Saturday, October 13, 2012

Hasan Akidah Sama Kelas Dengan Salentia

SENGGANG PETANG                                                                                                                 
 
Tidak semena-mena Hasan Akidah menyentuh prihal Pas. Mungkin kalau dia tidak sentuh Pas orang tidak mengenangnya. Umno melihat Hasan tidak ubah seperti supit aiskrim yang dilempar ke dalam tong sampah tetapi tidak masuk ke dalam. Supik aiskrim nampak cantik tetapi tidak boleh diguna lagi sebab bucunya sudah dikekah (gigit), tembus. kalau bubuh air pun akan bocor.

Kali ini dia mencadangkan supaya Nik Aziz Nik Mat berundur dari jawatan Mursyidul Am Pas dan diganti dengan Haron Din. Dia juga mendakwa Nik Aziz sebagai amat berkuasa, sebagai presiden, sebai MB dan sebagai mursyidul am Pas. Soalnya kenapa Hasan mengungkitkan perkara ini, dengki ke?

Hasan tidak payah dengki atas sanjungan dan penghormatan tinggi diberikan ahli Pas dan rakyat negara dari berbilang kaum kepada beliau. Nik Aziz berhak untuk mendapat sanjungan itu melihat kepada beberapa keistimewaan dan pendekatan politiknya yang futuristik.

Kehidupan Nik Aziz tidak mewah walaupun dia berhak hidup mewah dengan jawatan itu. Sepanjang dia menjadi MB selama 22 tahun dia tidak pernah mengubah suai pejabatnya. Apa yang berlaku dia ubah tempat saja dari tingkat dua ke tingkat satu. Begitu juga dengan rumahnya. Nilai rumah Nik Aziz jauh lebih rendah dengan nilai rumah Hasan semasa jadi Exco atas tikit Pas.

Berbeza dengan Hasan Akidah, baru hanya menjadi Exco sudah ubahsuai pejabat mencecah puluhan ribu. Sudah baiki rumah. Perbelanjaan untuk majlis hari raya saja habis berpuloh ribu. Bukan itu sahaja Hasan juga siap tambah bini dari satu menjadi dua. Khabarnya suasana rumah tangganya masih belum lendik sampai kini?

Kalau pun Nik Aziz perlu meletak jawatan kerana sebab-sebab kesihatan dan sebagainya, bukan Hasan yang perlu mendesaknya. Pas masih ada ahli untuk berbuat demikian. Selepas Hasan ditalaq oleh Pas beliau tidak ada hak lagi untuk membuat apa-apa teguran apa lagi cuba menyusun strukrur pimpinan Pas. Kalaupun dia bercakap dan mengenang Pas itu adalah jenis gilakan sangkak.

Begitu juga kalau pun alasan digunakan Hasan itu benar sekali pun dia tidak ada lokus standi untuk berbuat demikian. Ahli Pas tidak akan mendengar cadangan dari orang yang fasik dan murtad dari politik. Apa boleh Hasan lakukan hanya menyerang sendiri sehingga Nik Aziz jatuh. Tindakan dan cadangan Hasan itu sedarjah dengan cadangan Abdullah Samaah sahaja. Siapa dia Abdullah Samaah?

Saya bersetuju dengan pandangan Exco Kelantan Dr Mohd Fadzli Hasan, ahli Pas tidak pernah terasa sakit hati dengan pandangan politik Nik Aziz. Sebaliknya ahli Pas sakit hati, terkilan, kecewa dan terhiris dengan perbuatan Hasan Akidah yang menjadi agen musuh dan berbaik dengan Umno. Siang malam round negara memburukkan Pas. Jenis tidak tahu berterima kasih kepada orang memberi budi menjadikan kedudukan dan darjah Hasan sama dengan si Salentia saja.

Eloklah Hasan menjaga dirinya dan tidak payah membuat komen kepada mana-mana pemimpin Pas. Hasan perlu memastikan Pas Selangor akan kalah teruk dalam pilihan raya nanti untuk memastikan survivenya selamat. Apabila isteri sudah ada dua kerja pun kena kuat sedikit.

