Hari ini seorang lagi bekas Naib Presiden Pas yang mendesak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melepaskan jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Dr Haron Din. Kali ini giliran Nakhaei Ahmad yang telah meninggalkan Pas kira-kira lebih 20 tahun lalu yang mengasak Nik Aziz. Nakhaei pemimpin kanan yang pernah diramalkan bakal mengambil alih pucuk pimpinan Pas menyertai Umno 1989.
Golongan desperado berusaha memisahkan mereka. |
Mujur juga rakannya Hasan Akidah bersuara mendesak Nik Aziz letak jawatan, ia membolehkan Nakahei turut menyambung tugas dan menjaja suara serak-serak basahnya. Dengan cara itu orang akan ingat dan tahu bahawa bekas Ahli Parlimen Baling ini masih ada.
Sudah lama Nakhaei tidak bersuara. Di pentas-pentas politik dia hampir tidak ada langsung. Populariti Abdullah Samah ustaz pondok bernilai RM2 juta mengatasi poulariti beliau sebagai ahli pidato Pas satu masa lalu. Boleh jadi juga Nakhaei ini cemburu dengan populariti dan juga bayaran-bayaran dan imbuhan yang diberikan Umno kepada Abdullah Samaah atas nama pengasas pondok yang berkapastiti murid 24 orang.
Apabila dia menyertai Umno dulu nasibnya dikira lebih baik dari dia berada dalam Pas. Apa lagi Anwar yang juga kawannya ketika itu sedang bergerak ke Putrajaya. Nakhaei mengira dia akan mendapat manfaat dari pencapaian Anwar. Tetapi malang ternyata tidak. Nakhaei tidak mendapat habuan sebesar pengorbanannya meninggalkan Pas kemudian memburukkan Pas. Dia dilantik menjadi Pengerusi Yayasan Dakwah Malaysia (Yadim). Setakat itu saja.
Alasan diberikan Nakhaei agar Nik Aziz berundur ialah kerana Nik Aziz menjadi liabiliti kepada parti itu dan ada kalanya terlalu memuji DAP menyebabkan timbul kekalutan di dalam Pas. Pas menjadi berpuak-puak. Ahli Pas yang mahukan hudud katanya keliruan dengan tindakan Nik Aziz itu kerana DAP menentang hudud.
Sejauh mana benar yang Nakhaei nampak terserah kepadanya. Tetapi itulah alasannya. Alasannya sama dengan lasan diberikan Hasan Akidah untuk menghalalkan tindakannya menentang dan memburukkan Pas sehingga tidak mahu merayu dan kini sudah terpecat sebagai ahli.
Sebenarnya alasan Nakhaei dan Hasan Akidah itu tidak betul dan sengaja untuk memburuk-burukan DAP semata-mata. Alasan itu juga tidak cukup akademis kerana ia tidak ada kajian menyeluruh dan dibuat atas perasaan dan sentimen.
Sebagai seorang ahli politik yang bukan standard ketua cawangan, sepatutnya mereka tahu masalah perlaksanaan hukum hudud di negara ini kenapa ia tidak dapat dilaksanakan bukan kerana tentangan DAP. Kalau itu realitinya hebatlah DAP kerana boleh mengagalkan cita-cita dan hasrat umat Islam negara ini yang berbangga dengan perasaan merekalah menjadi tuannya.
Kesukaran atau pun masalah perlaksanaan hudud terletak kepada perlembagaan dan sejauh mana political will parti politik Islam, Pas dan Umno itu sendiri. Ia terletak kepada keazaman dan iltizam serta keyakinan orang yang memerintah dan berkuasa. DAP tidak menjadi halangan sedikitpun. Dalam hal ini DAP hanya dijadikan kambing hitam untuk memburukkan parti chauvenis itu.
Kenapa saya berkata begitu, Umno sebagai kerajaan mereka berkuasa penuh. Umno selalu menang pilihan raya dengan majoriti 2/3 dalam 11 kali pilihan raya. Dengan kuasa atau majoriti itu tidak ada sebab untuk menafikan Umno menggubal dan cuba melaksanakan hudud. Namun hukum hudud tetap juga tidak digubal dan dibahaskan oleh Umno. Kalau hari ini Umno memberi alasan kerana mereka tidak dapat majoriti 2/3... apakah parti itu berani untuk berjanji kalau mereka dapat majoriti 2/3 mereka akan laksanakan hudud? Rasanya tidak juga sebab kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Saya rasa tidak... no no no.
Ertinya Umno tidak hendak kepada hudud. Nakahei sendiri yang duduk di dalam Umno selama 20 apakah beliau bersuara agar parti itu melaksanakan hudud? Apakah yang beliau lakukan menerusi Yadim untuk memberi kefahaman kepada umat Islam dan bukan Islam mengenai hudud? Rasanya tidak ada apa-apa usaha melainkan apa yang pernah timbul mengenai keraguan dalam membelanjakan wang Yadim adalah. Apa yang Nakhaei cuba berikan kepada Abdullah Ahmad Badawi hanya Islam Hadhari yang celaru.
