Thursday, October 11, 2012

Menunggu Ulasan Mahathir

SUSUPAN MALAM                                                                                                                  

Malam ini saya memaksa diri walaupun sakit mata dan hati untuk menonton Buletin Utama Tv3 semata-mata kerana Dr Mahathir IC Kandar. Inilah bisanya Mahathir ia berjaya menambat saya untuk terus berada di hadapan tv PB berkenaan. Apa yang saya hendak tahu ialah apakah ada laporan oleh tv itu berhubung pertemuan Najib Razak dengan George Soros.

Mahathir: Saya bersalam tetapi hati membencinya. Hehe..
Saya nak tahu bagaimana reaksi dan ulasan Mahathir. Mahathir alergik benar dengan Soros ini. Baginya Soros lebih daripada seorang penyangak atau penyamun. Kerana saking hebatnya kebencian Mahathir kepada Soros, sampai dia terlupa yang dia juga ada kalanya memuji Soros dan bersalaman dengan Soros.

Inilah sikap hipokritnya Mahathir yang masih diterima oleh orang Umno totok. Kalau orang lain berbaik dengan Soros beliau akan mengamuk macam dan marah kerbau dicucuk punggung. Bagai Mahathir si Yahudi itu adalah bapak penjahat didunia.

Apabila Soros dikatakan memberi dana kepada sebuah portal berita dan membantu Pakatan Rakyat, oi bukan main lagi dia marah dan menjaja isu itu ke serata negara. Sampai dia kata kalau bagi undi kepada Pakatan Rakyat, samalah memberi undi kepada Soros. Memberi undi kepada Soros bermakna sebuah kerajaan baru akan terbentuk di negara ini. Maka rakyat pun mempercayai kepada kata-kata Mahathir itu tanpa memeriksa lagi. Semua itu kerana terlalu taksub dan mempercayai Mahathir.

Kerana sikap taksub buta itulah menyebabkan Mahathir tidak ada masalah untuk melakukan apa-apa saja demi kepentingannya dan kroninya.

Berbalik kepada isu kenapa saya melangguk di hadapan TV3 sekarang ini ialah mahu mendengar ulasan dan pandangan Najib terhadap apa yang didedahkan hari ini. Mengenai perjumpaan Najib dengan Soros di luar negara. Saya mahu tahu apakah sikap Mahathir mengenai pendedahan ini. Apakah dia akan berkata satu undi untuk Najib (UBN) bermakna satu undi untuk Soros.

Mungkin pendedahan ini mengejutkan Mahathir kerana dia tidak tahu sebelum ini cerita Najib berjumpa dan berpelukan dengan Soros. Kalau Mahathir tahu cerita itu pasti dia tidak akan tergamak untuk mengkritik Soros dan memburukkan pembangkang kerana menerima bantuan Soros. Elok juga apa yang berlaku itu setidak-tidaknya Mahathir tahu bahawa bukan semua yang berlaku dalam pengetahuannya. Najib juga mungkin sudah berbulu dengan Mahathir sehinggakan tidak memberi tahu peristiwa itu kepada bekas presiden Umno baru itu.

Sekarang sudah pukul 8:33 malam... sudah hampir separuh berita di TV3 namun tidak ada apa-apa laporan komen Mahathir mengenai perjumpaan Najib dengan Soros itu. Apakah tv berkenaan tidak dapat menghidu berita itu yang didedah hari ini?  Atau apa?

Sekiranya Mahathir diam dan tidak memberi apa-apa komen terhadap berita itu, ia boleh menyebabkan Mahathir malu sendiri. Orang akan terus mentertawakan Mahathir yang kononnya terbuka tetapi sanggup menyembunyikan tikus dalam seluar dalamnya.

Saya tunggu ulasan Mahathir walaupun sepatah, saya sedia menerima kalau ulasan itu positif. Saya tunggu... Mat Maslan juga saya yakin sedang menunggu apa komen Mahathir bila Najib berpelukkan dengan Soros. Saya tunggu. [wm.kl.8:35 pm 11/10/12]

1 comment:

  1. Tuan MSO,

    Ambo berkongsi kebimbangan tuan. Sebenarnya kemasukan individu berprofil tinggi ini perlu diteliti selumatnya kerana selain memberi kemenangan dari segi moral dan melonjakkan populariti parti, kemasukan individu seperti ini juga memberi kesan kepada susunan kepimpinan parti.

    Maksud ambo, orang berprofil tinggi ini pasti diberi layanan yang agak istimewa sedikit berbanding orang lain. mungkin juga akan diberi satu kedudukan yang baik juga jika sesuai. jadi macamana dengan pemimpin-pemimpin lain yang sudah lama berkorban dan menghamba diri kepada PAS dan perjuangan. Kerana sumbangan yang tidak kenal jerih perit mereka inilah juga sedikit sebanyak telah menyumbang kepada kedudukan mantap parti hari ini yang telah menarik hati individu-individu berprofil tinggi ini menyertai PAS.

    Bukan ambo tidak bersetuju tetapi sekadar melontar satu dimensi yang wajar direnung dan dihalusi juga oleh pemimpin-pemimpin utama PAS. Supaya satu keseimbangan yang sihat dapat dipupuk agar perjuangan menjadi lebih mantap. Wallahualam.

    bat8

    ReplyDelete