang tidak manis. Kalau kita sudah tahu kudrat dan keupayaan kita elok kita mengaku dan tidak menjadi munafik kepada diri sendiri.
Biarlah kita meninggalkan rekod perkhidmatan dengan cara terbaik bukannya kita diundurkan dengan cara paksaan. Kalau kita berhenti dalam kemenangan kita akan disanjung, tetapi kalau kita berhenti kerana kekalahan, segala rekod perkhimdatan baik selama ini akan terpadam. Yahooooo... [wm.kl.7:13 pm 19/09/12]
No comments:
Post a Comment