Pertanyaan spontan wakil Dewan Ulamak Hairun Nizam Mat Hussein semasa membahas ucapan dasar presiden di muktamar Pas pagi semalam yang berbunyi, siapa lebih baik untuk memimpin Malaysia di masa akan datang kalau bukan Tuan Guru Presiden", disambut kurang senang oleh sesetengah pihak di luar Pas. Pertanyaan spontan itu sudah tentu ia akan disambut dan dimamah oleh media massa PB dengan lazat dan berahi.
Abdul Hadi dan Anwar: menerima konsensus. |
Sebagai presiden parti sewajarnya kalau ahli dan penyokong Pas mengharapkan Abdul Hadi menjadi perdana menteri dan tidak tokoh-tokoh lain. Apa lagi pandangan itu dilontarkan di dalam muktamar Pas, bukannya kongres Pakatan Rakyat. Ia juga bukan melanggar mana-mana peraturan atau terma perjanjian?
Mereka yang merasakan Anwar Ibrahim lebih kompitem sebagai perdana menteri tentu kurang senang dan tidak seronok dengan pernyataan itu. Pernyataan itu seperti mahu mencabar kedudukan Anwar. Tetapi janganlah melatah dan mula membuat tuduhan-tuduahan liar terhadap pernyataan wakil ulamak itu. Pernyataan itu perlu dianggap bersifat peribadi dan bukan satu konsensus dari muktamar untuk didebatkan. Pernyataan itu hanya dari seorang muktamarin saja dan tidak merupa resolusi dari mana-mana dewan.
Seperti saya nyatakan tadi sebagai ahli Pas wajarlah kalau mereka mengharapkan Abdul Hadi jadi perdana menteri. Bengong sangatlah seseorang ahli parti itu tiba-tiba mengangkat orang lain sedangkan parti mereka juga ada tokoh yang layak. Hatta kalau Pas hendak angkat Anwar sebagai perdana menteri sekalipun ia dianggap sebagai songsang. Jadi jangan cuba polimekkan pernyataan itu kerana ia boleh memberikan keadaan buruk.
Justeru orang PKR atau sesiapa saja yang telah menerima Anwar sebagai perdana menteri janganlah mengamuk dan terasa dengan pernyataan itu. Anggaplah ia satu lontaran jenaka dari ahli ulamak itu. Cuba tenang otak dan lihat dulu suasana cadangan itu dikemukakan. Rasionalkan dengan persoalan itu.
Saya kata ini kerana sudah ada dalam Fb yang mempertikaikan pandangan ahli Pas itu. Sudah ada di wall yang cuba menjadikan pandangan individu itu sebagai polimek. Kenapa cepat sangat melatah? Cepat sangat memberi reaksi. Dan kenapa suka sangat menarik sesuatu yang pendek menjadi panjang, dan melebarkan sesuatu yang leper sebesar buah beluru mahu dijadikan sebesar badang.
Sesuatu perkara perlu difaham oleh semua pihak, walaupun konsensus di antara Pakatan Rakyat bersetuju melantik Anwar menjadi perdana menteri walaupun ia bukan satu yang mutlak. Keperluan itu bergantung kepada fakta ataupun keperluan tertentu. Rasanya sama ada Abdul Hadi atau Anwar yang boleh dinobatkan sebagai PM ia akan dinilai sama oleh rakyat. Penilaian dan keperluan itu bukan dari sentimen parti masing-masing tetapi ketokohan.
Sesiapa pun tidak dapat menolak akan kesempurnaan Anwar untuk menjdi PM. Saya sendiri dalam buku terbaru menyebut Anwar "tanggung" menjadi Pedana Menteri berdasarkan kepada beberapa kelebihan dan sejarah yang dilaluinya. Rasanya Abdul Hadi sendiri tidak kecil hati dengan apa yang saya tulis kerana beliau sendiri menyedari hakikatnya.
Bagaimana pun hak dan kemahuan seseorang ahli agar ketua mereka menjadi pemimpin tertinggi tidak boleh dinafikan. Hak itu adalah hak mutlak dan satu tanggungjawab. Begitu juga kalau ada orang DAP yang mahukan Lim Kit Siang menjadi PM tidak siapa dapat menolak itu. Seharusnya sebagai orang DAP mereka mahukan pemimpin mereka memegang jawatan tertinggi itu.
