Monday, October 22, 2012

Pendirian Pemimpin Perkasa(m) Tidak Sekata

ULASAN ISU                                                                                                                            


Ding dingggg... apa sudah jadi dengan Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) – saya panggil Perkasa(m), nampaknya Ngo ‘bercongik ekor’ dalam mempertahanakan bangsa Melayu kini berada dalam keadaan tidak selari dan sukar untuk difahami. Kononnya pertubuhan ini diwujudkan untuk menjaga kepentingan Melayu, Islam dan raja-raja Melayu tetapi ada ketikanya ia melencong jauh dari apa yang dimatlamatkan.

Tindakan tanduk dan akhlak sesetengah ahlinya tidak mempamirkan sifatnya yang sebenar apabila sesetengah tindakannya tidak mencerminkan ianya dari sebuah kumpulan Melayu. Bahkan sesetengah tindakan dan kata bual pemimpinnya busuk dan cabuk. Ada juga ahli yang bertindak 'menyerang' orang sedang berceramah dalam masjid?

Begitulah kalau sesuatu itu digerakkan dengan niat dan nawaitu yang tidak betul ia tidak boleh bertahan lama. Kebusukan itu boleh ditusuk beberapa hari tetapi bukan untuk seminggu apa lagi sebulan! Apa lagi kalau sesuatu perjuangan itu cuba digerakan oleh kehendak naluri seorang manusia saja ia akan hancur dan musnah akhirnya. Tidak ada mana-mana gagasan besar dan hebat di dunia ini dapat dibangunkan oleh seorang manusia. Kerja paling baik untuk dilakukan secara bersendirian ialah berkhayal.

Akhir-akhir ini pula nampak semacam wujud ketidakselarian di antara orang-orang besarnya. Paling jelas ialah bagaiman Presidennya, Inche Ibrahim Ali tidak sekata dengan Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali dalam isu-isu tertentu.

Perkara paling jelas ialah mengenai isu penghinaan hudud oleh Presiden MCA Chua Soi Lek. Dalam memberi reaksi kepada kenyataan Soi Lek, Syed Hassan membayangkan pertubuhan itu tidak bersedia untuk mengundi calon MCA walaupun konsesus telah diambil Ngo itu akan menyokong BN.

Dalam kenyataanya kepada sebuah portal internet Syed Hassan menegaskan:  Pertubuhan itu tidak akan berkompromi dengan sesiapa dalam masalah Islam. Beliau lantas membayangkan haram bagi ahli Perkasa(m) mengundi calon MCA.

Pendirian Syed Hasan dalam soal ini jelas dan ia mencerminkan aspirasi sebenar pertubuhan itu sebagai pembela Melayu. Katanya seperti mana dipetik;

"Soal Islam, tiada kompromi daripada PERKASA. Haram umat Islam dalam PERKASA memilih pihak yang menghina Islam," kata Syed Hassan.

"Sudah berkali-kali PERKASA ingatkan MCA supaya jangan hina Islam dan mana-mana pihak pun jangan sesekali politikan Islam. (Presiden MCA)  Dr Soi Lek masih ada masa untuk tarik balik kenyataannya itu sebelum terlambat.

Mengenai cara Soi Lek yang bermain politik itu tidak disenang pertubuhan itu dan jika mengikut nada kenyataan Syed Hassan itu sekiranya Soi Lek tidak memohon maaf menyebabkan pertubuhan itu akan memulau MCA di dalam pilihan raya akan datang.

Bagaiamanapun pendirian dan ketegasan Syed Hassan itu seperti ditolak oleh presidennya, Inchek Ibrahim Ali yang mempunyai pandangan apologetik kepada permainan politik kotor dan bahaya Soi Lek. Ibrahim seperti mana dipetik mengatakan pertubuhan itu tetap akan menyokong MCA.
"Justeru saya akan pastikan dan menyeru anggota Perkasa di peringkat akar umbi supaya memberi sokongan kepada calon BN termasuk calon MCA." Demikian ketetasan Ibrahim dipetik.

Apakah erti dan makna dua kenyataan dari dua orang kuat Perkasa(m)? Kenyataan siapakah yang harus diikuti oleh ahli? Sikap tidak jelas dan kabur dari dua kenyataan itu menyebabkan ahli pertubuhan itu juga menjadi kabur. Satu masa mereka diminta menolak MCA dan di masa lain diminta menyokong MCA. Apakah Perkasa(m) mahu meletakkan ahli dan pengikutnya dalam kebingungan dan masing-masing akhirnya membuat keputusan sendiri?

Sikap tidak jelas inilah juga menjadikan MCA akan jadi lebih besar kepala. Sudah tentu Soi Lek dan mana-mana pemimpin MCA akan mengguna pakai kenyataan dan pendirian Ibrahim itu bagi mempertahankan cacian dan penghinaan mereka terhadap Islam. Dengan jaminan Ibrahim itu selepas ini pemimpin MCA tidak gentar lagi untuk membuat kenyataan jauh lebih teruk dari sebelum ini kerana mereka sudah ada pembela dari Perkasa(m).

Persoalannya apakah kekaburan dan ketidakselarian dalam membuat kenyataan dalam memberi respons bagi menterbiah pemimpin MCA ini menggambarkan pertubuhan itu kini juga dalam keadaan kabur dan sedang menghadapi perbalahan sesama sendiri? 

Hanya masa dan keadaan akan menentukannya. Yang jelas dan nyatanya sudah ramai pemimpin Perkasa(m) yang diawal penubuhan dulu sudah meninggalkan Ngo berkenaan. Masing-masing merasa tidak selesa dan tertipu dengan tindak tanduk presidennya yang suka memandu kenderaan itu mengikut kesukaannya tanpa mematuhi peraturan lalu lintas dan menuju ke destinasi yang sah. Jadi mana-mana ahli yang tidak buta huruf dan makrifah dengan perjuangan mengambil sikap mufarakah dan 'cau' dari Perkasa(m). [wm.kl.10:11 am 22/10/12]

2 comments:

  1. Mengambil kira PERKASA dipentas politik Malaysia seperti mengiktiraf kebodohan IBRAHIM BIN ALI. Bersembunyi disebalik NGO adalah kepintaranNYA untuk menempatkan diri dipentas INGATAN umum diperingkat kebangsaan walhal DIA sudah TIADA harga DIRI di kampung halaman sendiri. UMNO berada dilinkungan KEBODOHAN jika mengharapkan OKSIGEN dari perkasa kerana RAKYAT dah MELUAT dgn IBRAHIM bin ALI dan PENCACAInya yg kebanyakkannya sudah diREJECT oleh mana2 parti politik. Soalan mudah, dari mana PERKASA mendapat pembiyaaan dalam mengerakkan aktiviti bodoh mereka,dari IBRAHIM bin ALI poket money? Fikirkanlah! PERSETANKAN dgn PERKASA yang lebih hina dari PELACUR jalanan dlm BERCAKAP soal MELAYU!

    ReplyDelete
  2. Ahli Perkasa ni terdiri dari orang-orang yang keliru dan NGOK! Macamana lah diorang ni boleh percaya dan menjadikan individu macam breheng Ali sebagai ketua dan kaki AUTA keling Madey sebagai penasihat! Bangang melantun lantun tu dapat dilihat dengan percanggahan pendirian dalam isu pelakon Porno MCA hina Hudud dan Islam. Berhentilah jadi manusia bodoh dan bangang ahli Perkasa weh !!!!!Jangan biarkan diri anda di BERAK oleh Breheng Ali dan Madey!

    ReplyDelete