Hasan dan beberapa orang pengikutnya yang 12 orang itu kena pastikan Umno akan mengambil mereka bertanding dalam pilhan raya untuk menganggu undi Pas. Pastikan duit untuk deposit RM5,000 untuk kerusi Dun dijelaskan... jangan pula teraniaya... Umno hanya taja dan janji tetapi Hasan kena cari duit dari orang kaya lain.

Berpakatlah dengan bekas timbalan presiden Pas dan beberapa ali parlimen yang mengkhianati janji dengan majikan dan rakyat itu. Cuba bersatu dan lancarkan gerakan secara gentlemen untuk menghancurkan Pas. Cubalah.

Membaca cadangan Hasan itu, beliau mencadangkan agar Haron menjadi mursyidul am Pas yang dianggap layak, saya dapat agakkan apa yang ada dalam tempurung kepalanya. Hasan mungkin masih berharap Haron Din membelanya. Jauh dari itu mahukan Hasan menguasi Pas untuk membolehkan dia dikembalikan semula ke dalam Pas.

Hoi Hasan sedarlah sikit. Diri anda tidak sama nilai dengan diri Mahathir Mohamed yang digilai Umno dan dianggap sebagai tunggul keramat. Pas sebagai parti Islam tidak akan teruja dengan orang-orang berperwatakan Abdullah bin Ubai. Betapa hebat, kaya, petah panadia sandiwara, Pas tidak akan sedia untuk menerima para munafik dalam perjuangan. Pas rela kalah bersama laskar kampung yang setia, ikhlas dan jujur.

Kepada Hasan Akidah berhentilah menjual ubat di dalam Pas sebab pembeli sudah tahu mujarab atau tidak ubat dijaja Hasan. Sebaiknya Hasan juga berhentilah membubuh anak tikus dalam seluar dalam seperti Mahathir, bagi mengelakkan malu besar. Awas. [wm.kl.2:56 pm 13/10/12]

3 comments:

  1. Hassan Hoi. Aku malas nak ungkit, tapi bila kau fitnah Nik Aziz, ini dikira sudah tahap melampau.
    Siapa kau tu Hassan Ali? Suci sangat ke engkau? Yg aku nampak depan mata aku dulu masa kau jadi exco, pegi solat Jumaat di masjid PJ pun engkau tak turun dari kereta exco Camry sampai lah datang pegawai masjid jemput engkau, baru engkau turun. Suci la sangat engkau tu?

    Sekarang nak laga kan Nik Aziz dengan Haron Din pulak? Itulah sifat syaitan yg suka melaga laga kan antara dua org baik.
    Kini bola di tangan Haron Din, bagi membuktikan kesetiaan terhadap jemaah, beliau harus memberi respon. Kalau diam bermakna ada lendir di balik tekak.
    Nak tengok jugak pemimpin PAS mana yg akan bangkit dahulu. Terutamanya pemimpin Ketua Dewan Budak Budak Muda, kalau filem nun jauh di Amerika bingkas bangkit, nah sekarang Syaitan dah menjelmakan dirinya di hadapan mata menyerang tokoh ulama dalam jemaah kamu sendiri. Mari Kita lihat...

    ReplyDelete
  2. apa beza hassan akidah ngan ayah pin? demo serupo je!

    ReplyDelete
  3. Hassan Bin Ali,adalah manusia biasa tetapi salakkannya BUKAN biasa kerana salakkannya adalah ibrat JANTAn yang gila talak. Hassan bin ALI adalah manusia biasa tiada yang istimewa padanya kecuali menggangap org lain hanyalah BIASA. Nahu dan nada pertuturannya dah jadi macam org MEROYAN. Kalau disukat dengan bilangan,Hassan Bin Ali hanyalah GUNDAL saja. Jika disukat dengan CUPAK,boleh dikira tiga suku saja! DIA jadi luarbiasa bilamana spesis dan INSAN yg meroyan mengambil kira DIA sebagai BILANGAN! Hassan bin ALi dgn SALENTIA memang sespesis tapi tidak setaraf kerana MEREKA datang dari WAD yang yang berbeza!

    ReplyDelete