Maka alasan Pas takut kepada DAP kerana DAP akan menghalang hudud seperti mana dakwa Nakhaei dan juga Hasan Akidah itu adalah rekaan dan alasan dangkal semata-mata. Alasan orang yang tidak faham politik dan malang lagi kefahaman bodoh itu pula diperpanjangkan kepada orang kampung. Sesiapa yang takut kepada DAP adalah mereka yang mencipta bayangan hantu kemudian mereka usik diri sendiri kemudian lari sekuat mungkin. Dalam hal ini DAP hanya ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan Melayu Islam yang bodoh itu.
Tentang keengganan Umno melaksanakan hudud itu, benarlah dan tepatlah kalau Anwar Ibrahim mengatakan Umno parti yang menipu rakyat. Parti yang memperbodoh-bodohkan rakyat. Manakala rakyat yang bodoh pula akan mudah menjadi dungu dan kelu.
Kalau Umno benar-benar berhajat kepada hudud dia boleh melakukannya. Kerana kalau Umno sebagai sebuah kerajaan ia boleh melakukan apa saja dilaklukan walaupun dibantah dan merugikan negara.
Beberapa polisi dan dasar Umno telah dibantah oleh DAP dan orang Cina tetapi Umno tidak menghiraukannya. Ia diteruskan juga. Contoh klasiknya ialah Dasar Ekonomi baru (DEB) yang memperuntukkan kouta atau hak istimewa untuk Melayu sebanyak 30%, ia dibantah tetapi dilalsanakan juga. Begitu juga pemimpin Umno yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau jelas menolak hudud. Beliau tidak cuba melaksanakan bukan kerana takut dan adanya tentangan dari DAP, tetapi jiwanya sendiri yang menolak hudud. Ini hakikat yang kena difahami.
Itu ertinya kalau Umno hendak ia boleh lakukan apa saja. DAP bukan penghalangnya terhadap apa-apa saja kehendak dan idea Umno. Bagi Umno suatu masa dia boleh berkata 'kun fayakun' saja. Jadi kalau diperkatakan Umno takut kepada DAP untuk melaksanakan hudud tidak benar, apa yang betulnya Umno tidak hendak kepada hudud. Sejejar itu Umno mengeluarkan apa saja alasan berbentuk menghina Islam.
Jadi kepada Nakhaei, cukuplah membodohkan rakyat dengan alsan-alasan lapok kebudak-budakan itu menjadikan DAP sebagai pembawa masalah. Lebih baik anda katakan yang niat anda ialah untuk merenggangkan di antara Nik Aziz dengan Haron Din kerana dengan cara itu saja ia boleh merelaikan keakraban Pas. Lagipun kerja menakutkan orang ini sudah tidak berlaku lagi zaman hari ini. Bukan saja manusia (pengundi) burung yang memakan padi di sawah juga sudah tidak takut lagi kepada patung orang-orang. Kalau burung sudah cerdik dan dapat menilai mana yang benar dan mana yang palsu apa lagi manusia kecualilah orang-orang yang bodoh, dengki dan pengkhianat saja sanggup meneruskan kerja bodoh itu.
Saya kasihan kepada Nakhaei dan juga Hasan Akidah, makin mereka bercakap terserlah bulu hitam kebodohan di atas belakang mereka. Bulu hitam kebodohan itu pula akan makin panjang dan mungkin akan mengatasi kepanjang bulu-bulu lain.
Dalam hubungi ini kerana kedua bekas naib presiden Pas itu mengaitkan nama Haron Din yang dikatakan layak mengambil alih tempat Nik Aziz itu Haron Din mungkin perlu bersuara menyatakan sikap dan pendiriannya. Kalau beliau mendiamkan diri dengan pengkaitan namanya oleh Nakhaei dan Hasan itu menyebabkan akan ditafsirkan Haron Din sebagai bersedia. Lebih buruk dari itu nanti dikatakan beliau merestui cadangan berkenaan.
Melihat kepada hal ini saya nampak mereka mahu mengheret sama Haron Din mengambil pendirian dan sikap seperti mereka menyokong Umno. Mereka kalau boleh mahu Haron Din juga mengkritik Pas dari dalam. Saya sudah terdengar sebelum ini ada usaha pihak tertentu yang mahu mengangkat Haron Din bukan saja menjadi Mursyidul Am Pas, tetapi memiliki kuasa eksekutif sebagai presiden Pas. [wm.kl.8:11 pm 15/10/12]
salam tuan mso,
ReplyDeletekalau main lumba lari 100 meter ... sayup doh tok guru tinggal Nakhaei ni