KENYATAAN
Baru sekejap saya menerima kenyataan akhbar Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berhubung dengan penjual saham milik Deepak atas arahan Kementerian Pertahanan. Melalui kenyataan ini Rafizi semacam ada membayangkan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi terlibat dalam isu Deepak. Berikut disiarkan sepenuhnya kenyataan berkenaan:
DAKWAAN DEEPAK ADA ASAS, WANG RAKYAT DISALAHGUNA UNTUK MENUTUP
MULUT DEEPAK
Saya beranggapan itu strategi
Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Zahid Hamidi – iaitu untuk tidak
mengendahkan tuduhan-tuduhan tersebut atas alasan ia tuduhan liar tanpa bukti.
Sehingga saat itu pun, rakyat masih samar-samar mengenai bukti yang dikemukakan
oleh Deepak, apatah lagi keterlibatan Deepak dengan keluarga Dato’ Seri Najib
Tun Razak menimbulkan tanda tanya mengenai motif dan kredibiliti beliau.
Oleh sebab itu, KEADILAN tidak
memberi sebarang reaksi mengenai tuduhan-tuduhan tersebut, kecualilah menuntut
agar ia disiasat segera.
1. Astacanggih adalah sebuah syarikat yang tidak
mempunyai aset mahupun rekod perniagaan yang baik. Semakan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia tidak pernah pun memfailkan penyata
kewangannya. Selain modal berbayar sebanyak RM20 juta, syarikat ini dibebankan
dengan hutang sebanyak RM98 juta dari Kuwait Finance House (mengikut rekod
SSM);
2. Nilaian RM30 juta bagi 80% saham terbitan
Astacanggih itu tidak ada asas. Kenyataan Boustead Holdings Berhad bahawa
nilaian RM30 juta itu dicapai atas persetujuan bersama pembeli dan penjual
membuktikan bahawa urusniaga ini dibuat berdasarkan pertimbangan politik, bukan
pertimbangan pelaburan komersil;
3. Pembayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang
statusnya masih belum dipindahmilik kepada Awan Megah Sdn Bhd bermakna Dato’
Seri Zahid Hamidi mengambil wang sebanyak RM130 juta dari caruman anggota
tentera untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa ada sebarang
pertukaran aset, kerana tanah 200 ekar itu masih belum dipindahmilik kepada
Awan Megah Sdn Bhd;
4. Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah tersebut juga
dibuat tanpa menggunakan penilaian bebas, semata-mata atas dasar persetujuan
yang dicapai di antara penjual dan pembeli;
5. Pengumuman rasmi Boustead Holdings Berhad kepada
Bursa Malaysia memberi alasan bahawa pembelian tanah itu bertepatan dengan bank
tanah sedia ada milik anak syarikat Boustead (iaitu Jendela Hikmat Sdn Bhd) di kawasan
berhampiran (rujuk perenggan 4 pengumuman). Walau bagaimana pun, semakan rekod
menunjukkan tanah seluas 236 hektar yang dipindahmilikkan kepada Jendela Hikmat
Sdn Bhd dinilai pada RM230 juta pada akhir tahun 2005 (rujuk laporan akhbar
Utusan Malaysia yang disertakan bersama);
6. Ini bermakna
tanah sekitar kawasan yang sudah dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad dinilai
sekitar RM390,000 seekar, berbanding urusniaga terkini melibatkan Awan Megah
yang membayar RM650,000 seekar ke atas tanah yang statusnya belum
dipindahmilik.
Jelas bahawa urusniaga ini
bukanlah urusniaga yang lulus pertimbangan komersial dan panduan pelaburan
LTAT.
Saya hanya boleh simpulkan
bahawa urusniaga ini dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan
memadamkan skandal ini. Makanya, tindakan tidak berwaspada Dato’ Seri Zahid
Hamidi yang menyalahgunakan kuasanya dengan mengarahkan LTAT membayar RM160
juta mengesahkan bahawa dakwaan Deepak itu benar, sehingga mencemaskan Dato’
Seri Najib Tun Razak.
Oleh itu, saya akan mula meneliti
dan mendedahkan pembayaran yang dibuat oleh Deepak terhadap pihak tertentu yang
dikaitkan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak, memandangkan sudah jelas bahawa
dakwaan Deepak itu ada kredibiliti dan kebenarannya.
KEADILAN akan mengadakan sidang
media pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat minggu depan jam 11 pagi mengenai
pendedahan ini.
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
29 DISEMBER 2012
Wahai sekelian anggota Askar Melayu Di Raja. Taat dan sumpah setia tuan-tuan adalah terhadap Ke Bawah Duli YDP Agong, bukannya kepada Perdana Menteri atau Menteri Pertahanan.
ReplyDeleteSekarang sudah jelas wang caruman tuan-tuan dislahgunakan oleh mereka yang ingin mengekalkan kuasa secara kotor bagi menyembunyikan kejahatan dari terbongkar. Tunggu apa lagi....
Tuan MSO,
ReplyDeleteTidakkah tindakan Najib setiap kali tersepit mudah diduga? Setiap kali tersepit, dia akan "menggunakan wang" untuk menyelesaikan masaalahnya. Itulah kata Sakmongkol.
Dalam kes Deepak ini terbukti sekali lagi yang Sakmongkol benar. Satu lagi perangai Najib yan kita semua sudah mula mengenali ialah setelah menggunakan wang untuk menyelesaikan masaalahnya, tindakan tersebut bukan menyelesaikan masaalah tetapi menambahkan masaalah.
Banyak contoh-contoh boleh kita ingat. Selain masaalah Deepak, isu rebat talipon pintar kepada anak muda juga menimbulkan masaalah - mana ada talipon pintar berharga RM 500 kebawah? Skim ini rupanya untuk menolong pembekal-pembekal tertentu menghabiskan stok talipon lama yang tidak terjual rupnya!
Dalam masaalah Deepak ini kita dapat mengagak siapakah dalang dibelakang Deepak dan bertujuan mengulingkan Najib dari dalam.
Dalam hari-hari mendatang ini amat menarik untuk diperhatikan apakah tindakan Deepak setelah menerima "suapan" RM 30 juta ini, sekaligus tindakan dalang pula?
Apakah Deepak akan terus menyerang atau pass kerja menyerang Najib ini kepada Pakatan Rakyat?
Zack
Apa jadi dengan sistem ketelusan.
ReplyDeleteJIKA Pakatan menang PRU13, Pengurusan SEMUA Tabung Pekerja termasuk TABUNG HAJI Terus di bawah Parlimen SAHAJA.
Cukuplah 50 tahun UMBO jaga duit ini.
Jancusss. Paling merosakkan ialah 22 tahun bawah Mamak maddey. Macam tikus baiki labu. HANCUSSSS.