Sunday, October 7, 2012

Kenapa Zahid Hamidi Perlu Takut

SEBANGUN PAGI

Kalau Zahid Hamidi yakin bahawa tidak ada penyelewengan dan rasuah dalam pemnbelian kapal selam Scorpone kenapa beliau perlu takut dengan penjelasan peguam Perancis, William Bourdon dan perlu menghalangnya dari datang ke negara ini? Sebagai menteri yang kelihatan mempunyai integriti Zahid seharusnya mengalu-alukan kedatangan peguam berkenaan bukan cuba mempertikaikannya.

Tidak perlu Zahid memutar kata dengan menganggap kedatangan Bourdon itu sebagai campur tangan atau demi kepentingan politik pembangkang. Apa yang penting rakyat mahu tahu penjelasan apa-apa dapatan atau analisa peguam itu terhadap skandal berkenaan kerana ia hak rakyat dan umum mengetahuinya.

Sekiranya Zahid Hamidi merasakan tidak ada penyelewengan dan menteri pertahanan sebelum ini, ketika kapal selam itu dibeli bersih dan putih, kenapa perlu bimbang dan walang, biarlah peguam itu memberi penjelasan ataupun menteri pertahanan itu dipanggil ke mahkamah.

Kita sama-sama penjelasan berkenaan, kita ada otak boleh menilai sendiri apakah penjelasan itu rekaan atau satu hakikat. 

Apa juga kemungkaran dan kejahatan tidak boleh disembunyikan. Betapa ia disusuk akhirnya ia akan menanah dan berdarah juga dari dalam kemudian akan pecah. Begitu juga dengan kebenaran itu akan menjelma juga satu hari nanti kalaupun tidak hari ini tetapi esok, lusa dan beberapa tahun akan datang akan diketahui juga. Memang fitrah begitu kemungkaran itu akan ditenggelami oleh kebenaran.

Cara Zahid memberi pandangan berhubung jemputan Bourdon oleh pihak tertentu itu seakan beliau cuba ingin melindungi bosnya saja. Bagaimana pun pelik sedikit, dalam masa sama beliau menjelaskan skandal itu berlaku bukan di zamannya menjadi menteri pertahanan. Apakah motif pernyataan itu?

Khatib ingin mengingati Zahid dan diri khatib sendiri, bukan sesuatu yang baik melindungi seorang penjenayah walaupun dia kawan sekalipun. Islam tidak mengajar demikian.

Apabila Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan sekiranya Fatimah mencuri akan ku potong tangannya menunjukkan bahawa Islam tidak ada tolak ansur di dalam soal sesiapa berbuat salah. Rasanya sebagai seorang pelajar kolej Islam, rasanya Zahid arif mengenai patah-patah kata Rasulullah itu.

Menuduh Anwar Ibrahim ada kepentingan politik atas pelawaan Bourdon itu, kata-kata itu membidas ke atas batang hidung Zahid sendiri. Apabila Zahid juga mempertahankan seseorang yang mungkin dianggap bosnya, apakah itu bukan dibuat atas kepentingan politik (dirinya)?

Kita tidak nampak kedatangan peguam itu untuk memburukkan negara dan imej PM seperti tanggapan Zahid. Walhal penjelasan itu nanti demi menjaga maruah negara dan imej perdana menteri sendiri. Selagi isu itu tidak dijelas dunia akan menganggap Malaysia mempunyai skandal rasuah terbesar dan perdana menterinya kini, Najib Razak berada di bawah belenggu skandal dan jenayah paling huduh.

Kepada Zahid bertindaklah dengan waras dan jangan sesekali mengulangi beberapa kali, beberapa tindakan politik anda yang kelas budak-budak Keadilan yang menghidap kudis di atas tengkok. [wm.kl.9:11 am 07/10/12]

2 comments:

  1. Kita semua patut sedar setakat mana akan kematangan pemikiran Zahid nie....Kalau dia melaksanakan amanah ALLAH sebagai seorang pemimpin, isu terhadap tanggapan negatifnya akan kedatangan peguam dari Peranchis ni tak timbul. Bukan isu campur tangan luar dalam pentadbiran negara atau demi kepentingan politik pembangkang tapi kerana ada penyelewengan yang jelas dan terang yang akan terbongkar terhadap kerajaan sekarang yang akan diketahui rakyat...sehubungan dengan itu rakyat akan menolak mereka dalam PRU13.
    Gambar Zahid macam Sadam disepanjang jalan dari Simpang Empat Hutan Melintang ke Bagan Datoh untuk kepentingan siapa?
    Sudahlah! rakyat sudah muak dengan kebodohan,kezaliman dan kerakusan UMNO/BN.

    ReplyDelete
  2. Mengekalkan cara LAMA iaitu membiarkan rakyat berada dibawah TEMPURUNG adalah keinginan besar UMNO. DUNIA telah banyak berubah,cara pemikiran rakyat Malaysia juga telah berubah.Yang ditagihkan adalah cara TELUS bukannya cara berdolak-dalik. Jika sekiranya pembelian PERALATAn perang dilaksanakan secara telus tiada sebab dan alasan pihak kerajaan TAKUT untuk berdepan dgn kebenaran. KITA ingin pemimpin yang tahu dan berani menghadapi apa jua rintangan dalam memajukan negara bukannya seorang PONDAN yang yang hanya berani dikalangan pondan menyatakan kejelitaannya!

    ReplyDelete