Pendeknya semua orang boleh berangan-angan. Tidak menjadi masalah. Orang didalam parti Kita juga misalnya boleh berangan-angan untuk meletakkan presidennya sebagai perdana menteri. Orang dalam PPP juga boleh mengigau untuk melantik M Keyeas menjadi perdana menteri. Tetapi apa yang perlu disedari sebelum mengangkat ketua masing-masing menjadi PM, ia harus diukur baju ke badan sendiri.
Memang dari kapasiti Pas layak untuk menuntut jawatan itu. Pas bukan parti baru. Berbanding dengan DAP dan PKR, Pas lebih tua. Begitu juga pengalaman mentadbir dan juga pengaruh. Kalau diukur dari pengalaman tersendiri, Pas memang berhak untuk mendapat jawatan tertinggi itu. Bagaimana pun ukuran untuk layak atau sesuai untuk jadi PM bukan semata-mata terletak disitu.
Ukuran atau realiti siapa yang berhak menjadi perdana menteri nanti, ia bergantung kepada beberapa faktor dan keperluan. Salah satu ialah bergantung kepada parti mana mendapat kerusi banyak dalam pilihan raya kelak. Walaupun konsessus sudah dibuat Anwar akan diangkat menjadi perdana menteri, tetapi kalau keputusan pilihan raya nanti Pas mendapat kerusi lebih dari PKR, adalah tepat kalau Abdul Hadi diangkat menjadi PM.
Adalah tidak logik kalau parti yang mendapat sedikit kerusi pemimpin mereka hendak diangkat menjadi perdana menteri. Tindakan itu tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana-mana dunia sekali pun kecualilah ada sebab-sebab yang sangat tidak dapat dielakkan atas persetujuan bersama.
Untuk menjadi PM bukan setakat berdasarkan kepada situasi dan faktor-faktor itu tetapi banyak lagi perkara yang perlu dinilai. Kemampuan Anwar menjadi mediator di antara Pas dengan DAP, adalah syarat utama meletakkan Anwar sebagai layak jadi PM. Realiti yang perlu difahami semua bahawa sekiranya tanpa ada kerjasama di antara ketiga-tiga parti itu sesiapa pun tidak akan dapat menjadi PM dari parti berkenaan. Dengan ilmu dan kredibiliti Anwar di dalam perkara inilah maka beliau perlu diberi pingat sebagai PM ke-7.
Sekali lagi ditegaskan apa diungkitkan oleh wakil ulamak itu tidak perlu diberi reaksi berlebih-lebihan. Anggaplah ia hanya satu ilusi dari seorang ahli yang sayangkan kepada pemimpinnya. Pihak PKR terutamanya orang yang merindui Anwar menjadi PM jangan terasa hati dengan gelagat ulamak itu. Semua pihak kena cool dan jangan cuba memberi atau membuat ulasan liar kepada media PB atau pun mengecerkan harapan itu di dalam blog dan facebook.
Ingat mulut media PB senantiasa terbuka dan perut mereka sentiasa kosong. Mereka akan melakukan apa saja untuk melaga-lagakan Pas dengan PKR dengan harapan kalau kedua parti ini berlaga ia akan berpecah, manakala perpecahan pula akan memberi kelabaan kepada parti dokongannya Umno.
Jangan bergaduh dan menjadi Mat Jenin dalam merebut jawatan PM ini kerana bimbang semuanya akan jatuh bercelabak di ubi nyiur. [.....9:46 am 17/11/12]
Asm Pak Sayuti..Saya sering mengikuti isu2 semasa dan apa saja yg Pak tulis dalan blog ini.Setuju benar dengan pandangan balas berhubung isu bakal perdana menteri ke 7 jika PR menang slepas PRU nnt.Selaku wartawan berpengalaman pandangan yg Pak kemukakan bernas dan wajar benar Tuan menasihati semua pihak khususnya para bloggers yang mudah melatah dan cepat saja melontar 'bola tanggung' dalam blog2 mereka untuk di 'smash' dan dijadikan isu oleh media2 PB.Nampaknya masih ramai benar kalangan mereka ni mudah hilang pertimbangan dan 'kepala dingin' sedangkan yang sepatutnya dilakukan ialah dengan bekerja smart dan lebih kuat lagi untuk memenangkan PR dlm pilihanraya nnt.Jangan pula disebabkan asyik sibuk memanaskan isu siapa patut jadi Pm nnt hakikatnya tulisan2 sebeginilah yang sering menggangu perjalanan PR ke Putrajaya?Allahua'lam.wassalam
ReplyDeleteNorth west,England.