Tuesday, December 4, 2012

Habibie Akan Berpidato Bersama Anwar

 PENGUMUMAN                                                                                                          

Bekas presiden Indonesia BJ Habibie akan menyampaikan pidato bersam Anwar Ibrahim pada 6 Disember 2012 (Khamis) bertempat di Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam jam 9:00. Orang ramai di jemput hadir. Habibie yang dianggap bapak teknologi Indonesia mengambil alih jawatan presiden Indonesia semasa transisi dari Mohamad Soeharto setelah berlaku pemberotakan massa ke atas rejim baru pimpinan Seoharto.

Seorang yang banyak pengalaman bukan saja memerhati pergolakan politik Indonesia tetapi ikut sama terlibat dengan usaha memulihkan Indoensia selepas mengalami zaman tepu di bawah Seoharto.

Habibe dilihat banyak berjaya sebelum beliau menjadi presiden berbanding di masa beliau memegang jawatan nombor satu negara mempunyai 260 juta nyawa itu.

Pidatonya mungkin boleh memberi pencerahan kepada rakyat negara ini dalam menghadapi kemelut politik dan angan-angan untuk menukar kerajaan Barisan Nasional.

Kalau ada peluang dan masa hadirlah dan jangan lepaskan peluang keemasan ini. [wm.kl.11:18 am 04/12/12]

No comments:

Post a Comment